BAB 19

Sudah seminggu sejak Sehun dan Luhan berselisih faham tentang hal menambah isteri Sehun. Sejak itulah Sehun tidak lagi menjenguk Luhan, Sehun lebih banyak menghabiskan masanya menguruskan hal negara. Makan, minum dan tidurnya hanya berkisar didalam kamarnya sahaja. Sepertinya Sehun terus mengabaikan keadaan Luhan. Luhan pernah sekali ke kamar Sehun namun pengawal yang bertugas tidak membenarkan Luhan masuk kerana Sehun tidak mau berjumpanya dalam masa yang terdekat.

"Luhan, berhentilah termenung. Makan ubatmu ini." Perintah Kyungsoo. Luhan hanya menggelengkan kepalanya. Dia masih berasa bersalah atas keadaan yang tidak bagus ini. "Kyung, apakah aku terlalu ego dengan keputusan ini?" soal Luhan kepada Kyungsoo. Kyungsoo yang baru sahaja menata meja makan Luhan menghampiri Luhan. "Kurasa Sehun pasti akan memahami kehendakmu. Tapi darimana kau tau yang Sehun tidak lagi berhubungan badan dengan Ji Won?"

Luhan menatap wajah Kyungsoo sekilas lalu memejamkan matanya: "Aku mengetahuinya daripada Maharani. Dia yang memberitahu keadaan sebenar hubungan Ji Won dan Sehun. Aku merasa bersalah sebab membocorkan hal tersebut kepada Sehun." Kyungsoo menganggukkan kepalanya. "Aku bersetuju dengan apa yang kau katakan pada Sehun. Tanpa adanya pewaris, Korea akan kehilangan pemimpin tetapi kau taukan yang Sehun tidak akan mencari yang lain kerana cintanya sangat dalam kepadamu."

Luhan bangkit dari kerusi dan berjalan menuju kekatilnya. "Aku lelah Kyung. Aku ingin tidur dahulu." Kyungsoo hanya menggelengkan kepalanya. 'Mereka berdua sama-sama keras kepala.'

Kamar Maharani

"Maharaja dan Luhan bergaduh? Mengapa baru sekarang beta mendapat tau hal ini." Ketika ini, Maharani sedang memakan cemilannya bersama Ji Won. Turut bersama mereka adalah Jongin. Maharani memanggil Jongin kerna Maharani mendapat khabar yang Sehun sudah seminggu tidak keluar dari kamar.

"Ampun Maharani, mereka mengalami sedikit salah paham. Tapi patik yakin ini akan berakhir tidak lama lagi." Jongin memberi opininya walaupun dia sendiri tidak yakin akan ucapannya. Ji Won memandang muka Jongin lalu berkata: "Apa yang menjadi punca ketegangan antara mereka. Kau pasti tau hal ini Kai." "Ampun Yang Mulia, hubungan mereka sedikit bermasalah kerna disebabkan Luhan menggesa Maharaja memikirkan soal anak. Tampaknya Maharaja tidak ingin membincangkan hal ini lebih dalam dengan patik. Jadi maklumat ini sahaja yang patik dapat kongsikan."

"Baiklah, kau boleh pergi." Arahan Maharani diikuti oleh Jongin. "Bagaimana pandanganmu Ji Won?" soal Maharani. Hanya Ji Won dan Maharani sahaja yang tinggal didalam kamar tersebut. "Ini adalah satu perkara yang tidak anakanda jangka bonda. Luhan meminta Sehun mendapatkan anak lagi. Anakanda yakin bonda lebih mengetahui akan hal ini." Maharani tersenyum nipis. "Bonda hanya maukan kebahagiaan Sehun. Semua tau yang Luhan tidak akan memberikan zuriat. Hanya wanita sahaja yang boleh memberi apa yang Korea mau. Jadi, bonda mau Luhan yang membuka mulut tentang hal ini."

Ji Won sedikit tersenyum. "Apakah ini akan berhasil bonda? Kita semua tau yang Sehun tidak akan berpaling daripada Luhan." Maharani segera bangun dan memanggil seseorang: "Han Hyo Joo, segera kemari." Inang istana itu segera masuk kedalam kamar Maharani. "Ampun Maharani, apa keperluan yang Maharani ingini?" "Minggu depan persiapkan satu majlis tarian sempena ulangtahun beta. Pilih gadis-gadis yang cantik, berikan mereka solekan yang paling menarik. Beta tau kau mampu memberikan beta satu kepuasan." Hyo Joo segera membongkokkan kepalanya lalu berkata: "Patik akan cuba yang terbaik demi memuaskan kehendak Yang Mulia." Ketika ini Ji Won sudah meneka apa yang Maharani cuba lakukan.

Bilik Kerja Sehun

Sehun masih berkutat dengan pekerjaannya. Dokumen-dokumen yang memerlukan perhatian dan tanda tangannya masih menumpuk. Dia merehatkan kepalanya yang sedikit pusing. 'Sudah hampir tengah malam.' Gumam Sehun. Keadaan bilik kerjanya yang diterangi cahaya lilin dan dian setidaknya memberi sedikit pencahayaan. Sehun bangkit dari kerusi yang didudukinya lalu berjalan menuju ke teras samping kamarnya. Dari situ dia boleh melihat kawasan sekitar istana dan sebahagian kawasan Seoul.

"Masih terjaga pada waktu sebegini Tuanku?" suara Jongin memecah keheningan. Sehun membalikkan badannya dan mendapati Jongin membawa satu nampan yang berisi teko dan cawan. "Aku membawakanmu teh ginseng dan sedikit cemilan. Kau sudah tidak makan dari petang tadi." Selepas menuangkan teh itu, Jongin berganjak menuju kearah Sehun.

"Masih memikirkan perkataan Luhan?" Sehun yang mendengar kata-kata Jongin itu hanya menghela nafas berat. "Hei Sehun, aku tidak memahami dirimu. Luhan mungkin bersalah apabila dia mengungkit hal dirimu dan Ji Won, tapi dia mempunyai alasan yang kukuh." Sehun masih lagi menatap kehadapan tanpa menatap Jongin. "Coba kau fikir Maharaja Sehun. Luhan ketika mengutarakan hal itu pasti merasai kesakitan paling dalam. Meminta orang yang dia cintai mengambil selir demi memberi keturunan. Aku tidak mampu membayangkan kalau diriku ditempat Luhan. Aku sangat menghormatinya Sehun."

Perkataan pembantu peribadinya itu memberi satu kesedaran buat Sehun. Jika dia berada ditempat Luhan, pastinya dia tidak akan membenarkan orang yang dicintainya berhubungan dengan orang lain. Sehun menyedari yang Luhan adalah orang yang begitu tulus mencintainya. "Luhan memikirkan kebaikan bagimu dan negara melebihi kegembiraan dirinya. Aku mohon Sehun, turutilah permintaan dirinya." Suara Jongin berharap. "Akan aku pikirkan, Jongin. Aku ingin bersendirian."

Istana Maharani

Ulang tahun Maharani disambut sederhana sahaja. Maharani tidak mau terlalu banyak pembaziran dilakukan bagi hari lahirnya. Maharani sedar yang negaranya akan bersiap sedia menghadapi peperangan. Jadi, Maharani lebih suka sekiranya perbelanjaan bagi ulang tahunnya disalurkan untuk menyiapkan tentera Korea.

Kesederhanaan majlis itu tidak sedikitpun merosakkan kemeriahan majlis. Sehun, sebagai anak yang berbakti kepada ibunya, telah menyiapkan sajak untuk ibunya sebagai hadiah. Keceriaan itu semakin berganda apabila kakak kepada Sehun, Puteri He Syun turut bersama-sama didalam majlis itu. He Syun merupakan satu-satunya anak perempuan Maharani. Semenjak umurnya 14 tahun, He Syun berkahwin dengan seorang pemimpin puak di wilayah Unggi. Jadi, He Syun hanya akan pulang bertemu ibunya setahun sekali dan pada hari lahir Maharanilah He Syun akan pulang.

"Anakandaku He Syun, bagaimana keadaan dirimu disana. Bonda selalu mengharapkan kau ada disisi bonda." He Syun hanya tersenyum ringan mendengar kata-kata bondanya. "Ampun bonda, bukankah ada Ji Won disisi bonda. Maharaja juga bersama bonda disini. Anakanda cuma berharap bonda sentiasa sehat dan baik-baik sahaja."

"Ampun Maharani, apakah majlis tarian boleh kita jalankan?" sembah Hyo Joo. Maharani segera memberi perintah agar majlis tarian dimulakan. Alunan muzik tradisional Korea mulai kedengaran. Para penari yang terdiri daripada gadis-gadis muda dengan lemah gemalainya mulai menari. Didalam sepuluh orang penari itu, ada seorang gadis yang memakai pakaian berwarna merah dan menggunakan sehelai kain berwarna senada dengan bajunya sebagai penutup muka.

Sehun yang sedang duduk disinggahsananya terpaku melihat gadis yang bertutup mukanya itu menari. Gerakan dan lenggoknya senada dengan irama muzik. Mata penari itu sering menatap wajah Sehun dan Sehun semakin memperhatikannya. Tidak lama kemudian, tarian itu berakhir seiring dengan sang gadis bertutup wajah itu terduduk didepan Sehun. Sehun bangkit dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Maharani. Melintasi gadis itu Sehun menjatuhkan sapu tangannya tepat didepan wajah gadis itu. Jongin yang melihat kejadian itu segera menuju ke arah Hyo Joo. "Hyo Joo, persiapkan gadis itu. Sehun inginkan gadis itu menjadi teman tidurnya." Bisik Jongin. Hyo Joo segera menganggukkan kepalanya.

"Ampun bonda, anakanda ingin kembali kekamar dahulu. He Syun adikku, temanilah bonda berbual." Sehun segera berlalu diikuti Jongin. Hyo Joon berbisik kepada Maharani: "Maharaja memilih seorang gadis untuk menemaninya." Maharani membalas bisikan Hyo Joo: "Persiapkan gadis itu, jangan biarkan Sehun murka." Hyo Joo segera berlalu. "Apa yang bonda dan Hyo Joo bisikkan?" Maharani tersenyum kepada Hye Syun, senyuman yang penuh dengan rahsia.

Kamar Luhan

Luhan sedang duduk bersendirian. Dia sememangnya tidak menghadiri majlis ulang tahun mertuanya itu dengan alasan tidak sihat. Lebih tepat lagi, batinnya yang tidak sihat. Dua minggu dia tidak berjumpa Sehun dan kerinduannya semakin membuncah. Namun, dia sedar yang Sehun masih murka kepadanya akibat perselisihan faham tempoh hari. Luhan tidak menyalahkan Sehun sepenuhnya, dia yang memulakan semua ini dan kesannya harus ditanggung Luhan.

Suara bunyi ungags dari taman istana membuatkan Luhan khayal. Tiba-tiba Luhan direngkuh seseorang dari belakang. Hal itu membuatnya kaget. Namun kekagetan Luhan sirna apabila aroma yang menguar dari badan sipelaku membuatkan Luhan rileks.

"Sehun…" hanya gumaman yang keluar.

Luhan segera merungkai pelukan dan segera berbalik ke belakang. Sehun menatapnya dengan pandangan yang sarat dengan cinta. Luhan segera memeluk Sehun dengan erat. "Maafkan aku Sehun." Suara Luhan kedengaran lirih. "Shhhhhh…bukan salahmu sepenuhnya Lu. Aku yang tidak mengerti apa yang kau ingin sampaikan." Luhan menyamankan dirinya dalam pelukan Sehun: "Jadi, kau bersetuju dengan cadanganku?"

Sehun menundukkan wajahnya searas dengan wajah Luhan. manik mata mereka bertabrakan. "Jika dengan melakukannya kau akan lebih bahagia, maka aku akan menurutimu kerna kau adalah jiwaku." Luhan menangis didalam pelukan Sehun. Dia menyedari cinta Sehun tidak kalah besar darinya. Tapi ini adalah konsekuensinya. Luhan hanya berharap dirinya masih tetap kuat menjalankan hidupnya selepas ini. Kedua mereka tetap berpelukan. Masing-masing tidak mau melepaskan kehangatan kasih sayang yang mereka jalin selama ini.