Hey fellow readers! Angin Taufan telah kembali untuk memberikan chapter 2. Maaf jika cerita ini membosankan. Betul, aku hanya membuat berdasarkan lirik. Tetapi aku yakin chapter seterusnya mungkin menarik.

So enjoy or try to enjoy reading kay? And don't mind review. ^^"

Note: Bahasa Melayu Malaysia with Bahasa Melayu Brunei. ^^ (Maybe)

Review,

Guest,

~Sorry if baku sangat.

P/S: Maaf kepada reviews yang lain kerana tidak membalas. Aku maybe akan balas di sini. Anyway, terima kasih kerana menyukai ff ini. Saranghae!

Chapter 2

Kesudahan tiada henti

Hanya yang tinggal igauan mimpimu

ternanti-nanti

2 bulan telah berlalu, selepas hari Taufan mendengar bahawa Yaya tidak mencintainya. Hati Taufan mula berkecai dan hampir setiap hari dia menangis. Dia amat kecewa malah ada suatu hari dia hampir akan bunuh diri tetapi akalnya tahu pekara ini adalah sangat berdosa.

Readers boleh katakan Taufan memang gila cinta kepada Yaya.

Sehari semakin sehari, personaliti Taufan mula berubah. Mula dari senyuman dia selalu ditampilkan hingga hilangnya wajah itu. Dia juga berubah menjadi seorang yang dingin dan pendiam. Pernah sekali iaitu ketika di stesen penyiaran. Hanna iaitu penolong Taufan pernah cuba menolong atau lebih dikatakan menasihati dia. Taufan cuma menandang tajam dan mengeluarkan aura kehitaman kepada kawannya. Ini menakutkan Hanna takut terhadap dia.

Ingin tahu bagaimana Hanna tahu Taufan menghadapi masalah cinta? Mudah saja. Taufan pernah menceritakan kepadanya sebelum Taufan berubah.

Dalam bulan yang berkenaan, pertalian Taufan dan Yaya semakin menjarak. Yaya jarang menelefon dia dan Taufan sering tidak menangkat panggilan Yaya. Bukan itu sahaja, dia juga sering melihat Yaya dan Gempa bergaul mersa bersama-sama. Oh, sungguh menderita Taufan ketika itu.

Sepertinya hari ini, Taufan juga akan menderita.

Taufan sedang berjalan balik dari kedai kerana ibunya telah berpesan untuk membelikan bahan makanan. Kini dia sedang berjalan menuju ke pantai untuk mencuba menenangkan mindanya. Tetapi, percubaannya gagal kerana dia ternampak dua pasangan kekasih sedang bermain air. Ternyata mereka adalah Yaya dan Gempa.

Setelah melihat kejadian itu, dia menutup mulutnya agar dapat menahan tangisannya daripada didengar oleh mereka ataupun seseorang. Dia cepat menyembunyikan dirinya ke sebuah pokok besar yang dapat menutupi seluruh tubuhnya.

"Oh, Yaya. Kenapa kau tidak berterus terang sahaja kepada ku? Bukan. Kenapa aku tak berkata yang aku tahu kau sayangkan Gempa? Kenapa aku bodoh sangat?" Gumam Taufan sambil membiarkan air matanya mengalir ke pipi. Dia mengeluarkan kepalanya dari tempat sembunyi dan pandang balik ke arah dua pasangan kekasih itu.

Gempa dan Yaya sedang berenang dan bermain bola di atas air.

"Ya, aku memang bodoh. Jika aku katakan aku tahu segalanya, pasti dia akan berasa bersalah dan menangis." Cakap Taufan lagi dan dengan relanya, dia pergi dari situ.

Selepas beberapa minit, Taufan telah pulang dengan muka yang tidak punya perasaan dan ada kesan dari air mata di wajahnya.

"Assalamualaikum. Aku dah pulang." Salam Taufan ketika dia sedang membuka kasut dan menaruh ke dalam rak kasut yang tersedia.

"Waalaikumsalam, Fan." Jawap seseorang wanita tua yang ternyata dia adalah ibunya.

"Kenapa ni, Fan?" Tanya ibunya kepada anaknya yang kini berjalan menuju ke tangga setelah meletakan barang bahan makanan di atas meja makan. Ibunya telah menyedari bahawa anaknya berkelakuan sedih.

"Tak ada apa-apa." Balas Taufan singkat. Dia berpaling mukanya dari ibunya.

"Nak, jika ini pasal Yaya, lebih baik kau putuskan saja dia."

"Aku tak mahu dengar tentang itu sekarang." Yang kini dia hendak memanjat tangga.

"Sampai bila kau akan terus bersedih? Kau tak dapat buat apa lagi, nak. Dia sayangkan Gempa. Jadi ku harap kau sedarlah."

"Mak! Aku tak mahu putuskan dia!" Jerit Taufan dan kini mereka saling menandang,

"Sebab kau tak mahu dia menangis?! "

"Ye, mak! Aku buat ini kerana dia! Aku tak mahu dia menangis! Aku tak sanggup!" Jerit Taufan menangis. Tiba-tiba sebuah lemparan panas pada pipi Taufan. Rupanya ibunya telah menampar Taufan.

"Dasar anak bodoh. Sanggup kau buat itu hanya untuk dia? Kau tahu tak dia telah membuat kau menderita?" Kecewanya ibu itu terhadap anaknya bahawa anaknya telah mengambil berat tentang Yaya dan bukannya dirinya.

"Ye, aku memang bodoh. Aku memang boboh kerana aku terlalu sayangkan dia!" Jerit Taufan menangis lagi dan berlari naik tangga dan terus masuk ke biliknya.

Selepas semua pertengkahan itu, Taufan cuma menangis dan biarkan dirinya mengunci di dalam bilik.

.

.

.

.

Suatu hari di pagi yang cerah, watak utama dalam cerita ini berada di biliknya atau lebih dikatakan berkurung di dalam bilik. Dia sedang melamun di atas katilnya dan memandang ke siling biru langitnya itu.

Seperti biasa dia sedang memikir tentang Yaya.

Tiba-tiba telefon dia berbunyi di atas meja kecil berhampiran dengan katilnya. Dia mencapai tangannya dan membuka kata laluan telefonnya. Dia mendapat mesej lalu dia membaca.

(Hai, Fan. Jom kita pergi memancing hari ini. Pukul 2 petang kay? Jumpa kat Tasik Embum!)-Boboiboy Air.

.

.

.

.

Pukul 13:20, di Tasik Embun. Ramai orang awam dan pelancong datang untuk rekreasi bersama keluarga ataupun kawan. Kebanyakkannya mereka datang untuk memancing kerana tempat itu ada banyak lauk-pauk dan mereka boleh memasak percuma dengan hasil tangkapan mereka tetapi semestinya membayar kos untuk memancing. Bukan memancing digalakkan di situ sahaja, tetapi untuk berkelah dan mendaki digalakkan kerana sekeliling tasik terdapat bukit bukau yang tinggi.

Di tempat pembayaran untuk memancing, Boboiboy Api sedang bermain dengan adiknya, Boboiboy Thorn. Mereka tengah berseronok bermain dengan seseorang lelaki dewasa. Mereka merangkak kepadanya dan menarik dia ke mana-mana sahaja. Mereka mahu lelaki itu bermain dengan mereka. Ini membuatkan diri lelaki itu sakit hati dengan kelakuan adik-beradik ini.

"Abang Air. Jomlah bawa kami jalan-jalan di tempat ni!" Manja Api sambil menarik baju jaket Air dan menunjuk ke suatu tempat.

"Ish! Kita tak bolehlah. Ayah kamu suruh tunggu di sini. Aku layan kamu ni sebab aku kena paksa oleh ayah kamu." Enggan Air.

"Abang ini tak menyeronokkan betul!" Merajuk Thorn yang kini dia memeluk dirinya. Tetapi merajuk itu cuma sekejap dan adik-beradik itu kembali menyambung memujuk Air untuk bermain bersama mereka.

"Eeee... Gopal, tolong aku boleh tak?" Rayu Air harap Gopal dapat menolong dia.

"Tak mahulah. Kau tak nampak aku sedang makan roti ni." Kata Gopal.

"Ceh, alasan."

Semasa Gopal menghayati rotinya, Api dan Thorn tiba-tiba mengejutkan dia dari belakang, membuat dia hampir kesedakan. Ini membuatkan Air ketawa terbahak-bahak melihat rupa kawannya itu.

"Hahaha! Padan muka kau."

Tiba-tiba ada tangan muncul di belakang Air and menyentuh bahunya.

"Oh! Mak kau lawa!" Terlatah Air dan terjatuh.

"Hai~Itu pun terkejut?" Muncul Taufan yang rupanya menyentuh bahu Air.

Kini semua orang di sana tengah memandang kepada lelaki yang bertopi senget. Mereka terkejut melihat wajah kawannya tidak mempunyai perasaan.

"Taufan, kau ok ke?" Tanya Air yang sudah berdiri dari jatuhnya.

"Ok. Mana yang lain?" Tanya Taufan singkat. Api dan Thorn tiba-tiba merasa takut dengan perubahan pakcik mereka dan terus menyembunyikan diri mereka di belakang Air.

"Aaaa... Hali di kaunter pembayaran membayar kos permancingan. Fang dan Ying tengah menguruskan anak bayinya." Jawap soalan Taufan.

"Yaya dan Gempa?"

"Mereka tak datang. Gempa kata dia ada hal yang harus diuruskan. Yaya pula dia tengah bershopping dengan kawan-kawannya." Jawap Air dengan risaunya.

Taufan tidak kata apa-apa cuma mengeluh dan dia pergi meninggalkan mereka untuk berjumpa dengan Hali. Air, Gopal dan dua adik kembar itu cuma melihat sikap Taufan dan mengeluh juga.

.

.

.

.

Tiba masa 5 sahabat untuk memulakan memancing. Mereka sedang duduk di tepi tasik di bawah pokok yang rendang. Taufan sedang memancing, duduk bersendirian dan tidak berbual dengan rakannya. Kawan-kawannya sangat risaukan dia. Mereka tahu apa sudah yang terjadi kepada Taufan tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk membantu dia. Jika mereka tolong pasti Taufan akan menolak ataupun marah.

Semasa Taufan menunggu umpannya dimakan, dengan bosannya dia melihat sekelilingnya dan tidak sangka dia nampak Yaya dan Gempa memancing.

Ketika itu, Yaya mendapat ikan yang besar dan Gempa menolong Yaya dengan menggunakan jaring untuk sambut ikan Yaya. Mereka sangat gembira sampai Taufan dapat mendengar jeritan mereka dari seberang.

Sungguh sedihnya Taufan dan merasa kecewa. Dia terus berdiri dan pergi dari situ. Semua kawan cuma hairan dengan apa yang berlaku tadi. Apa pasal dengan Taufan ni? Itulah masing-masing sedang memikirkan.

Thorn tiba-tiba nampak Yaya dan Gempa bersama. Ini mengejutkan dia dan dia terus memberitahu ayahnya. Semua orang melihat apa yang Thorn katakan tadi. Semua orang pasti merasa kasihan terhadap Taufan tetapi Hali merasa geram. Geram bukan kepada Taufan malah geram kepada Yaya.

15 minit sebelum Taufan nampak Yaya dan Gempa bersama.

Yaya dan Gempa sedang bersoronok memancing. Semasa mereka menunggu umpan mereka dimakan ikan, Yaya cuma mendiamkan diri sahaja.

"Kenapa ni Yaya?" Tanya Gempa yang kini risau.

"Tak ada apa-apa." Jawap Yaya. Dia menoleh mukanya kepada Gempa.

"Yaya, aku mahu tanya. Apa kau akan buat dengan Taufan? Terus menipu? Aku rasa bersalah. Lebih baik kau terus terang sahaja kepadanya." Kata Gempa lagi. Tetapi Yaya tidak menjawapnya.

"Yaya?"

"Aku tak mahu dia kecewa nanti."

"Yaya. Kau ini memang pentingkan diri sendiri. Kau sendiri kan tahu yang Fan itu bagaimana. Dia pasti tetap kuat walaupun percintaannya itu cuma palsu." Ucap Gempa agar dapat Yaya akan memberitahu penipuannya kepada Taufan.

Tiba-tiba joran Yaya mendapat ikan. Yaya cepat menarik jorannya dan akhirnya dia dapat seekor ikan yang besar. Manakala, Gempa mengambil jaring dan sambut ikan itu untuk Yaya. Mereka merasa sungguh gembira kerana mendapat ikan yang cukup besar. Mereka menjerit.

Ketika mereka menjerit kegembiraan, Yaya nampak Taufan yang sedang pergi dari tempat duduknya. Yaya mula risau. Adakah dia nampak Yaya dan Gempa bersama? Yaya terus mengeluarkan handphone dia dan menekan nombor Taufan. Tapi malangnya panggilannya tidak dijawap.

.

.

.

.

Setelah selesai kedua pasangan itu memancing, mereka membawa tangkapan mereka ke sebuah tempat yang khas untuk memasak. Semasa mereka dalam perjalanan, mereka tersempak dengan Hali.

"Hali." Kata Yaya dengan suara yang pelahan. Kepala Yaya terus tunduk. Dia mula malu kerana ada orang telah lihat Yaya dan Gempa. Lebih teruk lagi orang itu adalah sepupu Taufan.

"Gempa, boleh kau tinggalkan kitorang di sini sekejap?" Tanya Hali dengan dinginnya. Gempa hanya mengangguk dan meninggalkan mereka.

"Yaya. Aku harap kau tahu apa yang kau buat." Kata Hali dan dengan pelahan dia memasukkan kedua tangan ke dalam poket jaketnya.

"Apa maksud mu? Aku tak faham." Tanya Yaya seolah dia tidak memahami soalan itu tetapi semua itu cuma penipuan. Dia tahu apa yang Hali maksudkan.

"Adakah memang kau meanggap percintaan kau bersama Taufan sebagai mimpi yang terus hilang kerana sebenarnya di realiti kau cintakan Gempa? Ingat Yaya. Taufan cuma manusia biasa. Semua lemah sama juga si Taufan. Fikirkan Yaya." Ucap Hali dan terus meninggalkan Yaya. Yaya cuma menunduk kepalanya kerana malu dan merasa bersalah.

"(What have I done.)" Bisik Yaya dengan rasa sungguh kesal.

.

.

.

.

Malam telah muncul dan Yaya pulang lewat. Hujan lebat dari petang sudah berhenti. Yaya memandang ke langit yang tidak berbintang sambil memikir apa yang Hali cakap tadi kepadanya. Dia tidak tahu bahawa dia perlu berterus terang atau tidak.

Sebuah perasaan muncul tiba-tiba. Seperti ada seseorang tengah memandang dia. Dia turunkan kepala menghadap ke depan dan jumpa seseorang pemuda. Taufan adalah pemuda itu.

Yaya mula merasa takut. Adakah Taufan nampak Yaya dan Gempa bersama tadi? Dia mula menelan ludahnya pelahan ke dalam tekaknya.

"K...kau tak pulang lagi?" Tanya Yaya dengan suara yang bergeletar.

"Tak. Aku kesunyian dan parents ku di restoran." Jawap Taufan singkat dan dingin. Ini menakutkan Yaya. Sejak bila Taufan sikap begitu? Adakah dia memang tahu yang Yaya tidak mencintainya? Soalan itu asyik muncul di fikirannya.

"Ke mana kau pergi sampai lewat malam macam ni? Tak kan shopping itu lama sangat." Tanya Taufan pula.

"Aaaa... Aku sama kawan ku nonton wayang tadi. Itulah lambat sangat. Aaaa... Aku balik dulu ya." Kata Yaya yang kini dia mencuba mencari alasan agar dia tidak ditanya lagi. Tetapi semasa Yaya mula meninggalkan Taufan, Taufan mula bercakap lagi.

"Ini ke yang kau mahukan?" Tanya Taufan lagi. Kini Yaya jadi takut dengan apa yang ditanyakan.

"Apa kau kata? Aku tak faham. Hehehe." Tanya Yaya balik seolah dia tidak faham. Dia juga menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Sekarang suasana mereka menjadi senyap dan angin bertiupan perlahan, tetapi masih dapat dirasakan kesejukan itu. Kini mereka saling memandang satu sama lain. Taufan menyambung cakapnya,

"Yaya. Sudahlah. Aku tak sanggup lagi. Aku... aku... aku dah-" Tetapi telah terpotong kerana handphone dia tiba-tiba berbunyi.

Taufan menjawap panggilan itu. Dengan tidak di sangka, panggilan itu adalah dari seseorang yang mengatakan bahawa ada kebakaran di sebuah restoran. Dia juga mengatakan bahawa ibu bapanya telah terlibat dalam kebakaran itu.

Taufan dan Yaya yang juga mendengar perbualan Taufan terkejut.

~TBC

Hai everyone! Aku nak minta maaf jika ada beberapa ayat, perkataan dan ejaan salah, bahasa tunggang terbalik dan tidak faham.

Saya akan kembali dengan chapter 3

Assalamualaikum,

Saya author Angin Taufan, is out! Peace!