Hey guys! Chapter 3 is up. Maaf jika pendek daripada chapter 1 dan 2. Aku cuma ada idea sikit for chapter 3. Jika boring don't mind review/PM me.

Now for the review,

VinuraOsake,

Ini cerita selanjutnya.

Rizki5665,

Baguslah jika tidak membosankan. Thank you kerana suka cerita ku. Sokay if pakai bahasa indon. Aku faham eh. Ini chapter seterusnya.

Note: Bahasa Melayu Malaysia and Bahasa Melayu Brunei (maybe)

Pervious chapter,

Taufan menjawap panggilan itu. Dengan tidak di sangka, panggilan itu adalah dari seseorang yang mengatakan bahawa ada kebakaran di sebuah restoran. Dia juga mengatakan bahawa ibu bapanya telah terlibat dalam kebakaran itu.

Taufan dan Yaya yang juga mendengar perbualan Taufan terkejut.

Chapter 3

Sering kali aku diuji

Air mataku terus mengalir

membasahi didadaku

Selepas panggilan itu tertutup, Taufan terus berlari ke hospital meninggalkan Yaya. Yaya cuma melihat dia pergi yang masih dalam keadaan terkejut. Dia tidak boleh balik ke rumah dan berharap ibu bapanya selamat, dia terus lari dan mengikut Taufan selepas sahaja dia kedengaran bunyi guruh.

Dalam berjalanan ke hospital, hujan mula turun dengan deras di Pulau Rintis. Ketika itu, bandar menjadi sunyi hanya boleh dengar bunyi hujan menghempas ke tanah.

Seseorang bocah lelaki sedang berlari di lorong Rintis Jalan 1. Taufan dengan basah kuyup tengah berlari dan menangis, mendesak dirinya untuk pergi ke hospital.

"Saya harap mereka selamat. Mak, ayah tolonglah jangan tinggalkan aku. Aku perlu kamu. Kamu sahaja ada yang aku dapat. Hisk, hisk. Tolonglah aku mohon." Gumam Taufan.

Dengan tidak senghaja dia tergelincir dan terjatuh disebabkan lopak air di atas lorong. Dia cuba untuk bangun tetapi kakinya sakit. Yaya yang telah mengikuti dia, datang dari belakang,

"Fan, kau okey ke?" Tanya Yaya risau dan cuba menolongnya.

"Lepas." Kata Taufan dingin. Taufan cuba lagi sekali untuk bangun dan dia berjaya. Dia terus berlari lagi.

"Fan, tunggu!"

Di hospital, Taufan akhirnya sampai. Dia terus pergi ke ruang ICU di mana dia jumpa datuknya yang sedang duduk sambil menangis. Dia juga jumpa dengan pakciknya, Boboiboy Solar yang sedang menenangkan ayahnya.

"Atok." Kata Taufan pelahan. Ini membuatkan dua orang dewasa di depannya menoleh kepadanya.

"Taufan." Kata Tok Aba dengan sedihnya. Taufan hairan kenapa datuknya sedang menangis tetapi ini bukan masa untuk menanya soalan itu, sebaliknya dia bertanya,

"Bagaimana ngan mak dan ayah?" Tetapi soalan itu tidak dijawap oleh datuknya kerana kini datuknya mula menangis lagi.

"Kenapa dengan mereka, tok?" Tanya Taufan lagi.

"Fan, mereka... mereka..." Tok Aba mencoba untuk bercakap.

"Mereka apa?!" Jerit dia. Dia tidak sabar lagi. Yaya yang baru juga datang sedang cuba menenangkan dia tetapi tidak berhasil.

"Mereka telah meninggal." Solar kata buatkan semua orang melihat kepadanya.

"Apa?"

"Mereka meninggal apabila doktor sedang menyelamatkan mereka. Aku bersimpati dengan kau, Fan."

Taufan sungguh tidak percaya dengan apa kata lelaki dewasa yang berkaca mata jingga itu. Dia mahu melihatnya dengan matanya sendiri. Dia pergi di mana ibu bapanya berada iaitu di bilik mayat.

Semasa dia masuk ke bilik itu, dia nampak dua tubuh badan berbaring atas katil besi. Muka mereka pucat tetapi expresi mereka kelihatan tenang. Dengan pelahan, Taufan menghampirinya dan memeluknya. Dia mula menangis.

"Hisk, hisk. Mak, ayah maafkan aku. Maafkan aku atas segalanya. Hisk, hisk." Dia menyentuh muka ibunya dan menampilkan senyumnya yang sedih. Air matanya mula mengalir dan terkena di pipi ibunya. Dia berkata lagi,

"Ayah, terima kasih kerana besarkan aku. Mak, terima kasih kerana lahirkan aku. Terima kasih mak, ayah kerana jadikan aku anaknya baik. Terima kasih. Hisk, hisk."

Dia mencium ibu bapanya di dahi dan menutup muka mereka dengan kain putih. Dia duduk ke atas lantai lalu memeluk lututnya dan menangis.

Tiba-tiba, pintu berhampirannya terbuka pelahan. Taufan menoleh ke pintu dan nampak sepupunya, Hali. Dengan pelahan Hali menghampirkan dirinya kepada Taufan.

"Sabar ya, Fan." Kata Hali yang bertujuan untuk tenangkan dia.

Taufan berdiri di depan Hali dan membuat senyuman sedih lalu memeluknya. Hali terkejut dengan pelukan itu. Dia tidak suka bila dia dipeluk tetapi apabila dia melihat Taufan menangis di dadanya dan membasahi bajunya, dia tidak sanggup nak melepaskan. Sebaliknya dia peluk Taufan balik dan biarkan sepupu sesayangnya menangis.

Keluarga mereka dan kawan-kawan yang melihat mereka berpeluk dari jendela turut menangis dan berasa kasihan.

.

.

.

.

Keesokan harinya selepas pengebumian, Hali, Air, Gempa, Yaya, Fang, Ying dan Gopal cuba menghiburkan Taufan. Dalam perjalanan ke rumah Taufan, Hali menolong Taufan berjalan kerana lemah. Akhirnya mereka sampai di depan rumah.

"Kita dah sampai, Fan." Ujar Hali.

"Boleh tak kamu pergi?" Kata Taufan sedih. Dia ingin berseorangan.

"Tak boleh." Kata semua.

Mereka pun masuk dalam dan duduk di ruang tamu. Berapa minit kemudian, bilik itu menjadi senyap dan tidak ada orang pun bercakap, hanya tangisan Taufan yang mengisi bilik itu. Tujuh sahabat itu tidak tahu apa patut mereka buat. Akhirnya Yaya memecahkan kesunyian itu.

"Fan. Janganlah sedih. Kuatkan dirimu."

"Tolonglah, jangan cakap." Mohon Taufan.

"Tapi Fan, kau-"

"Kau tak dengar ke apa ku cakap?!" Jerit Taufan yang kini dia berdiri. Sekarang semua orang berpaling kepadanya.

"Maaf."

"Ceh." Taufan pusing badannya dari teman-temannya dan pergi menuju biliknya. Semua orang hanya lihat apa yang telah terjadi dan pandang Yaya.

"Apa?" Tanya Yaya hairan.

"Nice try, Yaya." Kata Gopal menyindir dia.

"Apa salah ku?" Tanya Yaya lagi.

"Kenapa kau tak diam saja tadi?" Kata Fang.

"Yea." Setuju Hali.

"Betul cakap Fang. Kenapa kau tak diam saja tadi." Setuju Air juga. Ying juga setuju tetapi dengan cara mengangguk, manakala Gempa hanya keligatan hairan. Sekarang, Yaya berasa bersalah dengan apa dia telah buat.

.

.

.

.

Tahun 2017 akan tiba dan ramai orang tengah sibuk bersedia untuk meraikan tahun baru. Hari sebelum 2017, Hali akan mengadakan parti doa selamat di rumahnya.

Pagi itu, dia sedang membeli beberapa barang untuk berparti seperti, buah-buahan, makanan ringan, pasta, minuman berkarbonate, air dan lain-lain. Selepas membeli semua barang itu, dia pergi untuk membeli kek pula. Semasa dia berjalan kaki menuju ke kedai kek, dia melintasi rumah Taufan. Dia berhenti di depan rumah itu.

Setelah sebulan ibu bapa Taufan meninggal, Taufan mula mengasingkan dirinya daripada kerja, kawan dan juga Yaya.

Hali bercadang untuk pergi berjumpa Taufan untuk melihat jika sepupunya itu okey. Dia jalan masuk ke halaman rumah Taufan dan dia nampak seseorang di depan tangga rumah yang sedang memeluk kedua lutut dan mengelamkan mukanya di dalam pelukannya. Orang itu kelihatan kusut.

"Fan, kau okey ke?" Tanya dia kepada orang itu, Taufan.

"Huh?" Taufan tengok ke atas dan memandang mukanya kepada Hali sambil mengelap air matanya.

"Oh, hey Hali." Kata Taufan. Dia memaksa dirinya untuk bersenyum.

"Jangan senyum jika kau tidak dapat senyum dengan ikhlas."

"Hm? Oh maaf." Dia pun menunduk kepalanya kerana malu.

"Di manakah kau selama ni?" Tanya Hali dan duduk sebelah Taufan.

"Aku di rumah. Bersendirian."

"Kau tak boleh terus bersedih, Fan."

"Aku tahu tapi-"

"Terima saja. Semuanya adalah takdir. Allah sayang mereka. Kau perlu lepaskan semua itu, Fan." Sekarang Taufan diam dan menangis lagi sekali.

"Fan. Tolonglah-"

"Kau betul."

"Huh?"

"Aku patut terimanya tetapi aku tak dapat. Maaf."

"Jangan maafkan kepada ku, Fan. Hmm... Hey, mahu datang ke majlis tahun baru ku?" Tanya Hali yang bertujuan untuk mengembirakan dia.

"Maaf? Kau mengadakan parti?"

"Betul. Aku sudah menjemput semua orang terutama kau. Kau mahu ke?"

"Boleh juga." Dengan ikhlasnya Taufan pun tersenyum ikhlas. Hali pun ikut tersenyum.

"Aku patut pergi. Aku perlu beli kek untuk parti." Cakap Hali lalu berdiri dan jalan.

"Baiklah." Taufan melambai tangannya kepada sepupunya and Hali pun melambai balik.

.

.

.

.

Siang menjadi malam dan tiba masanya untuk majlis tahun baru. Satu-persatu tetamu Hali mula datang ke majlis tersebut setelah dipersilakan mereka masuk oleh si isteri punya majlis. Ketika itu, dia nampak empat sahabat suaminya datang.

"Halo, Hani. Terima kasih menjemput kami." Cakap Fang berterima kasih semasa mereka berdepan dengan isteri Hali.

"Sama-sama. Hmm... Mana Yaya dan Gempa?"

"Nanti mereka akan datang bersama." Jawap Air.

"Ohh... Adakah Fan akan datang?" Sambung Hani lagi.

"Entah. By the way, mana makanan?" Tanya Gopal sambil meleleh air liurnya dan mencari di mana makanan itu berada.

"Gopal!" Jerit semua selain Hani. Dia hanya ketawa kecil. Tiba-tiba mereka mendengar jeritan anak dua kembar Hani yang datang dengan ayahnya.

"Mak! Kami sudah tolong ayah!" Kata Thorn riang.

"Hai! Abang Air, abang Fang, kaka Ying dan abang Gopal. Happy new year!" Ucap Api sambil melambai mereka. Semua orang ketawa setelah mendengar upacan Api.

"Hahaha... Belum lagilah, sayang." Kata Hani lembut lalu mengusap kepala Api.

"Aku tahu. Abang Taufan datang ke?" Tanya Api kepada kedua ibu bapanya malah Taufan adalah pakcik kesayangannya.

"Haraplah." Jawap mereka singkat.

"Kenapa tidak?" Kata suara yang tiba-tiba muncul. Ini menyebabkan mereka menoleh kepada orang itu. Rupanya orang itu adalah Taufan.

"Taufan!" Jerit semua terkejut.

"Kau di sini? Kenapa?" Tanya Ying.

"Kenapa juga aku tak datang? Ini Hali punya parti. Mestilah ku datang." Jawap Taufan dengan senyuman yang lama dia tidak tampilkan.

.

.

.

.

10 minit sebelum tahun baru 2017, Taufan sedang duduk di luar rumah bersendirian manakala semua tetamu berada di dalam rumah. Dia tengah melihat bintang di langit malam yang cerah.

Tiba-tiba ada suara datang menanyakan kepada Taufan bahawa boleh orang punya suara itu duduk di sebelahnya. Taufan menjawap ya lalu orang itu duduk. Orang itu bertanya,

"Kau okay? Apasal kau di luar?" Tanya orang itu, Air.

"Yeah."

"Betul ni?"

"Ya, aku sudah terima takdir itu. Itu pun kerana Hali datang kepada ku dan menasihat aku."

"Baguslah."

"Kecuali satu."

"Huh? Apa?"

"Dia." Tunjuk Taufan kepada perempuan yang bertudung merah jambu.

"Yaya?" Pandang Air kepada perempuan yang ditunjuk.

Tiba-tiba bunyi letupan bunga api kedengaran di luar rumah itu menunjukkan tahun telah bertukar. Semua orang yang di dalam rumah termasuk Air dan Taufan melihat letupan itu. Semua orang bersambut riang dan mengucap Selamat Tahun Baru 2017.

~TBC

Terima kasih kerana membaca sampai akhir. Maaf kerana banyak perbualan disini. Hehehe. Aku tak berapa pandai buat cakap ajuk menjadi cakap pindah. Maaf jika ada ejaan salah, tatabahasa salah dan bahasa tunggang terbalik.

Don't mind review.

Angin Taufan is out! Peace!