Author Angin Taufan is back bringing with me chapter 4! I'm in a good mood right now to continue this ff. Alright now for the reviews,

VinuraOsake,

Ini chapter selanjutnya

Cute girls,

Hahaha. Review kau aku bagi kat Taufan.

Author: Fan. Bagaimana dengan dia? Kau nak?

Taufan: Hmm... Aku pilih dua2nya!

Author: Eh? Kenapa?

Taufan: Takut kamu berkelahi. Lagipun memang ku handsome sangat.

Author: Begitu pulak?

Read, enjoy and don't mind review.

Note: Bahasa Melayu with bahasa Brunei (maybe)

Chapter 4

Hanya ratapan didalam hati

Moga tercipta kesudahan

yang dinanti

Keadaan begitu sibuk di Stesen Penyiaran Pulau Rintis. Ramai pekerja sedang mensibukkan diri dengan kerja masing-masing. Kebanyakkan pekerja sedang berkeliaran di kawasan stesen menuju ke tempat mereka untuk memulakan kerja dan banyak juga pekerja sudah berada tempat masing-masing dan bekerja.

Begitu juga dengan Boboiboy Taufan. Kini Taufan berada di bilik editor sejak belum mulanya waktu bekerja. Dia sedang membuat kerja yang telah diberikan oleh pengarah tadi pagi.

Tiba-tiba pintu dibelakangnya telah dibuka dan munculnya seseorang perempuan. Perempuan itu memakai baju jingga dan skirt panjang labuh berwarna merah. Dia juga bertudung jingga dan berkasut putih. Dialah penolong dan rakan sekerja Taufan, Hanna.

Selepas Hanna mentutupi pintu, dia terkejut bahawa Taufan telah balik bekerja. Dia berjalan menuju Taufan dan duduk di sebelahnya. Taufan mula mengedari bahawa ada keberadaan seseorang di sebelahnya. Dia pun menoleh.

"Eh? Hai, Hanna. Fikir siapa tadi." Kata Taufan.

"Hai juga. Kau tahu tak yang bertapa susahnya aku kerja seorang tanpa kau?" Kata Hanna yang telah mula berbicara.

"Eleh, bukan ramai ke editor di stesen ni?" Tanya Taufan pula.

"Hehehe. Kau dah berubah menjadi yang asal ya? Tak sedih-sedih dan dingin. Baguslah." Kata Hanna yang mengabaikan soalan Taufan.

"Ye memang bagus. By the way, sorry aku tak tolong kau dengan kerja. Kau kan tahu yang aku sedih pasal-"

"Ye, aku tahu. Jangan cakap lagi. Apa kata kita buat kerja dulu baru sambung sembang?" Potong Hanna dan Taufan mengangguk tanda setuju.

.

.

.

.

Pagi bertukar menjadi tengahari, waktu menunjukkan pukul 12:00. Masa untuk pekerja berhenti dan berehat. Taufan sedang berjalan-jalan di dalam bangunan sambil minum secawan kopi untuk menenangkan diri dari hidup dan kerja.

Apabila dia sudah tenang, dia pergi ke sebuah bangku yang tersedia dan kebetulan berhampiran dengan dia. Dia keluarkan handphonenya dan membuka Instagram.

Semasa dia seronok mentatal gambar-gambar, dia terus terkejut kerana ternampak satu gambar yang telah dihantar ke dalam Instagram iaitu gambar Yaya dan Gempa berweifie bersama-sama. Gambar itu menceritakan bahawa Gempa telah memberi sejambak bunga kepada Yaya kerana Yaya sedang memegang bunga itu.

Apabila dia membaca komen orang tentang gambar itu, hatinya menjadi panas. Dia tengah marah, sangat marah. Mahu tahu bagaimana komen orang terhadap gambar itu?

Salah satunya, daripada HaniAlif yang berkomen, 'Sah diorang nie couple! Serasi benar mereka berdua'. Kedua, daripada AinulFaiz. Dia punya respon dari gambar itu adalah, 'Lucky you Yaya! Gempa memang handsome!' Dan ketiga, daripada AmalSuip yang membalas, 'Hebatlah Yaya! Dah dapat boy friend hebat. #couple.'

Disebabkan hati Taufan masih panas, dia cuba untuk menenangkan diri, tetapi tidak berhasil malah berakhirnya dengan tangisan. Dia pun menunduk kepalanya dan menangis selama beberapa minit.

Tiba-tiba, Taufan merasakan ada orang tengah memegang bahunya. Dia angkat kepalanya dan pandang kepadanya. Orang itu adalah Hanna. Ketika itu, dia baru keluar dari tandas dan terjumpa Taufan sedang menangis berseorangan.

"Kenapa kau menangis, Fan?" Tanya Hanna risau lalu duduk disebelah Taufan. Taufan tidak menjawap bahkan dia memutuskan untuk berdiam dan memberi handphonenya sebagai jawapannya.

Hanna mengambil handphonenya dan membaca. Dia terus mengangguk tanda faham.

"Tak pa, Taufan. Aku harap kau akan jumpa girl friend yang lebih baik dari Yaya." Kata Hanna memberi semangat.

"Entahlah. Aku tak nak fikirkan nie sekarang." Kata Taufan pelahan.

"Hmm... Apa kata kita sambung kerja. Kau pun tak nak makan tengahari di luar. Jadi mungkin kerja boleh lupakan pekara ni?" Kata Hanna lagi. Taufan hanya mengangguk dan mereka pun pergi ke bilik editor.

.

.

.

.

Hari ini Taufan dan Hanna dibenarkan keluar awal dari kerja. Mereka berasa sungguh teruja sampai Hanna nak memeluk kepada orang yang memberi mereka kebenaran itu.

Ketika waktu itu baru pukul 15:00 bermakana mereka mempunyai masa yang cukup panjang sebelum petang menjadi malam. Mereka tidak memutuskan untuk pulang ke rumah begitu sahaja bahkan mereka nak bersiar-siar di taman.

Ketika mereka sedang berjalan kaki menuju taman mereka tidak berbual sepatah pun. Itu kerana salah seorang dari mereka tengah memikirkan sesuatu. Hanna yang perasaan dengan sikap rakan sekerjanya hanya memutuskan untuk diam sahaja.

"Apa kau mahu menjadi girl friend aku sekejap?" Tanya Taufan tiba-tiba. Hanna yang sejak awal memandang ke depan terus terkejut dengan apa dia dengar dari mulut kawannya itu.

"Eh? Menjadi girl friend mu? Kenapa tiba-tiba? Apa maksud kau dengan 'sekejap'?" Tanya Hanna bermacam-macam soalan tetapi tetap dalam topik yang sama.

"Sebenarnya aku mahu beritahu kepada Yaya yang aku lama dah tahu yang dia tak mencintaiku. Dengan itu juga, aku mahu sakitkan hatinya seperti dia sakitkan hatiku." Jawap Taufan. Hanna hanya mampu ber'oh' panjang.

"Maaf jika suruh kau menjadi girl friend ku. Jika kau tak mahu, tak pa. Aku tak memaksa-" Sambung Taufan lagi tetapi dipotong oleh Hanna.

"Aku setuju menjadi girl friend mu."

"Betul ke?"

"Betul. Aku mahu kau dan dia akhirkan percintaan kamu kerana kau dah cukup terseksa. Jadi aku setuju."

"Terima kasih."

.

.

.

.

Waktu menunjukkan pukul 16:30,

Di taman yang sungguh senyap, ada sepasang kekasih tengah berjalan kaki sambil bercinta-cintaan. Nasib baik tidak ada soundtrack bollywood. Jika ada habis mereka menari.

Sepasang kekasih itu rupanya adalah Yaya dan Gempa. Mereka tengah bercakap tentang temu janji yang mereka telah sepakat untuk melakukan malam nanti. Semasa mereka berseronok berbual sambil tertawa, Yaya tiba-tiba batuk.

"Uhuk, uhuk!"

"Yaya kau oke ke?" Tanya Gempa risau.

"Aku oke je. Tak tahu kenapa tekak ku rasa sakit. Uhuk, uhuk!" Kata Yaya.

"Aku belikan kau air ya."

"Eh? Jangan. Aku tak mahu menyusahkan kau."

"Tak pa. Aku insist." Degil Gempa lalu pergi. Yaya hanya mampu diam dengan sikap kekasihnya yang baik hati itu.

Ketika dia sedang menunggu, dia pun berjalan dan memandang di persekitarannya. Tidak sangka dia ternampak dua orang dewasa yang duduk di bangku berhampiran dengannya. Seseorang lelaki yang dia kenal dan seseorang perempuan yang tidak dikenali.

'Mungkin perempuan itu kawan kepada lelaki itu.' Fikir Yaya. Rupanya orang yang Yaya lihat adalah Taufan dan Hanna. Mereka sedang berkongsi bersama dengan sebatang ais krim. Hatinya mula berasa bersalah.

Sebelum Yaya nampak Taufan dan Hanna,

Taufan dan Hanna berada di taman sejak awal lagi, hampir sejam 30 minit. Mereka hanya duduk di sebuah bangku yang berhadapan dengan sebuah sungai dan berbual kosong sahaja. Mereka juga sedang menghayati permandangan dan angin sepoi-sepoi bahasa yang telah menghembus ke muka mereka.

Taufan yang kebanyakan mendengar perbualan Hanna hanya memandang ke arah sungai itu dengan wajah kosong. Tiba-tiba, dia terdengar suara yang halus tetapi masih dapat didengar di mana sumber itu berada. Dia menoleh sedikit ke kiri iaitu ke arah pokok besar dan nampak Yaya dan Gempa muncul dari belakang pokok itu.

"Hey, Hanna mereka di sinilah." Kata Taufan lalu menunjuk ke arah Yaya dan Gempa.

"Yelah. Apa patut aku jadi girl friend mu sekarang?" Tanya Hanna yang kini mereka berdua lihat Gempa sedang pergi dari Yaya. Taufan menjawap dengan menganggukkan kepalanya sahaja.

Taufan terus membuka ais krim yang telah dibeli sejak awal lagi dan makan. Memang berniat untuk sakitkan Yaya dengan ais krim ke atau ais krimnya hampir nak cair? Manakala, Hanna yang masih pandang Yaya mula merasa meyampah dan berbisik, 'Sampai hati kau buat begitu kepada kawan aku.'

Apabila Yaya nampak mereka, Hanna menoleh kepada Taufan. Ais krim yang dimakan oleh Taufan telah menjadi separuh. Hanna hanya dapat ber'sweatdrop' dengan sikap kawannya ini. 'Dia ni nak sakitkan hati Yaya ke tak?' Bisik hati Hanna.

Tiba-tiba Hanna ada idea dan dia terus bermanja-manjaan dengan Taufan.

"Fan... Boleh tak aku minta sikit ais krim mu itu?" Manja Hanna sambil buat puppy eyes. Taufan yang melihat tingkah laku kawannya terus faham dengan idea tersebut.

"Mmm... Nah." Dia terus menyuapkan ais krim itu kepada Hanna. Hanna pun mengikit ais krim itu.

"Terima kasih." Manja Hanna masih.

"Sama-sama."

Yaya yang masih melihat terus menghampiri mereka.

"Taufan..." Panggil Yaya dengan suara bersalah dan telah membuatkan mereka pandang dia. Taufan pun berdiri di depannya.

"Hey." Balas Taufan singkat.

"Apa kau buat ni?" Tanya Yaya.

"Aku sama Hanna lah. Kenapa?"

"Fan. Janganlah cuba untuk tipu dirimu itu."

"Kau fikir bukan aku seorang je ke yang tipu diri?"

"Kau dah tahu? Taufan. Aku buat ini kerana kau." Kata Yaya terkejut.

"Kerana aku? Ceh. Sudahlah kau memang pentingkan diri."

"Itu tak betul. Aku buat ini kerana aku tak sanggup kau patah hati dengan aku iaitu orang yang kau cintai selama 9 tahun." Ujar Yaya yang hampir nak menangis.

"Aku tak percaya kau, Yaya. Kau fikir jika kau rahsiakan percintaan ini kau tak sakitkan hati ku? Salah sebenarnya. Aku tak akan lebih sakit daripada ni jika tidak dirahsiakan." Kata Taufan dengan lebar dengan mukanya dingin.

"Taufan. Aku... aku..." Kini mata Yaya mula basah.

"Kau memang perempuan yang tak tahu malu." Sambung Taufan lagi.

"Taufan! Dengarlah apa aku nak jelaskan!"

"Bukan! Kau yang mesti dengar apa aku nak cakap! Kau memang seorang yang ego dan memang-" Marah Taufan tetapi dipotong oleh lemparan yang panas di pipinya. Yaya telah menamparnya.

"Sudah, Taufan! Aku dah cakap yang aku buat ini semua untuk kau!" Jerit Yaya yang sudah menangis, lalu lari meninggalkan Taufan dan Hanna. Taufan cuma lihat dia pergi sambil memeluk dirinya, manakala Hanna pandang Taufan lalu Yaya dengan perasaan bersalah.

Mereka bertiga tidak tahu bahawa ada seorang tengah memperhatikan mereka dari jauh, Gempa. Dia merasa bersalah serta kasihan kerana dia adalah punca hancurnya percintaan mereka. Tetapi sebenarnya bukan salah Gempa kan?

Tetapi Gempa tidak menyangka bahawa, Taufan telah menitis air matanya. 'Taufan menangis? Bukan sepatutnya dia marah?' Bisik hati Gempa.

.

.

.

.

Hari menjadi gelap. Langit biru menjadi jingga dan merah. Matahari juga mula terbenam di sebelah barat. Waktu itu, Taufan menemani Hanna pulang ke rumahnya.

Sekali lagi mereka tidak berbual kata sepatah pun. Hanya keheningan yang ada di sekelilingnya. Hanna tidak tahan dengan keheningan itu dan ingin sekali dia nak berbual bersama Taufan. Dia mula nak bercakap tetapi terhenti apabila melihat wajah Taufan yang bersalah. 'Apasal dia berwajah sedih?' Bisik Hanna.

"Hey, apasal kau rasa bersalah ni?" Tanya Hanna.

"Eh? Macam mana kau tahu aku berasa bersalah?" Tanya Taufan pula dengan nada terkejut.

"Nampak dari muka dah aku tahu. Kenapa juga kau merasa bersalah? Bukan dia ke yang patut bersalah?"

"Sebenarnya. Aku memang tak berniat nak sedihkan dia? Aku terpaksa."

"APA KAU CAKAP?!"

.

.

.

.

Sementara itu, di taman. Yaya berada di bawah pokok yang rendang lagi menangis sambil memeluk kedua lutut dan mengelamkan mukanya di dalam pelukannya. Dia menangis tanpa henti.

Tiba-tiba seorang sosok datang berlari menghampiri dia. Dia meyentuh tangannya kepada pokok itu untuk menyokong dirinya yang kehabisan nafas lalu menarik nafas dalam-dalam. Orang itu adalah Gempa. Setelah dia melihat Yaya lari daripada Taufan dengan penuh kesedihan, dia terus mencari Yaya.

Gempa menurunkan kepalanya ke bawah iaitu kepada Yaya yang mungkin tidak menyedari beradaannya lalu dia terus menanya,

"Kau oke ke?" Tetapi Yaya memutuskan untuk diam walaupun dia sudah tahu Gempa berada di sisinya ketika ini.

"Yaya?" Kata Gempa lagi. Kali ini Yaya menjawap dengan kasar di depan muka Gempa. Maksudnya Yaya kini berdepannan dengan Gempa.

"Kau fikir aku ok ke?! Aku buat semua ni untuk Taufan! Kenapa dia sanggup buat ku begini?!"

"Yaya, sabarlah." Cuba Gempa menenangkan Yaya.

"Sabar kau kata?! Hati ku sangat sakit tau!" Jerit Yaya yang masih lagi mengalirkan air matanya. Disebabkan jeritan itu, Gempa terus menutupi telinganya untuk mengelakkannya menjadi tuli.

"Aku rasa Taufan memang tidak berniat membuat kau sakit hati." Kata Gempa yang masih dalam kedudukan begitu.

"Apa? Kenapa?!" Jerit Yaya lagi.

"Aku tak tahu. Aku hanya merasa begitu sahaja apabila aku melihat Taufan menitis air matanya."

"Dia menangis?" Kata Yaya hairan. Gempa hanya mampu menangguk kerana tidak tahu apa dia nak dikatakan lagi.

.

.

.

.

Chapter ini dilanjutkan sampai malam.

Keadaan waktu malam itu mendinginkan. Bintang-bintang yang sudah bertaburan di langit yang malam semakin menghilang, manakala cahaya petir serta bunyi guruh kini hadir. Maka turunnya hujan yang lebat sekali.

Di sebuah bilik yang tidak bercahaya, ada seorang sosok sedang bebaring di katilnya sambil memeluk bantalnya. Dia sedang merenung bersendirian, meningatkan kisah dahulu di mana dia berjumpa lelaki itu waktu di sekolah menengah.

FLASHBACK ON

Ketika itu, Yaya sedang berada di perpustakaan. Dia tengah bersiap sedia untuk peperiksaan setengah tahun. Semasa dia mencari buku-buku untuk mengulang kaji dia tidak sangka buku yang dia inginkan berada di rak paling atas.

Yaya cuba mencapai buku itu, tetapi tubuhnya pendek. Tiba-tiba ada orang telah mengambil buku itu dan juga membuatkan Yaya terkejut. Yaya melihat siapa orang yang mengambilnya dengan tatapan bingung. Orang itu adalah seorang lelaki yang beriris biru dan memakai topi biru dengan gaya senget.

"Hai~ Nah." Menghulurkan buku itu kepada Yaya. Rupanya lelaki itu cuma nak menolong dia.

"Terima kasih." Kata Yaya.

"Sama-sama." Balas lelaki itu.

"Aaa... Siapa nama kau?" Tanya Yaya.

"Aku Boboiboy Taufan dari kelas 3-A. Tak salah kau ni Yaya kan? Pelajar baru dari kelas 3-H yang baru pindah 3 bulan lepas, betul?" Ujar lelaki bernama Taufan.

"Betul." Jawap Yaya.

"Aku harus pergi ya. Aku senang bercakap dengan kau, Taufan. Bye!" Sambung Yaya lagi lalu pergi dari situ. Tiba-tiba dia mendengar gumaman Taufan.

"Aku suka kau."

"Apa kau cakap?" Menoleh balik kepada Taufan.

"Eh? Aku cakap aku suka kau ke? Aaa... Maksud aku... aaaa... aku juga suka senang bercakap dengan kau. Hehehe." Kata Taufan yang mula gugup. Dia terus pergi dari situ tetapi telah terlanggar rak buku. Taufan mengusap sikunya yang tersingung dan terus lari, tetapi sempat lagi dia menoleh Yaya dengan wajah yang malu.

Yaya yang melihatnya hanya hairan dan ber'sweatdrop' tetapi kelamaan dia tersenyum.

END OF FLASHBACK

"Kenapa kau cintai aku, Fan? Kenapa? Kenapa aku kasihankan kau? Kalaulah aku boleh putarkan masa, aku boleh terus beritahu kau yang aku memang tidak cintaimu." Kata Yaya. Dia terus menangis sampai larut malam sehingga dia tertidur disebabkan keletihan menangis.

~TBC

Annyeohasaeyo, guys! Thanks for reading 'Ku rela dibenci' till chapter 4. Sorry for the spelling error, language upside down dan wrong grammar.

Aku tak pandai buat sence bertengkar antara Taufan dan Yaya. So miiann.

P/S: Kali ini memang tidak ada kaitan dengan lirik yang terpapar di atas.

I'll be back with chapter 5. Maybe this will be one of the hardest chapter.

Bye guys! Read, enjoy and don't mind review.

Sekian,

Angin Taufan.