Hey yall! Author is back bringing chapter 6. Sori akhir update tiba-tiba tak ada mood. Itu pun sebab idea ku dah kosong. Miian.^^ Aku sedar ff ku yang ini tidak berapa jelas especially chp 4. Mungkin chapter ini jelas kot.

Bukan apa, ini masalahnya jika tidak pernah bercinta. Like me. Hehehe ^^ Inda jua semestinya kan? Btw...

Review time!

Cute girls:

(Continuation,

Gempa: Alahai, kekasihku dah pengsan *mulut ternganga*)

Author: Eh ngaku ya si Gempa ah. Peweet!

Taufan: Iya tah kan?

Gempa: Diamlah!

Author: Jadi kamu nak lawan ke?

Taufan: Ye tak ye juga ya. Meh kita lawan

Gempa: Eh kejap2! Kita bincang dulu

Author: Jgn tah *disappointed*

Taufan: Ah! *Ada idea. Bisik kat author dan aku senyum* Gempa tengok tu!

*Gempa lihat. Taufan & author culik cute girls dan lari. #Jahil*

Gempa: Oi! Pulangkan girlfriend ku!

Author & Taufan: Make us!

Cute girls: Tolong aku putera ku!

Gempa: Aku datang ni! *lari*

VinuraOsake:

Here's the next chapter!

P/S: Ignore salah ejaan ya dan bahasa tunggang terbalik.

Read, enjoy dan review!


Chapter 6

Menghitung menunggu mati

Agar kau jumpa yang dinanti

Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Cinta. Apakah itu cinta? Perasaan yang timbul dari hati yang menunjukkan kepada seseorang. Setiap manusia pasti akan merasai bahkan muda atau tua. Pasti akan bahagia bagi orang yang telah bercinta. Apatah lagi bagi seseorang lelaki yang mencintai seorang perempuan. Bukan dari wajahnya sahaja 'well obivously' tetapi dari sifatnya juga.

Tetapi apa yang akan terjadi jika cinta seseorang hanya bagai bertepuk sebelah tangan? Iaitu salah seorang tidak mencintai pasangannya. Anda mesti akan merasa kecewa dan patah hati. Siapa juga tidak. Cuba sedaya upaya agar orang itu mencintainya, mana mungkin berjaya. Apatah lagi jika orang itu sebenarnya mencintai orang lain.

Yah~ memang susah, betul?

Inginkan menghilangkan perasaan cintai itu susah, sangat susah malah bertambah cinta pula. Kalau nak lupakan orang, itu pun juga susah. Apa boleh buat sudah jatuh cinta. Lainlah kisah jika dirinya itu benci kepada orang itu. Itu mungkin dapat hilangkan perasaan itu. Tetapi mungkin tidak juga, mana tahu dia nak berdendam.

Cinta itu tidak pernah senang. Jika berfikir cinta itu senang iaitu berjumpa dan mengetahui bahawa orang itu juga suka? Salah. Memang salah. Mesti kalian tahu apakah itu betul atau tidak. Tetapi itu ikut takdir seseorang. Kadang-kadang ini adalah ujian dari ilahi.

Tetapi sudah pasti jangan sangat tenggelamkan diri hanya kerana cinta sampai diri tidak tentu arah. Jangan seperti watak dalam fanfic ini. Nak dibencikan susah. Nak melupakan susah. Bagaimana pula jika dia melihat cintanya bersama orang lain? Lagi susah.

Dalam chapter ini bermulanya di sebuah bangunan di kawasan stesen penyiran Pulau Rintis. Seseorang lelaki berpakaian biru terang serta hoodie. Bertopi senget ke kanan menunjukkan personaliti yang selalu ceria dan beriris biru yang telah melihatkan perasaannya ketika itu. Apa dia perasaannya? Senang sekali dijelaskan iaitu sedih, sangat sedih.

Dia tengah melamun di sana sambil berkata seorang diri. Dia sudah cukup sedih untuk tidak meperdulikan kawasannya dan mengetahui langit akan menangis. Dia meletakan dagunya kepada kedua tangan yang telah berehat di atas pagar.

"Betapa sedihnya hidup ini. Bagaikan semuanya hitam putih. Tidak ada kasih sayang yang memenuhi diri ku. Aku seorang, seorang di dunia ini. Tak ada mak, ayah bahkan orang yang ku cintai ditolak." Kata pemuda itu seperti tidak bernyawa.

"Bagaimana nak lupakan semua ini? Kenapa aku tidak dapat lupakan kau? Kenapa? Apa aku ini mencintaimu begitu lama? Itu ke? Hatiku hancur saat aku melihat kau berada di depanku. Aku asyik meningatkan kenangan kita berdua sahaja. Apa kau juga rasa kesakitan ini? Mungkin iya. Mungkin tak." Sambung dia.

Dirinya mula mengeluh sedih, sangat mahu bahawa dirinya tidak ada di sini. Tetapi mustahil, betul? Jika tidak ilahi mencabut nyawanya. Tiba-tiba pintu satu-satunya di atap itu telah buka dan munculnya seorang perempuan yang berpakaian jingga dengan tudung merah. Nama perempuan itu Hanna.

Hanna terkejut saat melihat kondisi kawan sekerjanya itu,

"Astaga, Taufan. Sudahlah. Sakit ku melihat kau bersikap macam ni. Kau harus berubah Taufan. Dia tak akan bersama kau lagi, Taufan. Kau patut lupakan dia!" Stres Hanna.

"Aku sudah cuba, Hanna! Aku sudah cuba! Dua bulan sudah aku cuba bahkan pelbagai cara sudah tapi masih tak dapat. Nak lupakan Yaya tak dapat malah aku semakin rindu!" Lawan Taufan yang sudah bertentang muka dengan dia.

"Kau tak cuba sedaya upaya pun! Kau perlu usaha lagi!"

"Nak usaha apanya?! Aku tak boleh mengatasinya!"

"Sudahlah! Kenapa kau buta sangat?! Kenapa dia saja ada dalam hatimu?! Kau asyik menangis, lepaskan perasaan mu kat aku. Semuanya pasal dia! Dia, dia, DIA!" Jerit Hanna frustasi yang telah menitiskan air matanya yang cukup deras. Dia menutup mukanya kerana malu.

Taufan terkejut melihat Hanna menangis. Dia tidak sangka bahawa Hanna akan berkelakuan begitu, seolah-olah Hanna mempunyai hati terhadapnya. Ini membuatkan Taufan lebih syok.

"Hanna, tak kan kau ada hati dengan ku?" Tanya Taufan yang masih syok.

"Mana ada! Hisk, hisk." Marah Hanna yang sedang mengelap air matanya, cuba menutupi cintanya.

"Hanna..."

"Sudahlah. Baik kita masuk sambung kerja." Kata Hanna yang pelahan masuk ke dalam bangunan meninggalkan Taufan seorang.

.

.

.

.

Di suatu tempat yang bernama Rintis Times. Tempat itu dipenuhi oleh ramai pekerja-pekerja yang tengah berkeliaran ke sana sini sambil membuat kerja masing-masing.

Yaya, salah seorang pekerja di sini sedang berjalan menuju ke bilik pengarah dari syarikat ini setelah di panggil 20 minit yang berlalu. Dia mengetuk pintu sebagai isyarat dia telah datang. Kemudian ada suara dari pintu sebelah menyatakan dia boleh masuk.

"Tuan, ada apa nak jumpa?" Tanya Yaya yang berdiri di depan pengarahnya.

"Saya ada tugasan untuk kau, Reporter Yaya. Oleh itu, kau akan berkerjasama dengan orang dari stesen penyiaran Pulau Rintis dalam membuat suratkhabar edisi baru." Arah pengarah Yaya.

"Baik, tuan." Terima Yaya.

.

.

.

.

Balik semula kepada Taufan dan Hanna, kini mereka tengah membuat kerja masing-masing. Tidak ada sepatah perkataan pun di antara mereka. Taufan ada pandang sekejap kepada Hanna dan nampak bahawa Hanna masih menitis air matanya. Taufan cuba nak berkata sesuatu tetapi perasaan syoknya dan malu telah menghalangnya membuat demikian.

Tiba-tiba, pintu bilik itu terbuka tanpa diketuk dahulu. Taufan dan Hanna sedar hal itu dan pusing menghadap pintu itu. Orang yang membuka pintu itu adalah pengarah mereka iaitu Pengarah Hairul.

"Editor Taufan, Editor Hanna. Saya ada tugas untuk kamu berdua. Kamu tak berapa sibuk, betul?" Kata Pengarah Hairul. Taufan dan Hanna mengangguk betul.

"Baik, kalau macam itu. Sebagai backup dan specialty dalam photographer di stesen ini. Saya mahu kamu berkerjasama dengan seseorang dari bisness suratkhabar, Rintis Times. Hari ini, pukul 9. Anda faham?" Sambung Pengarah Hairul.

"Faham tuan." Balas Taufan dan Hanna lalu Hairul keluar dari bilik itu.

Waktu telah menunjukkan pukul 9 dan Taufan dan Hanna telah keluar dari bilik kerja mereka untuk menguruskan tugas mereka. Mereka akan bertemu dengan seseorang di tingkat bawah bangunan itu. Tetapi mereka tidak sangka bahawa orang yang akan berkerjasama adalah Yaya.

"Yaya?" Terkejut Taufan saat dia pandang kepadanya. Tidak pelik juga Yaya terkejut dengan kehadiran Taufan dan Hanna.

"Taufan? Awak juga?" Kata Yaya kepada Taufan dan juga Hanna.

"Kau ke orang yang akan berkerjaama dengan kami?" Tanya Taufan. Yaya hanya mengangguk kecil.

"Baiklah kalau macam tu. Jom kita pergi." Sambung Taufan yang mula berjalan keluar dari bangunan itu tetapi berhenti saat Yaya bertanya pula,

"Nak ke destinasi itu guna apa?"

"Kita boleh gunakan kereta ku. Lagipun kereta ku tak berapa jauh dari sini." Jawap Hanna terhadap soalan Yaya pula.

"Baik. Aku pandu ya." Kata Taufan yang sudah jalan keluar.

Dalam perjalanan ke destinasi mereka, keheningan berada di udara. Tidak ada seorang pun bersuara waktu itu. Setiap seorang menggelamkan diri mereka dengan perasaan seperti,

Taufan yang memandu dengan wajah yang sedih sekali lagi. Yaya yang duduk sebelah Taufan cuma merasa kekok dengan suasana ini. Manakala Hanna yang duduk di passenger belakang, hanya pandang orang yang di hadapannya dan mengeluh kerana perasaannya yang cemburu.

"Jadi, how was your day? Ada berita baik selama 2 bulan ni?" Tanya Yaya tiba-tiba yang telah menoleh kepada Taufan, seolah-olah tidak apa yang Yaya ingin mehilangkan keheningan ini.

"Bolehlah. Kalau berita baik. Hmm... Aku kena naik pangkat jadi mentor video editor." Jawap Taufan 'follow along'.

"Baguslah."

"Apa tah kau dengan Gempa?" Tanya Taufan balik.

"Okey, okey. Cuma jarang kerana sibuk bekerja masing-masing." Jawap Yaya yang kembali menghadap ke depan.

Tetapi Taufan dan Hanna tahu Yaya bukan jarang kerana sibuk malah kerana Taufan.

.

.

.

.

Akhirnya mereka sampai ke destinasinya iaitu di sebuah ladang yang memenuhi dengan banyak tamanan jenis-jenis beri dari buah strawberi ke mulberi. Ini disebabkan altitude di atas bukit-bukit di Pulau Rintis ini sejuk.

Waktu bekerja telah bermula dan setiap orang membuat kerja masing-masing. Taufan dan Hanna tengah mengambil gambar seluruh ladang untuk muka depan suratkhabar edisi terhad manakala Yaya tengah bertemu duga dengan petani di ladang itu.

"Baiklah itu sahaja nak ditanyakan. Terima kasih kerana menggunakan masa awak dalam temu bual ini." Ucap Yaya setelah selesai bertanya beberapa soalan kepada petani wanita tua.

"Yah, sama-sama. Aku minta diri dulu ya." Balas petani itu lalu pergi menyambung menuai. Yaya mengangguk ya.

Apabila Yaya hendak berdiri, dia terpijak tanah yang basah dan tergelincir. Tetapi sebelum jatuhnya ke tanah, Taufan terlebih dahulu telah sambut dia. Sekarang mereka saling pandang satu sama lain membuatkan semua ini menjadi kekok.

Dari sudut Taufan, dia syok dengan refleksnya itu. Marah kepada dirinya bahawa kenapa diselamatkan Yaya. Itu menimbulkan sesuatu perasaan yang dia tidak inginkan iaitu dirinya hancur berkecai.

"Fan." Panggil Yaya lembut, lagi memburukkan perasaan Taufan. Taufan terus lepaskan Yaya dan kemudian lari. Lari tidak tahu ke mana asalkan jauh daripada Yaya. Yaya cuma melihatnya dengan wajah yang keliru. Dia tidak faham apa yang telah berlaku.

Hanna yang kini berdiri disebelah Yaya ikut pandang ke arah Taufan berlari lalu berkata sesuatu membuatkan Yaya terlompat kejutan.

"Dia tak suka kau panggilnya the word 'Fan'. Itu akan sakitkan dia. Tak salah dia yang suruh kau panggil panggilan itu, bukan?"

"Bukan dia telah lupakan ke?" Tanya Yaya.

"Betul dia telah lupakan tetapi itu cuma sementara. Dia tak dapat lagi menahan perasaan itu lagi. Dia tak pernah cuba betul-betul untuk lupakan kau." Geletar Hanna.

"Hanna."

"Dia betul sayangkan kau, Yaya. Matanya hanya kepada kau sahaja. Dirinya ditutupi oleh egonya. Tidak pernah pandang kat orang lain selain kau." Sambung Hanna yang kini menundukkan kepalanya kebawah masih menahan gegarannya.

"..."

"Kau pun sama, Yaya."

"Eh? Sama?"

"Kerana dia kau tak dapat senang lenang untuk bercinta sama Gempa. Dan oleh itu dia akan lebih derita! Kenapa? Kenapa Yaya?!" Marah Hanna menangis kepada Yaya. Yaya takut dengan sikap Hanna.

"Ini semua salah kau! Kalau kau tak pernah sakitkan dia, kalau kau tak pernah kata kau suka dia, Taufan tak akan jadi macam ni! Dia tidak akan tahu yang aku sangat cintakan dia sejak kali pertama aku bekerja sama dia!" Jerit Hanna yang sudah berlutut menangis. Yaya yang syok dengan semua yang telah didengar dari mulut perempuan itu. Yaya berlutut juga disebelah Hanna lalu memeluknya.

"Maaf. Maafkan aku. Aku telah rosakkan hidupmu." Maaf Yaya lalu menitis air matanya. Hanna memeluk balik pelukkan Yaya. Mereka kekal begitu untuk sementara dan setelah Hanna telah tenang dia mengajak Yaya untuk menyambung kerja. Yaya hanya menangguk ya.

.

.

.

.

Waktu kerja sudah selesai dan masa untuk mereka berehat. Sekarang, mereka bertiga berada di luar landang untuk mengambil udara segar sambil melihat permandangan yang sangat cantik. Untuk sementara waktu mereka boleh merasakan ketenangan dari semua masalah dunia.

Angin sejuk bertiupan sempoi-sempoi bahasa, menambahkan lagi ketenangan mereka. Mereka tidak berkata apa hanya menghayati waktu itu. Tetapi akhirnya dikacau setelah mereka mendengar deringan handphone. Ternyata itu datang dari handphone Yaya. Yaya menjawap.

"Hello?"

"Ini Gempa, Yaya." Jawap orang dari panggilan seberang.

"Oh, Gempa. Ada apa ni?" Tanya Yaya.

"Hmm... Kau sibuk masani? Aku di depan tempat kerja kau. Tunggu kau. Tapi kau tak ada muncul-munculnya. Hajat ku nak ajak kau berjalan-jalan." Balas Gempa. Ini buat Yaya terdiam dan menandang ke arah Taufan yang tengah memandang ke langit bersama Hanna.

"..."

"Yaya?" Panggil Gempa tetapi Yaya tetap pandang Taufan. Dan sepertinya, Taufan mengedari bahawa dia telah dilihat kerana Taufan telah menoleh kepada Yaya. Dengan itu, Yaya cepat mengalih pandangan darinya.

"Oh, Gempa. Maaf, tapi aku rasa tak dapat aku agak sibuk. Jangan tunggu aku, Gem. Aku tak ada di sana." Jawap Yaya lalu menutup handphone tanpa kisah Gempa akan berkata sesuatu.

Dia mengeluh akan perbuatan kesal itu.

"Adakah aku ni beban untuk mu sampai kau tak dapat bersama Gempa?" Tanya Taufan tiba-tiba dengan suara yang lembut lagi sedih. Dia menghampiri Yaya waktu bertanya soalan itu.

"Huh?! Mana ada, Taufan!" Syok Yaya.

"Yaya..."

"Betul, Taufan. Hmm... ah! Apa kata kita ke cafe panaskan diri. Sejuklah." Kata Yaya alasan agar cepat menutupi perbohongannya itu. Taufan dan Hanna menangguk setuju.

Sekarang mereka di cafe setelah mereka bertolak sejam yang lalu. Sekali lagi mereka hanya duduk diam sambil merasakan kepanasan dari minuman mereka. Tiba-tiba Yaya dan Hanna terdengar satu gumaman dari Taufan. Gumaman yang halus tetapi cukup didengar.

"Aku akan pergi dari sini." Dengan itu, ia mengejutkan Yaya yang hampir tersedak makanan ais krim sandwicnya dan Hanna yang hampir juga tersembut air Mochanya.

"Apa?!" Jerit kedua perempuan itu. Sebelum Yaya hendak berkata sesuatu, dia diganggu oleh seseorang yang telah berdiri di sebelahnya sambil berdehem. Yaya menoleh kepadanya dan terkejut. Rupanya ia adalah Gempa, seolah-olah dia tahu mereka bertiga akan di sini.

"Gempa?!" Syok Yaya telah berdiri.

"Ini ke sebabnya kau tak dapat berkeluar sama aku?" Tanya Gempa yang terluka sedikit.

"Maafkan aku Gempa. Tapi-" Maaf Yaya malah dipotong.

"Apakah kau tak sayang aku lagi?"

"Gempa!" Jerit Yaya yang mula berkaca air. Tiba-tiba, sebuah hentakkan di meja membuatkan Gempa, Yaya dan Hanna menoleh kepada Taufan yang telah berdiri. Air mata Taufan mula berbentuk dan badannya juga bergeletar kuat.

"Sudahlah! Jangan salahkan dia! Ini bukan salahnya. Salahnya aku! Aku akan pergi dari sini. Aku akan pergi! Agar kamu berdua bersama. Hisk, hisk." Jerit Taufan tidak sanggup lagi semua pergaduhan ini.

"You can't be serious!" Syok Hanna yang berdiri juga.

"Fan..." Sebut Yaya tidak percaya.

"Maafkan aku. Tapi aku tak nak lagi semua ini!" Kata Taufan lagi lalu lari keluar dari cafe dan diikuti oleh Yaya yang hendak hentikan Taufan. Gempa dan Hanna yang terkejut saling pandang kemudian ikut keluar mengekori Taufan dan Yaya.

Taufan telah berlari jauh dari cafe sambil menitiskan air matanya. Dia tidak tahu di mana kakinya akan membawanya pergi, asalkan dapat menjauhi Yaya yang masih mengekorinya.

"Taufan. Tolong jangan buat begini, Fan!" Rayu Yaya dari belakang tetapi Taufan tetap berlari dan kali ini dia mempercepatkan larinya.

Tiba-tiba Taufan ada nampak seorang budak perempuan yang memegang sebiji bola di tengah jalan raya sehala sepertinya dia sedang mengambil bolanya yang telah terlontar ke jalan raya. Kemudian sebuah kereta muncul dengan pantas hampir nak melanggar perempuan itu.

Budak perempuan itu tidak tahu buat apa-apa dan hanya berdiri di sana dengan keadaan ketakutan. Dengan itu, tidak sangka bahawa Taufan mengelamatkan budak itu dengan menolak mereka ke seberang jalan dan dengan malangnya dia terkena.

Yaya, Gempa dan Hanna tidak buat apa-apa hanya berdiri di 'sidewalk' kerana sangat syok dengan semua yang dilihat di depan mata mereka.

"Taufan!" Jerit Yaya menangis lalu lari ke arah Taufan dan diikuti oleh Gempa yang terdiam. Gempa meletakkan kepala Taufan yang sudah tidak sedarkan diri ke lengannya dan menepuk wajah mengharapkan kesedaran kawannya itu.

"Tau...Taufan. Bangun Taufan. Tolong jangan pergi. Aku mohon." Rayu Gempa yang sudah berkaca air manakala Yaya yang berada di sebelah Gempa telah jatuh lututnya ke tanah dan menangis teresak-esak.

Sementara itu, Hanna yang masih berdiri di sidewalk hanya terdiam dan pergi menghampiri mereka berdua dengan wajah nak menangis.

"Ada sesiapa, tolong panggil ambulance!" Jerit Yaya. Hanna pun keluarkan handphone dan mendail ambulance.

.

.

.

.

Di hospital,

Taufan telah dibawa ke hospital dan sekarang dia berada di ICU untuk dirawat manakala ketiga kawan berada diluar ICU. Mereka hanya menunggu dan memohon Taufan akan selamat.

Gempa dari tadi mundar-mandir di depan pintu ICU. Yaya pula duduk sambil menangis di sebelah Hanna yang hanya diam dengan wajah kosong. Tiba-tiba, mereka bertiga mendengar jejak-jejak kaki tengah berjalan menuju mereka.

Mereka menoleh dan nampak sahabat-sahabatnya serta anak buah Taufan datang setelah menerima khabar buruk itu. Semua sahabatnya berasa simpati dengan semua ini kecuali sepupu Taufan, Halilintar. Dia tengah marah. Ya marah, marah kepada Yaya.

"Kau ni memang bawa sial!" Marah Halilintar sambil menunjuk Yaya.

"Hali, maafkan aku." Maaf Yaya yang telah berdepan dengan Halilintar.

"Maafkan kau? Kau tahu tak yang dia kemalangan disebabkan kau?! Kalau kau tak buat Taufan sedih begini dia tak akan kemalangan! Kau memang sial!"

"Aku tau ini semua salah aku!" Jerit Yaya lalu nangis lagi. Sementara itu, Hani isteri kepada Halilintar berjalan mendekati Hanna. Dia duduk sebelahnya.

"Awak siapa?" Tanya Hani kepada Hanna.

"Nama aku Hanna. Kawan sekerja Taufan." Jawap Hanna lemah lalu pelahan menitis air matanya.

"Mmm... Kenapa kau nangis?"

"A...aku tak mau Taufan pergi. Hisk, hisk. Aku...aku cintakan dia!" Balas Hanna yang telah memeluk Hani.

Hani pun membalas pelukkannya manakala semua orang menatap Hanna dengan syok. Dengan itu, Halilintar tiba-tiba menampar Yaya, membuatkan dia jatuh ke lantai sejuk. Gempa menghampiri Yaya yang sedang menahan sakitnya.

"Kau dah susahkan orang, Yaya! Kau dah susahkan aku, Taufan dan Hanna! Kau memang mengusahkan orang!" Marah Halilintar lagi.

"Sudahlah jangan salahkan Yaya, Hali." Kata Gempa cuba melindungi Yaya.

"Kau pun sama! Kau juga terasa dia susahkan kau kan?! Dia tak lagi bersama kau selama dua bulan ni! Kau tak sedar ke?!" Kata Halilintar yang sudah mula bergeletar kuat. Gempa hanya terdiam kerana katanya memang betul. Yaya telah menyusahkan Gempa.

"Taufan ialah sepupuku dan aku tak akan maafkan kau kalau apa-apa terjadi kepada Taufan lagi! Sampai bila-bila!" Marah Halilintar lagi yang kini sudah berada di hujung batasannya.

Segalanya menjadi senyap untuk seketika hanya mendengar tangisan dari Halilintar, Yaya dan Hanna. Semua orang tidak tahu apa nak dikatakan. Semua orang menjadi semakin sedih.

Api dan Thorn dah mula menangis risau akan kondisi pakciknya manakala Hani mendekati suaminya dan cuba untuk menenangkannya.

"Dia ada pernah tanya apa itu cinta. Hisk, hisk." Kata Halilintar yang bermula bercerita.

FLASHBACK

15 tahun yang lalu.

"Hali, apa itu cinta?" Tanya seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas dia telah kalah dengan Halilintar dalam permainan bola di taman. Halilintar menatap wajah sepupunya sebelahnya dengan hairan.

"Cinta itu apabila seseorang yang itu ada perasaan terhadap seseorang." Jawap Halilintar lalu pandang balik ke taman.

"Ohh. Mesti seronokkan bercinta."

"Tak semetinya." Balas Halilintar. Taufan menatap Halilintar pula tanda tidak faham.

"Cinta ni terbahagi kepada dua. Bahagia dan duka. Bahagia iaitu jika mereka berdua saling bercinta. Duka pula jika salah seorang sahaja cinta dan salah tu tak." Sambung Halilintar masih pandang ke taman. Taufan hanya mengangguk faham.

"Nanti kalau aku bercinta. Aku mau perempuan itu cinta padaku." Harap Taufan.

"Semua orang mau, Taufan."

"Hali, mau bercinta ke?" Tanya Taufan. Hali gelak kecil, lucu dengan soalan sepupunya itu.

"Mestilah."

"Kau mesti bercinta dulu ya."

"Yelah-yelah."

END OF FLASHBACK

Halilintar masih menangis setelah selesai menceritakan kisah silam mereka manakala yang lain hanya memandang diam sahaja memahami cerita yang telah disampaikan.

"Dia cuma mau bahagia dalam cintanya."

Tiba-tiba pintu ICU terbuka dan munculnya seorang doktor. Dengan itu, semua orang menoleh kepada doktor itu dan Halilintar mendekati doktor itu lalu bertanya,

Doktor bagaimana Taufan?"

~TBC


Complicated jua cerita ini. Hehehe^^" Harap faham apa chapter ini ceritakan. Itu je author nak end sini. See you on the next chapter and it's gurantee be the hardest one yet cus I'm running out of ideas! *panicking*

Review ya! Review! Review!^^