Hai semua! selamat kembali ke fanfic 'Dunia Baru'
Terima kasih kerana memberi review! dan juga terima kasih kerana sudi membaca ^^
Maaf kalau ada salah silap dalam chapter ini
Selamat Membaca dan ENJOY!
Serangan Musuh
"Aku adalah seorang puteri dari dunia lain dan juga seorang ahli sihir"
"Pu-puteri?" terkejut Fang apabila menerima tentang diri sebenar Lynna. "Jadi, maknanya selama nie kita berkawan dengan seorang puteri lah" Mata Fang bersinar-sinar setelah mendapat tahu perkara yang sebenar. Dia begitu teruja sekali "Jadi, kak Lynna mesti ada istana yang besarkan kan kan kan. Mesti kak Lynna seorang yang kaya raya" Lalu Kaizo menepuk kepala adiknya.
"Aduh! abang!"
"Orang tengah serius, dia buat lawak pulak" kata Kaizo. Lynna tergelak melihat gelagat mereka berdua. "Akak memang ada istana besar pun tapi bukan dekat sini. Akak orang biasa sahaja Fang, bukan kaya pun"
"Eleh, habis tue club house nie siapa yang bagi kita guna. Keluarga kau jugakan" kata salah seorang kawan Lynna yang bernama Sofiah. Lynna hanya tersengih sahaja. Fang pernah berjumpa dengan dia ketika dia lari daripada rumah. "Jadi, kau pun seperti Lynna juga? puteri juga ke? yang kawan lelaki kamu?" kata Kaizo
"Taklah, saya orang biasa sahaja. Lynna seorang sahaja yang puteri dan Daniel nie pula... dia adalah seorang bakal dinobatkan sebagai raja. Bakal raja yang suka sangat lari dekat sini, raja yang tak bertanggungjawab!" kata Sofiah.
Puteri? Raja? apa semua nie, fikir Kaizo. "Aku tak faham, apa kena ngena dengan semua nie? Jadi kamu semua bukan asal dari sini?"
"Sebenarnya kita orang adalah pelindung orang-orang yang tidak berdosa daripada musuh-musuh kita orang. Mereka juga inginkan kuasa kami semua untuk menakluk bumi ini. Sofiah juga seperti aku juga tapi dia bukan seorang puteri. Daniel pula, dia tiada kuasa tapi dia adalah seorang raja yang handal bermain dengan pedang. Bukan kami bertiga sahaja, ada lagi 3 orang yang mempunyai kuasa tapi kuasa yang berlainan" kata Lynna sambil menyuruh Fang dan Kaizo duduk di sofa. Sofiah dan juga Daniel turut serta duduk di sofa.
"Kami memang asal dari sini, lahir pun dekat sini juga tetapi.. kalau aku cerita panjang lagi. Nanti kamu berdua akan bertambah pening. Yang penting Fang dapat tahu juga siapa kak Lynna yang sebenarnya" kata Lynna lagi
"tapi kenapa abang tak bagi Fang duduk dekat sini?"
"sebab abang kau nak melindungi kau. Musuh akak bukan macam musuh korang, mereka lebih dasyat daripada alien-alien yang kamu pernah berlawan sebelum ini"
"musuh lagi dasyat? apa yang mereka boleh lakukan?" tanya Fang lagi. Lynna, Sofiah dan Daniel senyap sahaja. "Kenapa? apa yang mereka buat?"
"Mereka bukanlah manusia atau alien. Mereka datang dari dunia bawah. Di situlah tempat persembunyian mereka. Setiap hari tak kira masa atau waktu, mereka akan datang menyerang. Seperti kakak katakan hari itu, kami semua bukanlah superhero, kuasa-kuasa kami semua terpaksa di rahsiakan daripada semua orang, dengan keluarga kami pun kami terpaksa rahsiakan. Kehidupan kita orang sangat berbeza, semakin hari semakin bertambah rumit"
Fang masih lagi tidak faham. "Fang, kamu masuk tidur dahulu. Jangan risau, tiada sesiapa yang dapat menyerang kamu berdua di sini kerana rumah ini sudah di lindungi dengan crystal-crystal pelindung" Lynna menunjuk kepada mereka berdua di setiap sudut rumah tersebut terdapat sebuah crystal putih. "Kaizo, kau tidak perlu pergi ke rumah Boboiboy. Tinggal sahaja di sini tapi kalau kau nak juga, aku boleh hantar kau pagi esok"
Kaizo tidak memberi keputusan samaada di mahu duduk di sini atau di rumah ibubapa Boboiboy. Dia cuma mengangkat beg baju dia dan adik dia dan lalu masuk ke bilik utama. "Pagi nanti akak akan bercerita lagi" kata Lynna kepada Fang. Dia menyuruh Fang masuk ke bilik dan pergi sambung tidur. Fang masuk ke dalam bilik dan terdengar perbualan Lynna dan kawan-kawan dia
"kamu berdua harus berhati-hati, jangan bagi mereka tahu tentang Fang dan juga kawan-kawan dia, yang mereka juga mempunyai kuasa" itu suara Daniel, fikir Fang. Jadi Lynna pernah bercerita dekat mereka tentang dia dan kawan-kawan dia juga, fikir Fang lagi
"tapi kalau dia orang tahu pun, dia orang nak ke kuasa mereka semua? Bukan kau ke selalu jadi sasaran utama dia orang" kata Sofiah
"Isk kau nie, dia orang tue kan gila kuasa. Tak kisahlah jam kuasa ke, kuasa dari kita, dia orang akan tidak akan berhenti-henti untuk dapatkan kuasa. Pagi nanti, kalau ada apa-apa serangan baru, korang berdua uruskan. Aku kena bawa mereka pergi berjalan-jalan" muncul suara Lynna
"Kau kena hati-hati juga, jaga mereka semua" kata Daniel. Selepas itu rumah tersebut kembali sunyi. Fang sudah terbaring di atas katilnya dan dapati abang dia tidak tidur juga. Kaizo juga mendengar perbualan mereka bertiga. "Pang, apa-apa sahaja yang berlaku nanti. Abang tak nak adik terlibat sekali" Fang hanya senyap sahaja. Dia tidak dapat berfikir apa yang akan terjadi nanti.
Pagi itu, Fang dan Kaizo sudah bersiap-siap untuk pergi berjalan-jalan di bandar Kuala Lumpur. Kaizo memilih untuk tinggal di club house tersebut, dia ingin mengenali lebih dekat tentang Lynna dan rakan-rakannya. Lynna terpaksa datang lewat kerana ada serangan baru lagi. Dia suruh Daniel membawa mereka berdua dan mengambil rakan-rakan mereka yang lain di rumah Boboiboy. Mereka akan berjumpa dengan Lynna di KLCC sahaja. Gopal, Yaya dan Ying masih tidak tahu tentang perkara malam semalam tapi mereka terkejut kerana seorang lelaki yang akan temankan mereka semua.
"Mana kak Lynna?" tanya Ying yang sedang naik ke dalam Van.
"Dia sibuk sekejap. Dia cakap jumpa dia dekat KLCC nanti" kata Daniel. Kaizo dari pagi tadi hanya diam sahaja, dia tidak bertegur dengan sesiapa pun. Fang rasa risau, adakah abang dia dalam mood tidak baik atau dia sedang fikirkan sesuatu. Sepanjang perjalanan mereka, Kaizo hanya diam sahaja. Manakala lima sekawan di belakang, membuat bising sampai Kaizo sendiri tak boleh nak halang kebisingan mereka semua.
Setelah sampai di KLCC, Daniel membawa mereka ke foodcourt untuk sarapan pagi terlebih dahulu. Di situ mereka boleh memilih makanan yang mana mereka inginkan. Gopal sudah pening kepala kerana terlampau banyak sangat makanan yang dia ingin rasa. "Macam mana nie Boboiboy"
"Kenapa Gopal. Apa yang terjadi?" tanya Boboiboy
"Aku pening, banyak sangat makanan ada dekat sini" menangis Gopal dekat meja. Boboiboy menepuk dahinya. "Kau nie Gopal, pilih sahajalah mana kau nak cuba dulu"
"Entah si Gopal nie, makan sahaja yang kau tahu"
"Eleh Fang, kau tue keding, kurus macam lidi. Patutlah kurang makan, lembik!"
"APA KAU CAKAP!" Fang cuba mengeluarkan harimau bayang dia tetapi Boboiboy sempat menghalang dia. "Wei Fang, janganlah keluarkan harimau bayang kau. Kita kan dekat tempat lain, nanti orang lain takut pulak dengan harimau bayang kau" Fang tarik nafas dan tenangkan diri. "Selamatlah kau kali nie Gopal" Fang bangun dan terus pergi beli makanan sarapan pagi dia. Kaizo juga turut ikut dia. Masing-masing sudah beredar ke gerai makanan yang mereka hendak beli. Daniel hanya duduk di tempat mereka untuk menjaga beg mereka. Dia telah mendapat panggilan telephone daripada Lynna. Kaizo dari jauh lagi memerhatikan Daniel tapi dia tidak pasti dengan siapa dia sedang bercakap.
"Abang nak makan apa?" tanya adiknya
"Belikan apa-apa sahaja untuk abang" kata Kaizo. Lalu Fang memesan dua sandwich Subway untuk dia dan abangnya. "Abang, kenapa abang tiba-tiba tidak suka dengan kak Lynna dan kawan-kawan dia?" tanya Fang lagi. Kaizo hanya menghela nafas. "Abang bukan tak suka tapi abang risau. Kita sudah masuk ke dalam dunia mereka, jadi abang risau. Risau jikalau kita sekali terjebak dengan pertarungan mereka dengan musuh mereka"
"Musuh mereka? siapa?" muncul Boboiboy di sebelah Kaizo. Dia sedang mengangkat sebuah dulang yang berisikan semangkuk bihun sup yang masih lagi panas. Boboiboy melihat muka Kaizo dan berasa pelik, dari tadi sampai sekarang muka Kaizo hanya serius sahaja. Tiada senyuman atau gelakan dari dia. Mereka bertiga kembali ke tempat mereka dengan makanan masing-masing
Lynna sudah berada di situ, Kaizo nampak mereka berdua sedang berbincang dengan begitu serius sekali. Dia dapat dengar hanya sedikit sahaja sebelum mereka berhenti berbincang kerana kehadiran mereka bertiga. "Kak Lynna! bila sampai?" tanya Fang. Dia mengambil tempat di sebelah abangnya. Manakala abangnya terpaksa duduk di sebelah Daniel. Depan Daniel pula Lynna. Boboiboy kembali ke tempat asalnya iaitu sebelah Fang.
"Baru sahaja sampai. Kejap lagi kita masuk ke Aquaria, tengok ikan" Lynna mengeluarkan tiket-tiket mereka yang ada di dalam handbang dia, untuk masuk ke dalam Aquaria. Kaizo mengangkat kening kanannya "Tengok ikan? tiada benda lain ke kita nak tengok"
"Abang nie, suka sangat kacau mood kita orang. Sudahlah abang, kalau tak nak pergi, abang pergi ajelah balik ke Pulau Rintis. Biar adik dengan kawan-kawan adik sahaja dekat sini" Fang merajuk dan marah dengan abangnya. Dia menolak sandwich Subway dia ke tepi, dia sudah hilang selera makan. Fang bangun dan terus ke balkoni tepi tingkap. Dia berdiri di situ sambil melihat air pancut yang berada di taman KLCC. Mereka semua senyap sahaja, dan melihat Kaizo. Lynna baru sahaja hendak mengata sesuatu kepada Kaizo tetapi Kaizo sudah berdiri dan pergi ke adiknya.
"Pang, abang nak minta maaf" Fang senyap sahaja dengan abangnya. "Pang, maaf dengan kelakuaan abang tadi. Kalau adik nak abang balik, abang akan balik. Abang tak kan ganggu lagi adik" Fang rasa bersalah "Abang jangan pergi, nanti siapa nak melindungi adik dekat sini"
"Lynna kan ada, dia boleh jaga adik kan"
"Tapi adik nak abang. Tak seronok kalau abang takde" Kaizo terharu melihat adik dia tidak bagi dia pulang ke Pulau Rintis. "Jom kita sambung makan" Kaizo mengambil tangan adiknya dan memimpin dia terus ke meja makan. Gopal, Yaya dan Ying berasa lega kerana tiada pergaduhan di antara mereka berdua, kalau tidak, nanti mood percutian mereka akan bertukar menjadi tidak selesa.
"macam mana Kaizo? kau ikut kami tengok ikan ke nanti?" tanya Lynna. Kaizo kembali ke tempat duduknya dan lalu berkata "Aku ikut sahaja. Tengok ikan pun tengok ajelah" Kaizo memberikan senyuman dekat adiknya yang kembali makan sandwich dia. Mereka semua kembali ceria, masing-masing tidak berhenti-henti bercerita. Hanya Kaizo, Lynna dan Daniel sahaja yang diam sambil dengar perbualan mereka semua.
Tepat pukul 10, mereka semua bergerak ke Aquaria. Tempat itu berada di tingkat bawah, mereka perlu turun ke bawah. Orang-orang yang datang kunjung ke KLCC juga makin ramai. Lynna menasihati mereka jangan berpecah, kalau boleh, jalan sebelah kawan masing-masing.
Sesudah sahaja sampai di bahagian bawah sekali, mereka terdengar jeritan dari orang ramai. Mereka nampak ramai yang berlari lintang pukang kerana nampak sesuatu. Lynna dan Daniel orang pertama yang berlari ke bahagian tengah KLCC dan nampak musuh mereka sedang menyerang orang ramai. "Daniel, kau pergi bawa mereka semua ke tempat yang selamat. Aku tak mahu mereka terlibat dalam hal ini" Tetapi dia sudah terlambat kerana Boboiboy Halilintar menyerang musuh Lynna. "TETAKAN HALILINTAR!" dia menikam orang itu dan orang itu terus meletup dan hilang.
"Eh, dia sudah mati ke?"
"BOBOIBOY! HATI-HATI!" datang beberapa bebola api menuju ke arah dia. Lynna berlari dan melindungi Boboiboy Halilintar dengan dinding tenaga dia. "Lari dari sini, bawa kawan kamu pergi dari sini"
"Tapi.." tiang KLCC terkena dengan bebola api. Lynna dan Boboiboy Halilintar sempat tunduk dan mereka terus sorok di belakang sebuah gerai kecil yang ada di tengah-tengah shopping mall KLCC. "Jangan degil, ini bukan pertarungan kamu"
Boboiboy Halilintar kembali normal. "Saya juga boleh tolong kak Lynna" Boboiboy merayu lagi. "Kalau kamu nak tolong juga, pergi bawa semua orang di sini ke tempat yang selamat" Boboiboy mengangguk dan terus pergi ke rakan-rakan dia. Yaya dan Ying sudah menolong orang ramai keluar dari bangunan itu. Kaizo pula berlawan dengan beberapa orang jahat. Dia dan adiknya berlawan bersama-sama. "SERANGAN BAYANG!" Fang mengunakan kuasa bayangnya untuk melawan orang jahat itu. Gopal pula ketakutan, dia memeluk kaki Daniel. Setiap kali mereka di serang musuh, dia menukar bebola api itu kepada cekodok pisang.
"Wah, bagus betul kuasa kamu" Daniel memuji dengan kuasa Gopal. Dia pula rasa terharu dan kelihatan lebih semangat. Perasaan ketakutan dia hilang kerana dia di puji tadi. "Abang Daniel tengok nie! TUKARAN BEBOLA CHOCOLATE!" Bebola api yang sedang menuju ke arah mereka terus bertukar menjadi bebola chocolate yang amat besar. Gopal terliur melihat chocolate itu
"Macam mana nie abang, lepas kita hapus kan sorang-sorang, muncul lagi yang lain" kata Fang sambil melihat abangnya pegang pedang tenaga dia. Datang seorang lagi dan dia ingin mencampak sebuah bebola api ke arah mereka berdua tetapi tiba-tiba sahaja dia berhenti. Dia terkaku di situ seperti sebuah patung. Mereka melihat sekeliling mereka, orang-orang jahat lain juga tidak bergerak
"Kuasa apa nie? ini bukan kuasa Ying" kata Boboiboy yang rasa sungguh pelik
"OK! semua dah berhenti... meletupkan sahaja dia orang semua Lynna" datang satu suara yang mereka semua tidak kenal. Lynna dengan begitu mudahnya, dia meletup satu per satu orang-orang jahat tersebut. Semuanya selesai. "Thank you Fairuz"
Fairuz? nama seperti nama lelaki tetapi rupa-rupanya perempuan. Seorang lagi kawan Lynna muncul. Disebelah dia ada seorang lagi kawan Lynna bernama Fitrah. Di belakang mereka pula ialah Juria dan Sofiah.
"Kita perlu keluar dari sini sebelum orang lain nampak" kata Daniel.
Rancangan mereka untuk pergi ke Aquaria tidak menjadi, mereka terpaksa batalkan. Jadi mereka semua terpaksa balik ke rumah Lynna. Ini pertama kali Gopal, Yaya dan Ying masuk ke rumah club house Lynna. Yaya dan Ying melihat buku-buku pelik yang ada di situ. Gopal pula teruja melihat skrin television di rumah itu yang teramat besar. Mata dia bersinar-sinar "main game dekat TV nie mesti best" kata Gopal
Rumah tersebut menjadi penuh kerana terlampau ramai sangat orang. "Lynna, siapa mereka itu semua tadi?" tiba-tiba sahaja Kaizo bertanya. Lynna belum sempat lagi masuk ke dapur untuk sediakan makanan dan minum untuk mereka semua, dia terpaksa menjawab soalan Kaizo tadi.
"Mereka adalah demon dari dunia bawah. Maaf kerana kamu di serang oleh mereka. Aku rasa, kau dan Fang perlu duduk sahaja di rumah Boboiboy" kata Lynna. Dia rasa sangat bersalah kerana sepatutnya percutian mereka tiada serangan dari musuh-musuh dia tetapi dia silap. Beginilah kehidupan dia setiap hari, dia tidak dapat lari daripada serangan musuh dia. Lynna masuk ke dapur dengan air matanya yang sedang mengalir. "Kamu semua, duduk dan berehat dahulu" Sofiah masuk ke dapur untuk tenangkan Lynna
"Abang, kita kena balik dah ke?" tanya Fang. Kaizo senyap sahaja, dia tidak tahu samada mereka perlu pulang atau duduk di sini untuk habiskan percutian mereka semua. "Bagi abang fikir"
"Maaf kalau percutian kamu di ganggu oleh musuh-musuh kami" kata seorang kawan baik Lynna, iaitu Fairuz. "Kami faham kalau korang semua tak nak berkawan dengan Lynna lagi"
"Tak perlu meminta maaf, kami juga pernah lalui itu semua tapi kami tak nak putus hubungan persahabatan kami dengan kak Lynna" kata Boboiboy. "Tapi.. tadi kuasa apa akak guna?"
Fairuz hanya tersenyum. "Akak dapat berhentikan masa"
"OH! jadi akak ada kuasa manipulati masa lah yea, kuasa akak macam saya juga" kata Ying. Dia cukup teruja melihat seseorang yang ada juga kuasa manipulati masa "Jam kuasa saya cuma dapat pelahankan masa, percepatkan masa atau ulang balik masa. Saya dapat berlari dengan laju" kata Ying dengan gembiranya
"Wah, hebat kuasa kamu tapi kuasa akak tidak dapat buat begitu. Akak cuma dapat berhentikan masa sahaja, macam nie" dia baling sebuah buku ke atas dan lalu berhentikan buku itu. Buku itu kelihatan seperti terapung di udara. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan juga Kaizo cukup kagum dengan kuasa Fairuz. Gopal siap bertepuk tangan. Buku itu kembali normal dan jatuh ke lantai. "Bukan itu sahaja. saya juga ada kuasa dinding tenaga seperti Lynna dan saya adalah element tanah"
"Element tanah?" Boboiboy melihat Fairuz. Adakah kuasa dia juga dapat hasilkan golem tanah juga, fikir Boboiboy "Taklah, kuasa dia tak boleh hasilkan golem tanah tapi dia cuma dapat bercakap dengan haiwan sahaja. Kuasa element tanah dia belum ketahap tinggi lagi" tiba-tiba sahaja, muncul seorang lagi kawan Lynna iaitu Fitrah. "eh, macam mana akak boleh baca apa yang saya fikirkan"
"Saya dapat membaca fikiran orang lain. Macam tadi tue. Itulah kuasa akak"
"Jadi, akak element apa?" tanya Boboiboy lagi. "hmmm.. element hati" Fitrah kenyitkan mata dia kepada Boboiboy
"Kamu semua nie ada kuasa element?" Kaizo pula yang bertanya. Dia begitu curiga sekali dengan kuasa-kuasa mereka semua. "Betul kata Kaizo, mereka semua mempunyai element yang tersendiri. Lynna adalah element angin" kata Daniel yang sedang berdiri di sebelah Kaizo.
"Saya element air" muncul Sofiah dari dapur
"Saya pula element api" kata kawan Lynna yang bernama Juria sambil munculkan sebuah api kecil di jari telunjuknya.
"wah! kuasa element korang macam kuasa sayalah" Boboiboy juga turut gembira seperti Ying tadi. Dia dapat berjumpa dengan orang lain yang ada kuasa element. "Tapi kuasa element Fairuz, Lynna dan Fitrah belum ke tahap sepenuhnya. Hanya kuasa element Sofiah dan Juria sahaja yang sampai ke tahap sepenuhnya. Mereka perlu mencari kuasa tersebut yang masih lagi terpendam di dalam diri mereka" kata Daniel
"Apa kuasa penuh mereka?" tanya Yaya. Dia yang masih lagi duduk di lantai sambil membelek-belek buku-buku yang ada di situ. "Maaf, abang tak boleh cakap kuasa penuh mereka, mereka kena mencari sendiri"
Lynna keluar dari dapur dengan sebuah dulang. Di dalam dulang tersebut terdapat satu jug air dan beberapa cawan. "Kaizo, aku rasa, kau dan adik kau perlu duduk di rumah Boboiboy sahaja. Aku tak mahu kamu semua dalam keadaan bahaya. Nanti aku suruh Daniel hantar kamu balik ke rumah sana" Lynna masih lagi rasa bersalah. Dia tidak pandang langsung muka-muka mereka, dia tidak mahu mereka melihat kesedihan di matanya. Dia tidak mahu kecewakan mereka semua.
"Tapi kak Lynna, kita orang sebenarnya tak kisah. Lagipun kita orang dapat pelajari tentang dunia sebenar kak Lynna" kata Fang "Kami tak kisah kalau berlawan dengan musuh-musuh kak Lynna"
"kau tak kisah! PANG! KAU DATANG KE SINI UNTUK BERCUTI BUKAN UNTUK BERLAWAN!" marah Kaizo kepada adiknya. "tapi abang.."
"TAPI APA! SUDAH! KITA PULANG SAHAJA, AKU BATALKAN PERCUTIAN KORANG SEMUA" Kaizo masuk ke dalam bilik dengan keadaan marah sekali. Keadaan di rumah tersebut menjadi sunyi selepas sahaja Kaizo habis memarahi adiknya. Fang berasa sangat kecewa, dia terpaksa ikut sahaja kata-kata abang dia. Kalau dia mengingkari abang dia, tentu dia akan di kenakan hukuman. "Maaf kak Lynna, nampaknya percutian kami sampai di sini sahaja" Fang masuk ke dalam bilik untuk mengemas baju-bajunya
"Maaf semua kerana terpaksa melihat abang Kaizo marah tadi" kata Boboiboy. Dia masuk ke bilik untuk pujuk Kaizo. Boboiboy nampak Kaizo dan Fang sedang mengemas baju mereka di dalam beg. "Abang Kaizo, bagilah kita orang duduk di sini" Kaizo pedulik kata-kata Boboiboy, dia terus mengemas. Boboiboy pegang tangan Fang untuk berhentikan dia mengemas baju dia.
"Boboiboy?" Fang melihat Boboiboy
"Abang Kaizo, bagilah kami peluang, bagilah kak Lynna peluang. Tak dapat percutian yang sempurna pun takpe, asalkan kami semua dapat berpeluang melihat dunia sebenar kak Lynna. Bolehlah abang Kaizo" pujuk Boboiboy lagi
"Ha ah abang, bagilah kami habiskan percutian kami. Kami janji, kalau keadaan menjadi lebih buruk. Abang boleh heret kami semua pulang ke Pulau Rintis" kata Fang. Kaizo berhenti masukkan baju dia ke dalam beg dan lalu dia menghela nafas
"Bukan aku tak bagi, tapi aku diberikan kepercayaan untuk menjaga kamu semua. Kalau ada yang tercedera macam mana, abang yang kena bertanggungjawap" lalu dia bersambung lagi "Baiklah, kalau itu yang kamu semua nak, aku akan bagi korang satu peluang sahaja. Kalau ada sesiapa yang tercedera dengan serangan makhluk-makhluk tadi, aku akan batalkan percutian ini"
Boboiboy dan Fang terus tersenyum. Mereka berdua peluk Kaizo sebagai tanda terima kasih. "Kak Lynna! Gopal! Yaya! Ying!" Boboiboy berlari keluar. "Kita dapat duduk dekat sini lagi!"
"Abang tak kisah ke kalau kita kena serang lagi?" tanya Fang
"Abang sebenarnya takut. Musuh mereka lain dengan musuh kita. Mereka bukan alien, mereka cuma makhluk yang duduk di dunia bawah"
"Tuan, nampaknya mereka ada kawan baru. Mereka juga mempunyai kuasa"
"Kuasa? kuasa apa?" kata seseorang yang sedang duduk di kerusi besar. Dia adalah Zero, ketua kumpulan demon.
"Saya tidak pasti apa kuasa mereka semua"
"Aku nak kau hantar lagi askar-askar kita. Aku tak nak mereka tahu yang kita sedang cuba untuk membuka pintu laluan ke dunia Unknown" Dia tergelak besar sambil melihat beberapa orang sedang berkumat kamit untuk membuka laluan tersebut. Sedikit lagi mereka akan dapat masuk ke dalam dunia itu, sedikit lagi dia akan menyerang istana Lynna dan juga istana Daniel. Dua istana yang dia perlu hancurkan, dua istana yang terdapat banyak kuasa, tapi dia perlu hapuskan seorang Wizard yang berada di istana Lynna. Dunia tersebut terdapat banyak kuasa magik berbanding dunia di sini.
Dia akan mengambil kesemua kuasa di sana, dan dia akan menawan dunia ini dengan kuasa-kuasa tersebut. "Akhirnya kuasa-kuasa korang juga aku akan dapat merampas nanti" Zero tergelak besar di situ.
"CEPAT! TERUSKAN KERJA KAMU SEMUA!"
Keesokannya, mereka semua sudah bersiap sedia untuk pergi Muzium negara. Gopal rasa bosan pula apabila hari ini punya perancangan pergi ke muzium negara. "Kau nie Gopal, bukannya selalu kita dapat pergi ke muzium negara. Banyak benda kau boleh pelajari dekat muzium negara berbanding dengan makanan kau tue" marah Yaya kepada Gopal
"Ala, aku dapat belajar apa. Belajar rasa-rasa keunikan makanan" Dia tidak dapat hilangkan lagi rasa makanan jepun pada hari itu. "Sungguh bahagia sekali"
"Apa-apa ajelah Gopal nie" kata Ying
Hari ini Lynna dan Daniel temankan mereka semua ke muzium negara. Lynna berharap sangat tiada serangan baru pada hari ini. Senyuman dia tidak dapat sembunyikan perasaan gelisah dia. "Lynna, jangan fikirkan sangat. Semuanya akan ok" kata Daniel yang sedang cuba untuk tenangkan Lynna. Dia menarik nafas dan cuba hilangkan perasaan gelisah dia.
Daniel memandu Van itu dan tiba-tiba sahaja dia menekan break. Mereka semua hampir tercampak diri mereka ke depan. Yaya dan Ying takut melihat dua orang yang tidak kenali muncul di depan van mereka. Ada dua orang demon berdiri di hadapan Van mereka. Salah seorang mereka telah mengeluarkan bebola api di tangannya. "Korang tunggu di dalam kereta, biar kak Lynna selesaikan mereka" Lynna keluar dari Van tersebut. Kenderaan-kenderaan lain yang lalu di situ, ada yang berhenti dan pusing balik. Ada yang terus sahaja lalu sambil hon kan kereta mereka.
"Kau jangan cuba cederakan mereka semua"
Demon-demon tersebut hanya tergelak sahaja. Mereka baling bebola api ke arah Van Daniel dan lalu Lynna melindungi mereka semua dengan dinding tenaga. Demon-demon itu hilang, Lynna melihat sekeliling dia. Dia tahu mereka masih lagi ada di sini. Kaizo juga turun dari Van tersebut. "Mana mereka?"
"Aku tak tahu Kaizo. Kau jangan terlepas pandang, mereka boleh muncul di mana-mana sahaja"
"Aku rasa kita perlu pergi dari sini. Banyak sangat kenderaan berhenti dan tengok kita dekat tengah-tengah jalan nie" kata Daniel yang masih lagi berada di tempat duduk pemandu. Lynna setuju sahaja, dia baru sahaja hendak masuk ke dalam Van tersebut, demon tadi muncul di belakang Lynna
"LYNNA! HATI-HATI!" menjerit Kaizo. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan juga Ying menjadi panik. "kita kena tolong kak Lynna" kata Boboiboy yang cuba untuk keluar dari Van tersebut tapi Kaizo telah menutup pintu Van. Daniel kunci pintu van itu "Kau, pergi bawa mereka dari sini!" kata Kaizo
Daniel tidak membantah, dia terus memecut van nya. "ABANG DANIEL! BERHENTIKAN VAN NIE!" tetapi Daniel endahkan sahaja jeritan dari Fang itu
"ABANG! ABANG!" Fang melihat di tingkap belakang dan nampak abang dia musnahkan mereka dengan pedang tenaga dia. Makin lama, makin jauh Daniel memandu Van tersebut. "Jangan risau Fang, abang kamu pasti selamat"
"Macam mana abang tahu"
"Abang kamu kan kuat. Lynna kan kuat. Dua-dua sama kuat" kata Daniel dengan penuh keyakinan "Demon tadi itu tidaklah begitu kuat sangat tapi semenjak akhir-akhir ini, mereka asyik datang menyerang kita. Abang rasa ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan"
"sembunyikan sesuatu?" kata Boboiboy
"Yea, tapi abang tak pasti" Phone Daniel berbunyi. Dia mendapat panggilan dari Lynna dan suruh dia berjumpa di sebuah lorong yang sunyi. Daniel memandu van dia dan terus ke sebuah lorong. Lorong itu tiada siapa yang lalu, hanya kedengaran air menitik di jalan.
"Kita buat apa dekat sini?" tanya Yaya pula
"Tunggu Lynna dan Kaizo" kata Daniel yang masih lagi sedang berfikir, apa yang musuh mereka inginkan. Tiba-tiba muncul Lynna dan Kaizo di hadapan van mereka. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying terkejut dengan kehadiran mereka. Mereka seperti menonton sebuah persembahan magic. Lynna membuka pintu van tersebut dan masuk. Kaizo pula duduk di belakang.
"Macam mana?" tanya Daniel
"Semua beres. Jom kita pergi ke muzium negara!" kata Lynna. Hati dia masih lagi risau, tadi dia terselamat kerana tiada siapa nampak dia menggunakan kuasa dinding tenaga dia. Dia bersyukur kerana Kaizo menolong dia hapuskan demon-demon tersebut.
Mereka tidak sedar bahawa laluan ke dunia Unknown sudah di buka. Zero tergelak besar dan tidak sabar untuk menyerang dua istana yang penuh dengan kuasa-kuasa magic. "Tamatlah korang semua nanti... HAHAHAHAHAAA!"
Macam mana? best tak? hehehe... kalau tak best, takpe lah T_T
sesi membalas review!
Alya - dah next dah pun :P thank you kerana menyukai fanfic ini!
Ililara - terima kasih! author akan buat yang terbaik lagi selepas ini!
Naira - hehehee... thank you sebab cakap best! sangat terharu.. sebenarnya author sangat nervous bila nak publish ff ini. Bila Naira nak datang KL :P
CheccellateTruffels - YEAHH! cerita baru dari author xD maaf, author tak pernah baca novel tue T_T nanti author try cari novel tue.. thank you!
LizzNP - tak tamat pun, ada season 2 xD hahahahaa! macam TV series pulak :P
Twilight Sparkle - yea, dia adalah seorang puteri yang mempunyai... nantilah author bercerita :P hehehe
Muraski Dokugi - Sama-sama, author memang nak munculkan identiti dia dalam fanfic ini :D author akan teruskan menulis! bila nak chapter seterusnya fanfic mawar liar? xD maaf kalau bertanya
Sakura no Hana - anggap sahajalah dia orang mana pun xD author akan terus berusaha!
P/S - Fanfic ini mungkin lambat atau cepat update nya :D
