Haluuu! Ramai lagi ke yang setia menunggu fanfic ini? xD maaf yea sebab tunggu lama

Terima kasih semua kerana sudi membaca fanfic ini walaupun lambat update, slow update macam siput T_T uwaaaa!

Maaf kalau ada kesilapan di dalam chapter ini

Enjoy!


Dunia Lynna

"Aduh, bosannya tadi" Gopal duduk di tangga berhadapan dengan pintu utama muzium negara. Dia dan Boboiboy sudah kelihatan terlalu penat. Fang nampak masih lagi bersemangat walaupun dia rasa sangat bosan tadi. Yaya dan Ying masih berborak begitu gembira kerana mereka terlampau seronok sangat semasa mereka melawat muzium negara. Lynna dan Kaizo pergi belikan makanan untuk mereka semua sebelum mereka bergerak ke tempat lain. Daniel hanya tunggu sahaja di van mereka kerana dia tidak terasa ingin berjalan-jalan di sekitar muzium

"Lepas ni, kita ke mana pula?" tanya Fang sambil melihat peta Kuala Lumpur

"Entahlah, kak Lynna tak beritahu pun kita lepas ni kita nak ke mana" kata Boboiboy dengan mukanya yang sudah berpeluh akibat cuaca panas di Kuala Lumpur "Seronoklah korang pertama kali datang ke KL, aku dari sini pun rasa bosan tapi rasa seronok pula korang dapat datang ke KL. Dapatlah aku tunjuk korang macam-macam tempat. Esok kita bermandi manda dekat Sunway Lagoon nak tak? tapi musim cuti sekolah ni mesti ramai orang"

"Sunway lagoon? tempat apa tu? ada sungai ke?" tanya Fang sambil mengipas-gipas diri dia

"Dey! Sunway Lagoon tu tempat kita bersuka ria! ada taman permainan, boleh kita bermandi manda. Aku nak cuba rollercoaster dekat situ! mesti seronok!" kata Gopal kepada Fang "Pujuklah kak Lynna bawa kita ke sana" Dia goyang-goyangkan tangan Boboiboy

"Hmmm.. nantilah aku pujuk" Boboiboy nampak Kaizo dan Lynna sudah kembali dengan makanan mereka. Ada beberapa bungkusan makanan di dalam beg plastik yang dipegang oleh Lynna

"Sorang ambik satu, akak belikan kebab untuk kamu semua!" Berebut-rebut mereka mengambil kebab dari tangan Lynna tersebut kerana terlalu lapar. Kaizo hanya membuka air mineral dia dan lalu minum sedikit sahaja

"Lepas ini kita ke mana?" tanya Kaizo dengan nada serius dia. Sepanjang perjalanan dia di dalam muzium, muka dia sentiasa serius seperti tiada perasaan langsung. Dia tidak tertarik dengan sejarah-sejarah di situ. Dia cuma fikirkan tentang misi dia, rumah dia dekat Pulau Rintis, buli adik dia dan juga makanan sebab dia lapar tapi dia tidak menyentuh makanan kebab dia

"Lepas ini kita ke KL Tower!"

"YEAHHHHHH!" Yaya dan Ying begitu gembira sekali. Mereka tidak sabar untuk pergi ke sana. Fang cuma makan sahaja sambil melihat abang dia. Abang dia kelihatan tidak begitu bersemangat dan nampak bosan sahaja. Fang bangun dari tempat duduk dia dan lalu berdiri di sebelah abang dia

"Abang, abang tak rasa seronok ke?" tanya Fang

"Kenapa kau nak tahu sangat. Abang rasa panas dekat sini, dengan kereta yang terlampau banyak, orang yang begitu ramai. Abang rasa rimas" Abang dia merungut dengan persekitaran dia "Tapi abang akan tetap berada di sini untuk kau. Abang tak kan tinggalkan kau sebab abang nak tengok kau gembira" Kaizo terus tersenyum sedikit melihat adiknya "Jangan risau, abang tidak akan mengheret kau balik"

"Terima kasih abang" Fang membalas balik senyuman abangnya

"Semua sudah bersedia?" tanya Lynna kepada mereka semua

"SEDIA!" teriakan mereka sungguh menakjubkan. Wajah masing-masing kelihatan begitu gembira, Kaizo terus dengan muka serius dia. Dia hanya mengikut sahaja kemana mereka mahu pergi. Fang pegang tangan abang dia

"Sekejap yea" Lynna menerima satu panggilan daripada kawan dia iaitu Sofiah "Kenapa? ada masalah?... dekat mana?... WHAT?" Kaizo mencuri dengar perbualan Lynna "Tapi.. habis tu, tak kan aku nak biarkan dia orang sahaja.. no no no.. ok, fine. Aku suruh Daniel bawakan dia orang jalan-jalan.. ok, I will see you there" Lynna menutup handphone nya

"Kenapa Lynna?" tanya Kaizo

"Maaf semua, akak dapat panggilan kecemasan but don't worry. Abang Daniel akan bawa korang semua jalan-jalan ok" Kaizo pegang lengan Lynna "Kaizo, lepaskan tangan aku. Aku ada kecemasan!"

"Tak, aku tak kan lepaskan tangan kau selagi kau tidak beritahu aku apa kecemasannya" Semua melihat muka Kaizo yang begitu serius. Lynna terpaksa beritahu dia tentang perkara yang sebenarnya

"Ok, kalau kau nak tahu.. portal ke dunia lain telah dibuka dan aku perlu menghalang mereka masuk ke dalam dunia itu. Kalau tidak, mereka akan menyerang istana aku. Semua kuasa terkuat ada di situ dan juga rahsia-rahsia yang ada di dalam istana aku. Jadi, lepaskan aku pergi" Kaizo lepaskan lengan Lynna "Thank you" Lynna turun dari tangga tersebut tetapi Kaizo mengekori Lynna

"Abang nak pergi mana?" tanya Fang

"Kau pergi sahaja ikut jalan, abang nak pergi tolong Lynna" Fang melihat Boboiboy dan rakan-rakannya. Mereka semua berfikir benda yang sama. Mereka ingin juga menolong Lynna, jadi mereka terus ikut Kaizo dan Lynna

Lynna menoleh kebelakang dan nampak mereka semua sedang mengikut dia "Kenapa ikut akak?" Mereka tidak sempat menjawap kerana ada suatu angin kencang yang terjadi di situ. Lynna memerhatikan persekitarannya. Orang ramai lari lintang pukang di situ kerana ada satu portal terbuka "Alamak!" Ada beberapa askar-askar demon keluar daripada portal itu dan lalu menyerang orang ramai yang disekitar itu

"LARI SEMUAAA!" Lynna dengan beraninya, dia keluarkan kuasa apinya. Dia menyembur-yembur api itu ke arah demon-demon itu

"Kak Lynna! Biar kami tolong!" kata Boboiboy

"Tolong akak untuk hapuskan semua askar jahat itu dan jangan bagi mereka cederakan orang-orang di sini" Lynna terus terbang ke portal itu untuk menghalang tentera-tentera jahat masuk ke dalam dunia ini. Dia terus melembarkan beberapa bola api ke arah askar demon itu. Fang dan Kaizo ada di sisi Lynna untuk membantu dia. Boboiboy telah berpecah kepada tujuh. Yaya dan Ying pergi selamatkan orang awan yang terperangkap di sekitar itu

"Ying! Jangan bagi tentera itu masuk ke dalam bangunan" kata Gempa

"Baik! KUASA SLOW MOOOO!" Askar-askar demon yang ingin memecah masuk ke dalam bangunan yang ada di situ bergerak begitu perlahan. Lalu Halilintar muncul untuk menghapuskan askar-askar itu

"TETAKAN HALILINTAR!"

"PUSARAN TAUFAN!" Taufan menghantar balik askar-askar tersebut ke dalam portal itu dengan menggunakan kuasa anginnya

"Kak Lynna, apa akan terjadi kalau kita termasuk ke dalam portal tersebut?" tanya Fang sambil berlawan di sisi Lynna

"KAU NI! ORANG TENGAH LAWAN, SEMPAT LAGI NAK BERTANYA!" Kaizo ketuk kepala adiknya dan selepas itu dia pusing, terus dia tumbuk musuhnya yang ada di belakang "TUMBUKAN TENAGA!"

"WAHHH! Hebatnya Kapten Kaizo!" Blaze sempat lagi berhenti dan bertepuk tangan. Fang menepuk dahinya "Hehehee... aku pun nak cuba juga. TUMBUKAN TINJU BERAPI!" Habis bala tentera terkena tumbukan dari Blaze

"Aku pun boleh buat! TUMBUKAN BAYANG!" Kuasa Fang pula menumbuk sesetengah askar demon tersebut

"Ini masa untuk sesi tunjuk menunjuk atau memang betul-betul nak berlawan" kata Gopal dengan nada bosan dia

"Entahlah Gopal tapi apa-apa pun, sudah berkurangan tentera jahat ni. Kita mesti halau dia orang masuk ke dalam portal tu balik" kata Gempa "GOLUMN TANAH!"

"TUSUKAN JARI BAYANG!" demon-demon itu musnah akibat serangan Fang tadi. Golumn tanah Gempa memijak demon-demon itu sehingga penyek. Keadaan menjadi huru hara

"TEMBAKAN SNIPER! TEMBAK DIA TEMBAK DIA!" Gopal begitu gembira sekali dapat menukar demon-demon itu kepada makanan. Semuanya menjadi demon gula-gula getah "Hahahaa.. rasakan tembakan dari aku lari!" Kaki mereka melekat di atas jalan raya sehingga tidak dapat bergerak langsung

"Amboi, sukanya kamu" Tergelak Lynna di situ "Sudah, mari kita halau mereka masuk ke dalam portal itu balik... SEMBURAN API!" Demon gula-gula getah itu mula cair

"Biasalah kak Lynna.. kalau dia orang hebat, saya pun nak tunjuk kehebatan saya! Heheheee" kata Gopal dengan bangganya

"Jangan nak terlampau bangga sangat! CEPAT SERANG MEREKA LAGI!" Gopal terus berlari ke sana ke mari kerana takut dengan suara garang Kaizo "TOLAKAN TENAGA!" Askar demon yang mula keluar dari portal, terus tercampak masuk balik ke dalam portal itu

"Jangan bagi mereka keluar! HALAU MEREKA!"

"Baik kak Lynna! BOBOIBOY TAUFAN!" Boboiboy tertukar menjadi Taufan. Dia terbang dengan hoverboardnya "PUSARAN TAUFAN!" Dia mengumpul kesemua askar demon di dalam angin taufan itu

"Bagus Boboiboy" kata Lynna sambil berikan tendangan maut dia ke atas salah satu askar demon. Lalu dia merampas pedang demon itu dan dia menikam musuhnya

"Woahhh! Dasyat betul kak Lynna" kata Gopal dengan mata dia yang bersinar-sinar

"Wei, kau puji kak Lynna atau nak berlawan?"

"Hehehee..." Gopal garu-garu kepala dia sambil tersengih kepada Fang "Tapi kak Lynna memang dasyat pun, sama kuat macam abang kau tu"

"Biasalah, abang aku tu memang kuat macam aku juga. Adik beradik katakan" Fang tersenyum bangga di situ sehingga kepala dia kena ketuk oleh abangnya "ABANGG!"

"KENAPA KAU TERSENYUM SENYUM DEKAT SITU! CEPATLAH BANTU KITA ORANG!"

Kaizo terus berlari pantas dan menuju ke hadapan. Dia melompat dan berlari sambil memijak-mijak kepala askar-askar demon itu. Tangan dia mencantas mana-mana demon yang cuba menyerang dia "TOLAKAN TENAGA!" Demon-demon itu terpelanting masuk ke dalam portal itu. Lynna terus menghasilkan sebuah dinding untuk menghalang mana-mana demon cuba masuk balik ke dalam dunia mereka

"Kak Lynna, bagaimana kita nak tutup portal tu?" tanya Fang yang sudah kelihatan cemas. Makin lama makin ramai demon yang cuba musnahkan dinding tenaga itu

"Jangan risau Fang, akak tahu apa yang akak perlu lakukan" Lynna berikan senyuman mesra dia kepada Fang "Kamu pergi tolong kawan-kawan kamu. Biar kak Lynna cuba tutup portal ini"

"Ok tapi kalau akak perlukan bantuan, panggil sahaja kami"

Fang terus lari ke arah kawan-kawan dia. Suasana jalan raya itu kelihatan kelam kabut sedikit dengan kereta-kereta yang sudah terbalik. Sampah sarap di merata-rata tempat, serpihan kaca dari tingkap kereta dan ada beberapa dahan pokok terbaring di sana sini. Boboiboy dan Gopal cuba kemaskan sedikit sampah sarap itu dan buangkannya di dalam tong sampah. Yaya dan Ying menolong orang-orang yang tercedera di situ. Lynna sudah semakin hampir untuk menutup portal itu tetapi dia tidak sedar bahawa ada sebatang akar sedang menjalar keluar dari portal itu. Akar itu melilit kaki Lynna dan sudah bersedia untuk menarik Lynna masuk ke dalam portal tersebut

"LYNNA!" Kaizo muncul dengan pedang tenaga dia. Lalu dia mencantas akar itu. Lynna terkejut tetapi dia rasa bersyukur kerana diri dia tidak ditarik masuk ke dalam portal yang sudah ditutup dengan sendirinya "Kau ok ke?"

"Aku ok" kata Lynna "Terima kasih Kaizo kerana selamatkan diri aku tadi"

"Sama-sama"

Fang dari jauh lagi boleh nampak sebuah senyuman dari bibir abangnya. Dia tidak mahu fikirkan sangat kerana takut kalau mereka berdua hanyalah sahabat baik sahaja. Dia sebenarnya gembira kerana abang dia telah mempunyai seorang kawan walaupun kawan dia itu adalah seorang gadis yang lemah lembut

"Kau tengah fikirkan sesuatu ke?"

"Aku tak fikirkan apa-apa pun, Boboiboy" Fang terus sambung bersihkan jalan raya yang penuh dengan sampah sarap itu "Tapi.. aku tak tahulah apa akan terjadi pada masa hadapan dengan dia orang berdua"

"Hmm.. macam-macam boleh terjadi tapi apa-apa pun, aku berharap persahabatan mereka akan berkekalan"

"Yea, aku berharap begitu juga" Fang angkat sebuah tong sampah yang terjatuh itu "Abang pun janganlah lupakan sahabat abang kalau abang terpaksa tinggalkan planet ini" bisik dia


Selepas sahaja kejadian tadi, Lynna membawa mereka semua pulang ke clubhouse secepat mungkin. Dia mahu menyiasat tentang musuh terbaru dia dan bagaimana mereka boleh menawan dua istana besar di dunia sana. Istana-istana itulah yang tersimpannya pelbagai kuasa, samada kuasa yang kuat ataupun lemah tetapi dia yakin, kawan baik dia dunia sana dapat mempertahankan istana dia dari musuh mereka

"Awalnya kau balik"

"Aku balik sebab aku perlu periksa istana aku dekat sana. Tadi ada serangan musuh dekat bandar, tak kan kau tak tahu"

"Err... hehehehee.. aku sibuk tadi. Maaf" balas Juria "Tapi boleh aku bantu apa-apa?"

"Kau tengokkan keadaan dekat sini" Lynna terus masuk ke dalam bilik utama clubhouse itu "Oh yea, jagakan mereka untuk aku sekali"

"Kak Lynna, bagilah kami ikut sekali" pujuk Boboiboy "Kami boleh bantu kak Lynna"

"Ha ah, kita orang nak ikut sebab kita orang nak mengenali kak Lynna lebih dekat. Lebih-lebih lagi abang" Kaizo ketuk kepala adiknya yang masih lagi tersenyum lebar "Abang ketuklah adik tapi adik memang rasa curigakan dengan kawan abang ni"

"Jangan nak merepek. Entah-entah, kau yang nak mengenali dia lebih dekat"

"Eleh! Cakap adik pulak.. padahal dalam diam, abang sendiri nak tahukan!" Fang sudah bersilang tangan dengan matanya merenung tajam ke arah mata abang dia yang berwarna merah itu "Abang kalau tak nak ikut, abang boleh sahaja balik rumah"

"Hmm.. bergaduh pulak korang berdua ni" Kali ini Lynna pula bersilang tangan "Jangan nak bergaduh, korang semua boleh ikut tapi jangan nak pergi ke mana-mana ikut sesuka hati aje ok"

"Baik kak Lynna!" kata Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying yang sudah tidak sabar untuk melihat dunia sebenar Lynna

"Juria, kalau Daniel balik, cakap aku ada dekat dunia sana" Juria angguk kepalanya sambil bangun dari kerusi yang dia duduk tadi "Kalau ada apa-apa, cari aku dekat sana"

"No problem!"

"Kaizo, kau nak ikut sekali?" Lynna pandang Kaizo yang sedang ragu-ragu samada dia perlu ikut adik dia sekali ke dunia sana atau duduk di sini sahaja atau pulang ke Pulau Rintis "Kaizo, kalau kau tak nak ikut, aku boleh jaga adik kau dengan baik"

"Aku ikut sekali" Kaizo tidak mahu tinggalkan adik dia dengan musuh-musuh Lynna yang dia tidak tahu itu. Keselamatan adik dia lebih utama daripada keselamatan diri dia. Kaizo tidak mahu pentingkan diri sahaja kerana dia telah berjanji dengan ibunya untuk menjaga Fang dengan baik

"Abang risau tentang adik ke?" tanya Fang dengan nada suara yang agak lembut

"Tak"

"Cheh, tak guna punya apa" Tetapi Fang tahu, di dalam hati abang dia, sentiasa risaukan tentang adiknya. Fang kenal sangat dengan sikap abangnya yang tidak mahu tunjukkan reaksi lain, selain daripada berserius sahaja "Terima kasih abang kerana ikut sekali"

"Ok, kalau semua nak ikut. Mari ikut akak"

"Er.. kita nak pergi masuk portal itu tadi tu ke?" tanya Gopal

"Kita tak guna portal tadi tapi kita pintu masuk khas iaitu menggunakan cermin"

Lynna berada di depan sebuah cermin berdiri. Cermin itu kelihatan antik. Ukiran-ukiran di tepinya adalah ukiran flora yang sangat unik. Lynna keluarkan sebuah cermin dari beg kecilnya dan lalu dia lekatkan pada cermin itu. Dia mengucapkan sesuatu yang mereka tidak fahami. Cermin itu mula berubah seperti terkena percikan air dan lalu ianya bercahaya biru putih. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying dan Kaizo tergaman seketika kerana itu adalah pertama kalinya terjadi di depan mata mereka sendiri

"Err.. kak Lynna, itu ke pintu masuk ke dunia sana?" tanya Boboiboy yang rasa ragu-ragu dengan cermin itu

"Ha ah, inilah pintu masuknya.. kenapa? Takut ke? Kalau takut, akak boleh temankan korang masuk ke dalam satu per satu"

"Tak perlulah kak Lynna, kami boleh masuk sendiri" kata Fang dengan bangganya "Saya akan masuk ke dalam cermin itu"

"Nanti dulu.." Kaizo tolak adiknya ke tepi "Biar aku yang masuk dulu. Aku mahukan semuanya selamat di sebalik cermin ini"

"Jangan risaulah Kaizo, aku pasti tiada apa yang mengancamkan sedang menunggu kita di sini" kata Lynna "Tapi kalau kau nak periksa dulu, silakan"

Kaizo melihat Lynna. Dia tahu Lynna tidak akan tipu kerana dia percayakan Lynna tetapi dia masih lagi ragu-ragu dengan dunia Lynna yang selama ini dia tidak pernah lihat dengan mata kasarnya sendiri. Lalu dia masuk ke dalam cermin itu dengan beraninya. Apabila dia sudah masuk ke dalam cermin itu, diri dia keluar dari cermin lain. Dia terpegun sekejap kerana dia sudah berada di tempat lain iaitu sebuah bilik tidur yang agak luas. Perabut-perabut di dalam bilik itu, semuanya diperbuat daripada kayu dan tersusun rapi tapi paling mengejutkan dia, tiada lampu ataupun kipas elektrik di situ. Dia seperti berada di zaman-zaman dahulu semasa belum terciptanya elektrik

"Macam mana? Tiada ancaman musuhkan" Terkejut Kaizo dengan suara Lynna "Maaf sebab aku buat kau terkejut"

"Tidak mengapa" kata Kaizo "Ini ke dunia kau? Dunia yang aku tidak pernah lihat sebelum ini. Semua planet yang aku pernah lihat, semuanya berteknologi tinggi"

"Yea, ini dunia aku tapi aku tidaklah tinggal di sini. Dunia aku yang sebenarnya adalah planet bumi.. walaupun ianya nampak seperti medieval atau zaman dulu, dunia ini penuh dengan kuasa-kuasa yang kau tidak pernah lihat. Dunia ini lain daripada dunia sana.. dunia ini, kau nak guna kuasa di hadapan orang ramai pun takpe.." Lynna terus ke balkoni bilik dia. Balkoni itu luas dan di hiasi dengan bunga-bunga berwarna ungu

"WAHHHHH! ini ke bilik kak Lynna?" Boboiboy baru masuk ke dalam bilik itu bersama rakan-rakan dia

Mereka terpegun melihat bilik itu dan terus lari ke balkoni. Kaizo hanya berdiri di pintu gerbang balkoni itu. Dia perhatikan kelima-lima adiwira itu melihat permandangan dunia Lynna. Gunung-ganang terdiri megah jauh dari istana Lynna. Terdapah sebuah perkambungan kecil tidak jauh dari istana itu. Mereka boleh lihat sebuah jambatan batu untuk memudahkan orang ramai menyeberangi sungai yang besar itu. Jambatan itu telah disambungkan dari pintu gerbang masuk ke dalam halaman luar istana ke sebuah jalan berbatu-batu untuk menuju perkampungan kecil itu

"Seronoknya! Tak sangka kita boleh lihat dunia yang indah permai ini" kata Yaya

"Kalau kita bercuti di sini, mesti lagi seronok!"

"Ha ah, betul kata kau Ying. Aku pun rasa macam nak bercuti di sini"

"Aku pun sama juga! Tapi makanan dekat sini mesti sedap-sedap... mesti lain daripada yang lain" Gopal sudah terbayangkan diri dia berada di dalam dapur istana sambil diberikan layanan mesra oleh para-para tukang masak istana. Semua makanan di hadapan dia nampak sungguh sedap dan menyelerakan "Bestnya.." Air liur Gopal meleleh keluar dari tepi bibirnya

"Makan aje kau tahu.." bisik Boboiboy sambil ketawa sedikit "Kak Lynna, macam mana kita nak cari musuh kak Lynna tu?"

"Hmmm... ini kamu tidak perlu risau, akak tahu bagaimana hendak mencari mereka"

"Kak Lynna nak pergi seorang diri ke?" tanya Fang "Kalau kak Lynna nak pergi sorang-sorang, bawaklah abang sekali. Fang pasti abang dapat melindungi dan menolong kak Lynna"

"Terima kasih Fang.. kak Lynna nak pergi sorang, nak tengok keadaan di sana. Kamu semua tunggu di sini"

"Kak Lynna hati-hati tau" kata Boboiboy

"Ramai betul risaukan tentang akak" Lynna terus melihat permandangan indah itu "Kalau apa-apa terjadi dekat akak, kawan akak akan cari akak.. dan korang, mungkin kamu semua kena balik ke Pulau Rintis. Akak tak nak terjadi apa-apa dekat korang"

"Tapi.. kita semua pasukan superhero"

"Ha ah, betul kata Boboiboy tu. Kami nak tolong, kami tak nak hanya duduk di Pulau Rintis dan fikirkan keadaan kak Lynna di sini" Lynna rasa bersalah pula dengan mereka. Dia tahu, niat mereka datang ke KL adalah untuk bercuti tetapi menjadi benda lain pula "Maafkan akak sebab kamu semua terlibat dengan dunia akak..." Air mata dia mengalir keluar

"Kak Lynna janganlah sedih" Yaya pegang tangan Lynna "Kami tahu ini bukan niat kak Lynna tapi benda sudah terjadi, kak Lynna sendiri pun tak tahu mereka akan menyerang kita"

"Betul kata dia.. kau jangan nak salahkan diri kau, ini bukan salah kau. Aku tahu, kau mahu kita semua bersuka ria di KL tapi sudah menjadi lain pula. Lagipun, boleh aku melihat dunia kau yang sebenarnya. Aku gembira dapat melihat dunia kau. Selalunya, kau yang melihat dunia mereka di Pulau Rintis. Sekarang ini, biar kami pula merasai dunia kau bagaimana" Kata-kata Kaizo tadi, membuatkan Lynna tersenyum sedikit "Kita sama-sama pelajari benda baru di dunia masing-masing"

"Pstt.. abang kau tu macam berikan ayat-ayat cinta dekat kak Lynna" bisik Gopal kepada Fang

"Entahlah Gopal.. yang aku tahu, dia orang tu kawan sahaja tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi masa hadapan mereka nanti"

"Hmmm... mungkin akan menjadi sesuatu yang menarik" kata Boboiboy "Tak sabar aku nak melihat perkembangan persahabatan mereka berdua"

"Apa yang kamu sedang berborakkan itu?" tanya Kaizo dengan nada garang dia

"Err.. takde apa-apa abang Kaizo" Boboiboy tersengih sahaja "Jadi, kak Lynna nak kami pulang ke Pulau Rintis ke?"

"Kalau ianya semakin rumit, kamu semua terpaksa pulang.. tapi buat sekarang ni, duduk di sini terlebih dahulu. Biar akak pergi dan melihat keadaan di istana kawan akak" Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying angguk kepala mereka kepada Lynna. Mereka masuk semula ke dalam bilik itu "Kalau apa-apa terjadi dekat diri akak, kawan akak yang jaga istana ini akan beritahu kamu semua"

"Biar aku temankan kau sekali" kata Kaizo. Lynna tidak begitu terkejut tetapi dia tidak membantah, dia hanya angguk sahaja "Aku temankan kau sebab aku tidak mahu si Pang ni risau sangat"

"Errrr... apasal libatkan diri adik? Bukan abang ke yang tak nak risau sangat.." Fang berikan renungan kepada abang dia tetapi Kaizo masih dengan wajah serius dia "Mencurigakan betul abang aku ni"

"Bukan abang kau tu sentiasa mencurigakan ke?" tanya Gopal

"Memang pun Gopal. Dengan kak Lynna sendiri pun dia nak curiga"

"Sudah! Jangan nak mengata tentang aku.." Fang dan Gopal terus terdiam selepas sahaja terdengar nada garang Kaizo "Lynna, bagaimana kita mahu ke istana kawan kau tu?"

"Dengan kuasa teleportasi akulah.. kau lupalah tu tapi betul ke kau nak temankan aku?"

"Yea, aku ingin melihat musuh kau tu. Manalah tahu aku boleh pelajari cara-cara mereka menyerang dan dengan teknik-teknik baru ini, aku boleh memperkuatkan lagi serangan aku dan bacaan serangan musuh aku" Lynna ketawa sedikit. Lalu Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat gadis itu "Kenapa kau ketawa?"

"Isk abang ni, tak kan tak tahu.." Fang cuba menyibuk di situ "Kak Lynna ketawa sebab abang berikan alasan yang sangat comel tapi itu ikut kata hati kak Lynna lah. Kalau adik, adik buat macam ni aje" Fang terus menepuk dahinya sendiri

"Hehehee... alasan abang Kaizo memang comel" Boboiboy pula menyampuk sekali

"Sudah sudah.. kamu semua suka-suka aje buat akak rasa malu" Pipi Lynna memang nampak sedikit merah tetapi dia abaikan sahaja "Kaizo, mari kita pergi sekarang. Kamu semua, kalau ada apa-apa masalah, kawan kak Lynna akan sedia membantu kamu tapi jangan nak merayap dekat luar istana pula. Merayap dekat dalam istana takpe, itu akak benarkan"

"Baik kak Lynna!" jawab Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying secara serentak

"Kalau begitu, akak pergi dulu.." Lynna letakkan tangannya di bahu Kaizo dan terus mereka hilang dari situ sekelip mata sahaja

"Hmm.. kan best kalau aku ada kuasa macam kak Lynna" kata Gopal sambil mengeluh sedikit

"Kenapa kau nak kuasa macam kak Lynna pula?" tanya Yaya

"Sebab dengan kuasa teleportasi tu, bolehlah aku pergi merata-rata tempat dan merasai kesemua makanan sedap-sedap yang ada di dalam dunia ini!" Mata Gopal terus bersinar-sinar sambil bayangkan makanan-makanan berhimpun di depan mata dia "Mesti aku akan rasa sangat bahagia!"

"Bahagialah sangat" bisik Fang sambil menuju ke balkoni bilik itu semula "Abang dan kak Lynna, hati-hati dekat sana.."


Tidak sampai 1 saat, Kaizo dan Lynna sudah pun berada di dalam istana milik Daniel. Mereka kini berada di dalam sebuah bilik yang luas dan hanya terdapat sebuah cermin berdiri di tengah-tengah bilik itu

"Cermin apa tu?" tanya Kaizo

"Cermin tu seperti cermin dalam bilik aku juga tapi cermin ini tidak selalu digunakan sekarang ini kerana sewaktu aku mengetahui tentang kewujudan dunia ini dan peranan aku sebagai puteri di sini, terus mereka aktifkan cermin di dalam bilik istana aku. Jadi aku dapat pergi ke istana aku tanpa perlu melalui istana ini lagi" Lynna menjenguk di bahagian luar untuk pastikan musuh dia tiada di luar bilik itu

"Bagaimana kau dapat jadi puteri tu? Bukan ke keluarga kau hanyalah orang biasa-biasa sahaja"

"Kau nak tahu juga ke?" Lynna menoleh kebelakang untuk melihat Kaizo "Kalau aku beritahu, aku cuma takut kau akan pening kepala sahaja nanti sebab perkara ini ada kaitan dengan fantasy"

"Takpe.. aku akan cuba untuk memahami dunia fantasy kau yang penuh dengan kepelikan"

"Hehehee... bukan dunia alien kau penuh dengan kepelikan juga ke? Yelah, aku mana pernah nampak mata merah menyala seperti mata kau" Kaizo tetap dengan muka serius dia. Lalu Lynna berhenti ketawa "Maaf sebab aku gelak tadi"

"Takpe.. dunia kita sangat berbeza. Dunia aku penuh dengan teknologi alien dan dunia kau, penuh dengan fantasy"

"Hehehee.. memang sangat berbeza" Lynna mengintai di luar bilik cermin itu semula. Tiada pengawal mengawal bilik tersebut. Dayang-dayang yang lalu lalang pun tiada juga "Hmm... mana semua orang? Jangan-jangan dia orang sudah kena tangkap dengan musuh kita"

"Mungkin juga.. jadi kita perlu berhati-hati" kata Kaizo

Lynna keluar dari bilik cermin itu bersama Kaizo. Mereka melihat ke kiri dan kanan untuk pastikan tiada askar-askar demon yang lalu lalang di situ. Lynna mengambil laluan kiri dia kerana dia tahu tentang selok belok tentang istana itu. Dia tidak teragak-agak dan tahu ke arah mana dia perlu pergi. Dia perlu ke ruang menghadap untuk melihat keadaan di situ. Sambil mereka menuju ke sana, sambil itulah Lynna bercerita kepada Kaizo tentang gelaran puteri dia

"Kau percaya tak kalau aku katakan aku ada kembar tapi kembar itu bukan adik beradik aku sendiri. Kami hanyalah pelanduk dua serupa.. boleh dikatakan segala-galanya tentang kami adalah serupa sahaja, cuma satu sahaja yang berlainan. Aku mempunyai kuasa dan dia hanyalah seorang puteri biasa sahaja"

Kaizo tidak begitu terkejut. Muka dia tetap serius sahaja dan hanya mendengar kisah Lynna

"Jadi, kau ke puteri tu dan kuasa itu telah dialihkan kepada kau?"

"Hehee.. bukanlah Kaizo" Lynna berhenti di sebuah laluan koridor istana sekejap untuk melihat kanan dan kiri dia pula "Bukan ke aku sudah beritahu kau yang kuasa aku adalah kuasa yang aku miliki semenjak aku lahir lagi"

"Jadi... kau pergi rampas tahta puteri dia?" Kali ini Kaizo terkejut "Kenapa kau buat begitu?" Kaizo melihat Lynna ketawa kecil sambil gelengkan kepala

"Bukan.. kisah sebenarnya.. puteri itu dan aku adalah orang yang sama cuma kehidupan kita yang berbeza, dia tinggal di sini dan aku tinggal di dunia sana. Semasa kami tidur, kami selalu mimpikan kehidupan kita di dunia lain. Contohnya aku mimpi dia di dunia ini dan dia mimpi aku di dunia sana. Pada mulanya, aku ingatkan semua itu adalah permainan mimpi sahaja tetapi bukan. Aku dapat tahu tentang itu dari Daniel sendiri. Malangnya, puteri itu sudah mati dibunuh oleh orang upahan yang aku tidak kenali. Maka mereka melantik Daniel untuk mencari aku di dunia sana. Jadi aku adalah pengganti puteri itu dan secara tidak langsung, aku telah diberikan pangkat puteri. Sesiapa yang mempunyai kembarnya di sini, mereka juga adalah orang di sini juga tapi ianya amat jarang sekali berlaku kerana tidak semuanya mempunyai pelanduk dua serupa di dunia ini"

"Itulah kisah kau bagaimana kau menjadi seorang puteri" Lynna angguk kepalanya sedikit sambil berjalan di koridor itu "Bagaimana dengan layanan mereka kepada kau?"

"Mereka layan aku seperti puteri sebelum ini tapikan... puteri itu mempunyai nama yang sama seperti aku.. hehe... dunia aku memang sangat memeningkan kepala. Jadi aku harap, kau faham dengan kisah aku tadi"

"Bolehlah" balas Kaizo "Kalau aku tak faham, aku buat-buat faham ajelah" Dia ikut sahaja ke mana Lynna ingin pergi. Mereka melalui sebuah koridor yang penuh dengan gambar-gambar di dinding istana itu. Dia tidak begitu mengenali siapakah di dalam potrait gambar itu. Gambar-gambar itu semuanya telah dilukiskan di dalam cat air

"Hmmm... dari tadi aku tak jumpa askar-askar demon dekat dalam istana ni. Dia orang menyorok ke?"

"Atau sebenarnya ini adalah perangkap untuk tangkap kau di sini"

"Kalau betullah apa yang kau cakapkan tadi, kita kena keluar dari sini" Lynna pusing kebelakang untuk pergi ke tempat lain "Sebelum itu, aku perlu periksa sesuatu dulu"

"Kau nak periksa apa?"

"Periksa bahagian utama istana ini iaitu bilik kuasa" kata Lynna sambil mempercepatkan pergerakan dia "Bilik tu tak jauh dari bilik cermin tapi kita harus cepat. Aku takut kalau mereka sudah mengambil kuasa itu"

"Kalau mereka ambil, apa yang akan terjadi?"

"Mereka akan tawan dunia ini tapi aku masih lagi boleh selamatkan dunia ini kerana mereka perlukan kuasa lagi satu, dan kuasa itu terletak di istana aku" Lynna lalu di depan bilik cermin tadi. Dia terus sahaja ke depan "Dengan kuasa itu juga, mereka dapat merampas kuasa aku dan kawan-kawan aku juga kerana kuasa kita orang adalah diantara yang terhebat sekali. Selagi mereka tidak dapat kuasa itu, selagi itulah aku dan kawan-kawan aku boleh menghalang mereka"

Mereka sudah pun sampai di sebuah bilik yang penuh dengan objek-objek yang tidak pernah dilihat Kaizo sebelum ini. Semuanya di dalam bentuk pelik tetapi bagi Lynna, ianya sudah perkara biasa. Di tengah-tengah bilik itu terdapat sebuah crystal besar yang tiada cahayanya. Muka Lynna berubah menjadi risau dan Kaizo seperti tahu bahawa kuasa dari crystal itu telah diambil oleh musuh-musuh mereka. Lynna tidak bercakap banyak, dia terus beredar dari situ tetapi dia berhenti berjalan apabila mereka di kepung oleh askar-askar demon. Depan dan belakang mereka ada beberapa askar demon dengan pedang mereka yang tajam itu. Kaizo sudah pun keluarkan pedang tenaga dia

"Lynna, hati-hati... kita hapuskan mereka bersama" kata Kaizo sambil menoleh kebelakang sedikit untuk melihat Lynna

"Kau pun harus berhati-hati juga"

"Aku sentiasa berhati-hati dan tidak akan kalah dengan demon-demon ini.. PEDANG TENAGA!" Kaizo mencantas musuh-musuh dia yang berada di hadapan dia. Manakala Lynna pula, dia sudah menjadi cemas kerana kuasa api dia tidak keluar. Dia dapat elakkan diri dia dengan menggunakan kekuatan yang ada pada diri dia "LYNNA, KENAPA KAU TIDAK GUNAKAN KUASA KAU?"

"Sebab kuasa dia telah dihalang oleh aku"

Datang satu suara yang nada dia agak lembut tapi sinis. Askar-askar demon itu membuka laluan sedikit untuk berikan laluan kepada ketua mereka iaitu Zero. Lynna tidak terkejut dengan kehadiran Zero. Dia kelihatan tenang sekali. Mata dia sudah tertumpukan di tangan kanan Zero. Sebuah crystal bercahaya putih hitam ada di tangan Zero. Lynna sudah tahu kenapa dia tidak boleh gunakan kuasa dia kerana Zero telah gunakan kuasa crystal itu untuk menghalang dia menyerang

"Nampaknya kau telah berjaya merangkap aku di sini tapi kau jangan ingat kau akan menang.. aku akan pastikan aku dapat kalahkan kau" kata Lynna dengan suara yang agak garang "Meskipun aku sudah tidak dapat menggunakan kuasa aku, tapi aku masih lagi boleh berlawan"

Secara pantasnya, Lynna lakukan tendang berputar ke atas tangan demon yang berdekatan dengan diri dia. Tendangan itu menyebabkan sebilah pedang terlepas dari tangan demon tersebut. Dia menyambut pedang itu dan terus berlawan dengan askar-askar demon itu bersama dengan Kaizo. Zero beredar dari situ dan mengarahkan demon-demon dia untuk hapuskan Kaizo dan Lynna

"Lynna, hati-hati! Jangan sampai diri kau tercedera"

"Kau pun sama, Kaizo" kata Lynna sambil pancung salah seorang demon tersebut "Kaizo, kita kena lari dari sini"

"Tapi ke mana?" Kaizo menikam seekor demon dengan pedang tenaga dia

"Kita lari keluar dari istana ini"

"Ok.. TOLAK TENAGA!" Kuasa Kaizo tadi itu telah menolak beberapa demon untuk membuka laluan kepada dia dan Lynna "Cepat! Kita lari sebelum mereka serang kita lagi"

"Ok!" Lynna melibas demon itu sebelum dia lari bersama Kaizo "Ikut aku Kaizo.. ARGHHHHHH!"

Kaizo terkejut dengan jeritan Lynna tadi. Dia pusing kebelakang dan terkejut melihat Lynna sudah terdampar di atas lantai istana. Belakang badan Lynna ada kesan luka dan darah-darah membasahi baju Lynna. Dia telah diserang oleh seseorang dan orang itu adalah Zero sendiri

"LYNNAAAAAA!"

To be continued...


Akhirnya.. dapat juga inspirasi untuk sambung menulis fanfic ini T_T maaf semua kerana tunggu lambat.. hehehee

jangan tanya bila next update yea xD tunggu ajelah

Jumpa lagi