Haluuu... adakah anda semua masih setia dengan fanfic ini? Kalau masih lagi, Probe ingin ucapkan tahniah.. hehehe
Terima kasih semua kerana sudi membaca fanfic ini :3
Maaf kalau ada salah silap di dalam chapter ini :P
Happy Reading!
Perkampungan Elf
Boboiboy dan Fang bermundar mandir di depan bilik Lynna dengan perasaan risau mereka. Kaizo hanya sandarkan diri di tepi pintu gerbang bilik. Tangan dia bersilang sambil fikirkan kejadian sebentar tadi. Hati dia agak geram dengan musuh Lynna. Dia berasa sungguh marah pada saat itu. Gopal, Yaya dan Ying duduk bersila di atas lantai sambil perhatikan Kaizo. Mereka tidak tahu apa yang Kaizo fikirkan pada ketika itu. Beberapa minit kemudian, pintu bilik itu di buka oleh salah satu dayang istana. Dia membenarkan mereka semua masuk ke dalam bilik itu. Kaizo menjadi orang pertama memasuki bilik Lynna. Kiddi berjalan ke arah mereka selepas sahaja dia selesai melihat keadaan Lynna
"Macam mana keadaan dia?" tanya Kaizo kepada kawan Lynna iaitu Kiddi
"Dia ok.. cuma belakang dia sahaja yang luka teruk. Dayang-dayang dia sudah pun merawat luka dia"
"Jadi kak Lynna oklah?" tanya Fang. Dia menuju ke katil Lynna
"Jangan risau, dia ok. Ubat yang saya sudah berikan adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan kesan luka dia" balas Kiddi "Kamu semua boleh pergi melawat dia tapi jangan buat bising. Dia perlu berehat"
"Terima kasih" jawab Kaizo
Mereka semua terus ke katil Lynna. Kiddi keluar dari bilik itu untuk memberikan ruang kepada mereka untuk bincangkan apa yang telah berlaku ketika Kaizo dan Lynna berada di istana Daniel. Mata Lynna terbuka sedikit dan lalu dia tersenyum lemah kerana orang-orang yang dia sayang, semuanya ada di situ. Dia bangunkan diri dia sedikit untuk melihat mereka
"Kak Lynna ok?" tanya Boboiboy
"Akak ok sahaja" balas Lynna "Terima kasih Kaizo kerana bawa aku ke sini dengan selamat tapi malangnya, kuasa aku sudah di rampas oleh mereka"
"Kau sepatutnya berterima kasih kepada Kiddi. Dia yang datang untuk menyelamatkan kita berdua. Kalau dia tidak datang, aku tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita berdua nanti" Lynna hanya angguk kepalanya kepada Kaizo
"Macam mana kita nak kembalikan kuasa kak Lynna?" tanya Fang
"Hmm... korang kena bantu akak dapatkan balik kuasa akak. Hanya kamu berlima dan juga Kaizo dapat bantu akak. Kalau akak minta bantuan daripada kawan akak, pasti kuasa mereka akan dirampas juga. Kamu semua memiliki jam kuasa yang tidak mungkin dia akan dapat mengambilnya kerana kuasa kamu bukan kuasa yang dimiliki secara semulajadi" kata Lynna "Tapi akak akan pergi bantu kamu juga"
"Tak kan kak Lynna nak ikut kami pula. Badan kak Lynna masih lemah dan luka di belakang badan kak Lynna pun belum sembuh lagi"
"Akak tahu tapi ubat yang kawan akak berikan tadi akan sembuhkan luka akak secara cepat. Lagipun akak tidak mahu kamu semua pergi ke sana dengan menggunakan laluan cermin lagi. Akak pasti mereka sedang menunggu kedatang kamu di cermin istana Daniel. Laluan itu tidak boleh digunakan lagi" Suara Lynna pada ketika sangat lemah, sehingga membuatkan dia batuk sedikit "Maaf.. badan memang agak lemah sedikit ketika ini tapi akak tidak mahu terjadi apa-apa dekat kamu semua..."
Kaizo terus memotong percakapan Lynna kerana dia tahu apa yang Lynna ingin katakan
"Jangan nak salahkan diri kau. Kami tidak salahkan kau tapi... sebelum ini, aku sangat ragu-ragu dengan kau kerana dunia kau. Aku ingin meminta maaf kerana pertama kali aku melihat dunia kau, aku rasa tidak begitu selamat. Musuh kau memang agak berlainan daripada musuh aku" Lalu Kaizo berkata lagi "Aku memang cuba hendak larikan diri daripada rumah clubhouse kau tu sebab aku rasa tidak begitu selamat tapi aku silap. Kalau aku lari, maknanya aku lari dari kawan aku yang perlukan bantuan. Masa tu, aku hanya fikirkan keselamatan adik aku sahaja" Fang terus pegang tangan kanan abangnya "Kenapa Pang?"
"Adik cuma rasa terharu sedikit sebab selalu fikirkan keselamatan adik tapi pada masa yang sama, adik rasa geram dengan abang sebab ragu-ragu dengan kawan sendiri. Kak Lynna tu kan baik, bukannya jahat pun"
"Abang tahu tapi abang tidak mahu kita campur tangan dalam urusan dia dan musuh dia.. tetapi... nampaknya abang silap. Dunia dia dan dunia kita akan bertembung juga walaupun abang cuba jauhkan diri kita daripada dunia Lynna" kata Kaizo yang rasa sedikit kesal "Mungkin di masa hadapan kita semua, banyak benda lagi dunia kita berdua akan bertembung lagi"
"Mungkin.." balas Lynna "Aku mempunyai kuasa untuk melihat masa depan tetapi tidak semua yang aku dapat melihatnya. Ianyanya bukanlah kuasa yang aku dapat kuasai kerana kuasa itu akan datang secara tidak langsung tetapi aku tidak sabar untuk melihat masa hadapan kita semua yang penuh misteri. Apa yang kita buat sekarang ini, ianya dapat mengubah masa hadapan kita tetapi kita tidak boleh mengubah masa silam kita. Apa yang sudah berlaku, semuanya hanyalah tinggal kenangan sahaja. Adakah kita dapat pelajari sesuatu dari masa silam kita untuk mengubah diri kita supaya kita lebih berjaya di masa kelak nanti atau kita seperti dahulu lagi? Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Apa-apa pun terjadi, akak berharap kamu semua masih bersama lagi dan jangan putuskan persahabatan kamu berlima"
"Kak Lynna.."
"Yea Fang" Lynna palingkan mukanya ke arah Fang "Kamu nak apa?"
"Kak Lynna pun jangan putuskan persahabatan dengan abang Fang juga. Ini pertama kali Fang nampak abang mendapat seorang kawan.. abang ni susah sangat nak berkawan. Tak tahulah kenapa dengan dia tu"
"Haiyaa... mesti abang Kaizo susah sangat nak percayakan orang atau mungkin ada sebab lain" kata Ying
"Ha ah, aku pun tak pernah nampak abang Kaizo cuba berkawan dengan orang lain dekat Pulau Rintis tapi dengan kak Lynna.. lain pula" Boboiboy rasa pelik dengan kelakuan Kaizo yang tidak berkata apa di situ "Abang Kaizo ada apa-apa dengan kak Lynna ke?"
"Jangan nak merepek" balas Kaizo dengan nada tegasnya "Tentang dengan siapa aku nak berkawan, jangan nak masuk campur"
"Tapi abang.. adik nak tahu.. kenapa dengan kak Lynna, abang boleh berborak biasa dengan dia semasa pertemuan korang pertama kali"
"Itu adalah rahsia" jawab Kaizo
"Sudahlah tu Fang, jangan nak paksa sangat. Nanti abang Kaizo juga bagi kau latihan tempur. Kau juga yang menangis tak tentu pasal nanti" kata Yaya
Fang bermasam muka di situ sambil bersilang tangan. Lynna ingin tahu juga rahsia Kaizo kerana pertama kali mereka bertemu di kedai Tok Aba, sikap Kaizo tidak seperti mana yang dia nampak pada hari ini. Mungkin suatu hari nanti, Kaizo akan ceritakan rahsianya kepada diri dia, fikir Lynna
"Sekarang ni... apa yang kita perlu buat?" tanya Boboiboy secara tiba-tiba
"Hmm.. kita perlukan rancangan.. aku pasti mereka sedang menuju ke sini juga kerana mereka belum dapatkan kuasa ke dua yang ada di dalam istana ini. Kalau kita ke istana Daniel, tiada guna juga" Lynna cuba fikirkan sesuatu "Tapi yang pasti, cermin di sana mesti mereka sedang menunggu kedatang kamu semua. Dia orang tidak boleh guna cermin itu kerana hanya orang tertentu sahaja yang boleh gunakan"
"Jadi... kau rasa mereka sekarang ini sedang menuju ke sini" kata Kaizo
"Abang pasti ke?"
"Yea, aku pasti" jawab Kaizo kepada adiknya "Mereka sudah dapat kuasa di istana sana dan juga kuasa Lynna, sekarang ini.. sasaran mereka adalah istana ini. Kita semua tidak boleh tunggu sahaja kedatang mereka. Kita perlu menghalang mereka sebelum mereka tiba di istana ini"
"Betul tu, Kaizo. Aku rasa... kita perlu serang mereka secara mengejut dan pada masa yang sama, rampas balik kuasa aku dari mereka" Lynna turunkan kedua kaki dia dari katil itu. Yaya dan Ying membantu Lynna keluar dari katil tersebut "Terima kasih Yaya, Ying..."
"Sama-sama.. tapi kak Lynna ok ke ni?" tanya Ying
"Akak ok sahaja... berbalik dengan perbincangan kita tadi..." Lynna berjalan ke sebuah meja bulat kosong yang ada di tengah bilik itu. Lalu dia berkata lagi "Kita boleh menyerang secara mengejut atau alihkan perhatian mereka"
"Ok juga tu, kak Lynna" kata Boboiboy
"Atau kita gunakan kedua-duanya!" Gopal terus berubah suara kepada yang serius "Mula-mula.. kita serang mereka dari hadapan dan dia orang tak tahu bahawa akan ada serangan datang dari arah lain. Jadi kita kepung mereka di situ"
"Wah.. pandainya kau. Memang terbaiklah idea kau, Gopal"
"Hehehe... biasalah, Boboiboy. Aku belajar dari main video game. Siapa kata main video game tu membazirkan masa dan tiada faedahnya, ada juga faedahnya tau" kata Gopal dengan penuh bangga
"Abang aku yang kata membazirkan masa sahaja.. dia cakap, lebih baik buat latihan tempur versi video game" kata Fang sambil melihat abangnya mengangguk kepala "Abang aku yang ajar aku supaya jangan terpengaruh sangat dengan video game dan gadget-gadget canggih seperti phone or Ipad"
"Wah.. bagus betul abang kau" kata Yaya "Abang kau memang terbaik"
"Hmm.. aku memang abang yang terbaik pun tapi dapat adik yang boleh dikatakan kurang baik. Asyik nak popular aje kerja kau" Kaizo ketuk kepala adiknya
"ABANG!"
"Tapi abang suka dengan kesetiaan kau kepada aku dan juga kepada kawan-kawan kau sekali" kata Kaizo dengan nada serius
"Hehehee... terima kasih abang" Fang tersenyum bangga di situ
"Hehe.. sweet sungguh korang ni" Lynna membuka almari bajunya "Aku rasa.. kita perlu bertindak sekarang"
"Eh.. kak Lynna ok ke ni? Nanti kak Lynna juga yang terluka lagi. Kak Lynna rehat sahajalah"
"Jangan risau, Boboiboy. Luka itu tidaklah seteruk mana" Lynna keluar sepasang baju yang tergantung di dalam almari itu. Baju dan seluarnya sudah tersedia di dalam almari bilik dia
"Tapi.. macam mana akak nak lawan tanpa kuasa?" tanya Yaya
"Kuasa atau tanpa kuasa pun, akak akan gunakan kekuatan akak sendiri" Selepas itu, Lynna keluarkan sebilah pedang yang tersorok di dalam almari itu "Pada awal dulu.. kuasa akak adalah kuasa pasif sahaja. Kuasa yang hanya boleh melihat masa depan atau masa lampau kita. Jadi akak terpaksalah belajar seni pertahankan diri"
"Jadi kak Lynna pun belajar main pedang jugalah?"
"Yea Gopal.." Lynna tutup almari itu. Baju dan seluar dia tadi sudah di gantung balik di pintu almarinya. Pedang dia tadi sudah dikeluarkan dari sarungnya. Pedang itu kelihatan tajam dan berkilat "Selepas sahaja akak dapat kuasa aktif, akak tidak berhenti belajar. Akak tetap teruskan berlatih. Jika apa-apa yang berlaku terhadap kuasa akak, akak masih lagi boleh berlawan"
"Dengar tu Pang.. kau pun kena belajar dari abang"
"Yelah abang" bisik Fang "Tapi abang nak ke ajar adik ni? Karang cakap adik ni lemahlah, takde staminalah"
"PEDANG TENAGA!" Fang melompat dan terus larikan diri. Dia pergi menyorokkan diri di belakang kerusi kayu bilik itu "KENAPA KAU LARI?"
"YANG ABANG PERGI SERANG ADIK KENAPA?" Jerit Fang di sebalik kerusi kayu
"Sebab abang cuma nak uji kau sahaja!" kata Kaizo dengan garangnya "Macam mana kau nak jadi seperti abang, kalau kau langsung tak dapat nak kenal teknik-teknik serangan aku!"
"ADIK KENAL LAH! ABANG SAJA NAK KENAKAN ADIK!"
"Ah sudah... dia orang bergaduh pulak dah" Boboiboy menepuk dahinya sendiri
"Biasalah, adik beradik katakan... hehehehe" Yaya tergelak di situ "Kak Lynna... betul ke akak tak rasa sakit tak? Risau pulak Yaya"
"Kalau akak sakit, akak tak dapat nak buat begini" Lynna pusingkan pedang itu seperti kipas dengan kelajuan
Boboiboy, Gopal, Fang, Yaya dan Ying begitu kagum sekali dengan kemahiran Lynna mengawal pedang itu. Kaizo hanya mengangguk kepalanya sebagai tanda bangga mempunyai seorang kawan yang mempunyai kebolehan di dalam bermain pedang. Lynna menyimpan pedang itu di dalam sarungnya balik
"Sekarang.. kita bersiap sedia. Kaizo, kau bawa adik kau dan kawan-kawan dia ke bilik lain. Kau bersiap sedia di sana dan Kiddi akan bantu kau dengan persediaan itu. Yaya dan Ying, kamu berdua temankan akak di sini. Kita akan pergi berperang" kata Lynna dengan nada seriusnya
"Baiklah... mari semua" Kaizo terus ke pintu bilik itu bersama Fang, Boboiboy dan Gopal "Aku akan jumpa kau di bawah nanti"
"Yea.." kata Lynna sambil melihat 4 orang lelaki keluar dari biliknya "Mari Yaya, Ying.. kita bersiap sedia"
Sejam kemudian, Kaizo telah pun menyalin pakaian dia kepada pakaian lain. Dia rasa agak janggal memakai pakaian yang lain daripada dunia dia. Baju yang dia pakai mempunyai lengan panjang. Kaizo sudah terbiasa memakai baju tanpa lengan seperti adik dia. Pakaian itu tidak mempunyai jaket dan seluarnya mempunyai sebuah poket besar untuk menyimpan barangan yang kecil-kecilan. Baju itu turut di lengkapi dengan baju perisai. Kaizo rasa agak berat sedikit tetapi dia terpaksa demi keselamatan dia juga. Fang tidak memakai jaketnya tetapi dia telah dipaksa oleh abangnya untuk memakai baju perisai yang diperbuat daripada besi. Dia dan kawan-kawan lelakinya tidak perlu menyalin pakaian mereka. Kaizo rasa cemburu dengan mereka tetapi dia tidak menunjukkan perasaan itu. Dia hanya senyap sahaja sambil berdiri di tepi tangga utama istana itu
"Mana dia orang ni?" tanya Boboiboy
"Kau ni Boboiboy, budak perempuan kan selalu siap lambat. Tak kan kau tak tahu"
"Hmm.. aku tahulah tapi tak dia orang nak lengah-lengahkan masa dalam keadaan begini"
"Takdenya.. dia orang mesti dah siap dan dalam perjalanan ke sini" kata Fang
"Yelah tu.." kata Gopal sambil duduk di atas tangga "Aku sudahlah tengah lapar ni. Macam mana nak lawan dengan perut kosong"
"Kau ni.. tak habis-habis dengan makanan kau. Macam mana nak jadi ahli pahlawan yang berjaya kalau asyik fikirkan tentang makanan sahaja. Seorang adiwira perlulah bertenaga, bijaksana dan pandai membaca pergerakan dari pihak lawan" Kaizo mula bermundar-mandir di situ "Kau tu adalah seorang adiwira yang perlu mempertahankan jam kuasa kau daripada dirampas oleh musuh kita semua. Habis sahaja percutian kita, aku akan mulakan kelas latihan tempur"
"Hehehee.. baik kapten" balas Fang dengan senyuman sinisnya
"Bagus Pang"
"Hmmm... terpaksalah aku menghadapi kelas latihan tempur tahap ganas tu" bisik Gopal dengan wajah muramnya
"Saya ok aje, abang Kaizo. Janji saya dapat belajar benda baru!"
"Bagus Boboiboy. Aku bangga dengan kau"
"Dengan adik? abang tak bangga ke?" tanya Fang sambil kelip-kelipkan matanya kepada abang dia. Kaizo hanya mengangkat kening sebelah "Abang.. abang bangga tak dengan adik?"
"Hmmm.. bolehlah" jawab Kaizo
"Asyik dengan jawapan bolehlah aje" bisik Fang sambil bersilang tangan "Yang dapat pujian lebih-lebihan mesti si Boboiboy tu, mana aku tak cemburu tapi aku tetap sabar dan aku tetap tunjukkan kepada abang yang aku juga hebat seperti Boboiboy"
"Apa yang kau sedang merepek tu?" Kaizo tidak berapa dengar sangat bisikan adiknya tadi
"Takde apa abang" Fang tersengih sangat. Mata dia terpandang di bahagian tangga atas "HAH! Dia orang dah sampai"
Lynna, Yaya dan Ying sudah bersedia siap dengan kelengkapan untuk pergi berhadapan dengan musuh mereka. Pakaian Yaya dan Ying memakai pakaian baru mereka yang memudahkan mereka berdua untuk berlawan dengan musuh-musuh mereka nanti. Lynna dengan baju lengan panjang dan seluar panjang berwarna perang. Di belakang dia terdapat sebilah pedang yang berada di dalam sarungnya. Dia juga memakai tali pinggang yang mempunyai sebilah pisau kecil di bahagian tepi badannya. Kaizo tidak pernah nampak Lynna berpakaian begitu. Dia tergaman sedikit. Fang tergelak kecil melihat abangnya
"Wah, kak Lynna nampak betul-betul bergaya" kata Boboiboy sambil melihat Lynna turun dari tangga itu bersama dua orang gadis iaitu Yaya dan Ying
"Hehehe... kak Lynna nampak seperti seorang pahlawan puteri tapi.. kak Lynna memang seorang puteri pun.. hehehe"
"Terima kasih Gopal" kata Lynna. Dia sudah pun sampai di bahagian bawah "Kaizo, kau sudah bersedia?"
"Sudah"
"Semua sudah bersedia?" tanya Lynna lagi
"SUDAH!" kata Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying secara serentak "KAMI SUDAH TIDAK SABAR DENGAN PENGEMBARAAN INI!"
"Hehee.. comel betul kamu semua. Macam kanak-kanak tadika" Lynna tersenyum sedikit "Mari, kita pergi ke kandang kuda"
"Tidak perlu tuan puteri, kami sudah keluarkan kuda tuan puteri dan juga untuk kawan-kawan tuan puteri" kata seorang pengawal istana itu "Semoga tuan puteri selamat di dalam pengembaraan ini. Kami di sini berdoa agar tuan puteri dapat selamatkan dunia ini dari kejahatan musuh tuan puteri"
"Terima kasih" ucap Lynna dengan nada lembut dia
"Mereka semua memang menghormati dan sayangi diri kau"
"Yea Kaizo.. kerana aku selama ini menjaga keselamatan mereka semua dan aku juga yang memimpin mereka jikalau berlakunya peperangan diantara kami dan musuh kami"
"Wah! Kalau abang pula.. semua alien dekat galaxy sangat takut dengan kekuatan abang" kata Fang yang cuba mencelah perbualan diantara Lynna dan abangnya "Tapi ramai yang menghormati abang seperti adik sendiri. Adik mengaku yang adik memang memandang tinggi terhadap abang"
"Dan abang kamu sudah tentu bangga dengan adik dia sendiri"
"Hmmm.. itu lain cerita" bisik Fang sambil bersilang tangan "Dia bangga dengan orang lain adalah"
"Kau ni.." Kaizo tepuk kepala adiknya "Abang bangga dengan kau, cuma abang malas nak beritahu kau sahaja. Nanti kau pergi berlagak dekat semua orang. Lagipun ibu bapa kita sudah tentu bangga dengan kau juga"
"Betul tu.. adik tidak mahu kecewakan mereka" Fang peluk abangnya "Mereka sudah tiada tapi adik tahu.. kalau adik buat benda yang jahat, adik dapat bayangkan hati ayah dan ibu kecewa dengan adik"
"Kau pun jangan kecewakan hati abang" Kaizo belai rambut adiknya
"Baik abang" Fang mengusap-gusap matanya kerana air matanya mula mengalir keluar "Marilah abang, dia orang mesti tengah tunggu kita"
"Hehehe... takpe Fang, akak faham" kata Lynna "Fang nak tunggang kuda dengan abang kamu ke?"
"Nak kuda sendiri" balas Fang
"Kau tak nak berkongsi dengan aku?" Kaizo merenung tajam ke arah adiknya
"Tak nak" kata Fang dengan nada kemalasan dia "Nanti abang mesti cari alasan untuk menghukum adik. Baik adik tunggang kuda sendiri daripada kongsi dengan abang"
"Hmm.. bagus.. tapi apa-apa pun, kau tetap akan dikenakan hukuman" Kaizo terus palingkan mukanya ke tempat lain, sebaik sahaja Fang mengamuk kecil di situ
Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Gopal, Yaya dan Ying ketawa kecil di situ tetapi pada masa yang sama, mereka rasa kasihan melihat nasib Fang yang selalu dikena hukuman dari abangnya. Sebanyak mana pun hukuman Kaizo berikan kepada Fang, mereka tetap bersama dan tetap akrab. Tiada siapa yang dapat musnahkan keakraban dua adik beradik itu
"Marilah kita bertolak sebelum matahari terbenam" kata Lynna
Fang rasa mengantuk apabila perjalanan mereka agak jauh dan sekeliling dia hanyalah pokok-pokok sahaja. Pada ketika ini, mereka berada di dalam kawasan hutan. Lynna berada di depan sekali. Dia tidak kelihatan penat ataupun nampak lemah. Dia lebih ceria seperti biasa. Kaizo pula, sudah mula garu-garu tangan dan kaki dia kerana tidak biasa berjalan jauh di dalam hutan sambil menunggang kuda. Gopal sudah kelaparan. Mata dia asyik mencari jikalau ada buah-buah yang lazat boleh dipetik dan dimakan di situ
"Kak Lynna, kita nak ke mana?" tanya Boboiboy
"Kita ke tempat rahsia.. hehee.. sesuatu tempat yang musuh akak tidak akan tahu" jawab Lynna
"Dunia ni memang banyak tempat rahsia ke?"
"Memang banyak, Fang" jawab Lynna lagi "Ada juga yang belum diterokai oleh sesiapa lagi dan ada juga tempat yang kita dilarang masuk kerana tempat itu dijaga oleh makhluk-makluk istimewa yang ada di dunia ini"
"Ohh.. jadi dekat dunia ni ada makhluk yang tak pernah wujud dekat dunia kita?"
"Ada Fang" balas Lynna
"Fairy pun ada?" tanya Ying
"Ada" balas Lynna lagi "Bukan setakat fairy sahaja, unicorn pun ada"
"Wah! UNICORN!" Mata Yaya dan Ying terus bersinar-sinar "Kami nak tengok unicorn boleh?" tanya mereka secara serentak
"Boleh" jawab Lynna
"Bukan ke sekarang ini kita perlu menghalang musuh kita, bukannya nak pergi jumpa unicorn"
"Ala abang ni, lepas kita dah tewaskan musuh kita.. lepas tu kita suruhlah kak Lynna bawa kita pergi tengok unicorn" Kaizo ke depankan kudanya dan lalu dia ketuk kepala adiknya "ABANGGGGGG!"
"Kau pun nak pergi tengok unicorn juga ke? Kau nak jadi macam budak perempuan ke?" kata Kaizo dengan nada serius
"Abang ni!" Fang bersilang tangan dan palingkan mukanya ke tempat lain "Abang ni suka betul rosakkan mood adik"
"Kaizo, biarkanlah kalau dia nak tengok unicorn pun. Apa salahnya. Kau pun sama, jangan nak ketuk kepala dia sesuka hati sahaja"
"Itu adik aku, suka hati akulah nak buat apa" marah Kaizo
Hati Lynna terguris sedikit tetapi dia tidak mahu tunjukkan perasaan sedih dan kecewa itu. Dia hanya tersenyum lemah kepada Kaizo. Tiba-tiba mereka terdengar sesuatu datang dari seseorang. Mereka semua pandang ke arah Gopal
"Err.. hehee.. maaf sebab perut ni dah mula rasa lapar" kata Gopal "Ada tempat yang kita boleh turun makan tak? Kedai yang jual makanan ke, restaurant ke atau gerai-gerai kecil"
"Gopal, Gopal.. lapar yea kamu" Lynna tergelak sedikit "Kejap lagi kita berhenti dekat suatu tempat ni. Dekat situ kamu semua boleh berehat dan isikan perut tu"
"Tak boleh ke kalau kita teruskan sahaja perjalanan ini?" tanya Kaizo
"Kaizo, bagilah dia orang berehat dulu.. jangan terburu-buru sangat"
"Habis tu, kau nak musuh kita serang istana kau sebab kita sudah terlambat" kata Kaizo dengan nada kemarahan dia "Kita tidak boleh melengahkan masa. Kalau lewatkan perjalanan kita, sudah tentu mereka akan menang"
"Hmmm.. baiklah, kalau kau katakan begitu. Aku akan perlahan perjalanan mereka"
"Kau nak buat apa?" tanya Kaizo
"Kau lupa ke.. kita kan berada di dunia aku. Dunia yang penuh dengan muslihatnya" Lynna tadahkan tangannya sambil pejamkan mata. Dia hembus sesuatu yang tiada di tapak tangannya. Dedu-debu berwarna emas-keemasan berterbangan dari tapak tangannya "Mereka akan melalui perjalanan yang agak sukar nanti"
"Err.. apa kak Lynna buat tadi tu?" tanya Yaya
"Itu adalah sumpahan akak kepada mereka... hehee.." Lynna tergelak sedikit "Jangan risau, ianya bukan sumpahan yang buruk. Sumpahan ini adalah sekejap sahaja, bukan untuk selamanya. Apa yang akak berikan kepada mereka adalah untuk perlahan perjalanan mereka dengan rintangan yang mereka bakal hadapi"
"Jadi kita boleh pergi makanlah ni?" kata Gopal dengan penuh semangat "Bolehlah kita makan puas-puas!"
"Boleh Gopal tapi akak tidak tahu berapa lama sumpahan itu akan berterusan. Jadi kita hanya ada masa sekejap sahaja"
"Ok" balas Gopal "Takpe kalau sekejap sahaja.. asalkan dapat makan"
"Baiklah" Lynna pusingkan kudanya "Mari ikut akak!"
"YAHOOOO! MAKAN TIME!"
"TEPUKAN BAYANG!"
Kepala Gopal terus di tepuk oleh kuasa bayang Fang. Selepas itu, dia buat-buat tidak tahu sahaja. Gopal rasa hendak tunjal-tunjal kepala Fang dengan jari gergasi. Dia sabarkan dirinya dan merasai ketenangan dengan bayangkan diri dia sedang makan ice cream chocolate, berserta dengan burger, pizza dan air chocolate Tok Aba. Mereka semua ikut Lynna mengikut jalan yang lain pula. Kali ini mereka memasuki sebuah lembah yang berbukitkan batu. Tiada pokok atau kehidupan lain yang ada di situ. Hanya padang pasir berwarna putih sahaja yang ada sepanjang perjalanan mereka. Laluan itu agak sunyi. Ianya membuatkan Gopal bernyanyi sedikit untuk hilangkan rasa ketakutan di hatinya. Setelah sejam mereka melalui lembah itu, mereka tiba di sebuah perkampungan kecil. Pintu masuk kampung itu adalah sebuah gerbang yang diperbuat daripada kayu. Bunga-bunga dalam pelbagai warna, menghiasi pintu gerbang itu. Bagaikan sebuah laluan untuk masuk ke dalam sebuah taman bunga. Perkampungan itu diduduki oleh makhluk yang bernama Elf. Rupa mereka seperti manusia, telinga mereka agak panjang ke atas. Kulit mereka kelihatan putih seperti orang sakit
"Selamat datang ke perkampungan kami, tuan puteri" kata seorang wanita Elf yang menunggu kehadiran mereka semua
Para adiwira itu turun dari kuda mereka dan masuk ke dalam perkampungan itu. Kuda-kuda para sang wira telah dibawa pergi oleh sekumpulan Elf. Mereka akan dijaga dan diberikan makanan di dalam kandang kuda. Wanita Elf itu tadi menjemput para adiwira masuk ke dalam perkampungan itu. Mata Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying, membulat besar kerana keindahan perkampungan itu. Rumah-rumah penduduk Elf itu telah dibina di atas setiap pokok yang ada di situ. Tangga yang diperbuat daripada besi telah dibina untuk naik ke atas. Terdapat jambatan-jambatan kayu untuk menghubungkan diantara satu rumah ke rumah yang lain. Kaizo begitu kagum sekali. Dia sendiri tidak pernah melihat dunia yang begitu indah dan juga tidak mempunyai teknologi yang canggih seperti dunia dia iaitu dunia alien
"Bagaimana dengan dunia aku? Kau rasa kagumkan" kata Lynna
"Ya, ianya memang menakjubkan" balas Kaizo "Selama ini, aku hanya melihat teknologi-teknologi alien, tetapi tidak pernah melihat dunia yang serba luar biasa. Dunia kau dan aku, sangat berbeza"
"Tapi kak Lynna bukan Elf kan?" tanya Fang secara tiba-tiba
"Bukan Fang, akak bukan Elf. Akak hanya manusia biasa yang mempunyai kuasa luar biasa"
"Hehehe... adik cuma nak kepastian aje" balas Fang sambil tersenyum lebar "Bolehlah adik datang ke sini selalu sebab nak tengok dunia ni lagi"
"Saya pun nak juga datang sini selalu"
"Cheh, kau pun nak sibuk juga" kata Fang kepada Boboiboy
"Ala, tak kan kau seorang sahaja yang boleh pergi sini. Kita orang pun nak tengok dunia ni. Mesti ada pelbagai benda yang menarik lagi"
"Betul tu Boboiboy" kata Yaya "Selain daripada perkampungan Elf, agaknya ada perkampungan apa lagi"
"Perkampungan fairy" balas Lynna "Mereka tinggal di sekitar taman. Fairy ni suka duduk dekat dengan bunga-bunga yang segar-megar. Dia orang juga suka menyanyi secara beramai-ramai"
"Selain tu, apa lagi kak Lynna?" tanya pula Ying kali ini
"Selain itu... mereka suka barang kemas seperti rantai, gelang, subang dan juga tiara. Semuanya dihasilkan daripada bunga-bunga yang ada di taman itu"
"Wah! Macam menarik aje. Teringin nak tengok taman fairy tu"
"Samalah macam aku juga, Yaya. Mesti seronok dapat bermain dengan fairy"
"Kak Lynna, naga wujud tak dekat dunia ni?" tanya Boboiboy
"Wujud" balas Lynna "Tapi naga ni bahaya.. susah nak dikawal. Hanya orang tertentu sahaja yang dapat mengawal naga itu. Ada juga setengah manusia di dunia ni dapat berubah menjadi naga"
"Woah, mesti orang tu garang sebab dia tu kan naga"
"Takdelah Gopal. Orangnya baik" kata Lynna yang sudi menjawab pertanyaan mereka semua "Tapi agak jarang melihat orang itu kerana sebaik sahaja dia berubah menjadi naga, emosi dia tidak dapat dikawal dengan baik"
"Dasyat juga yea"
"Betul tu Fang, memang dasyat. Dunia fantasy ni ada juga peraturannya seperti akak juga. Akak tidak boleh menggunakan kuasa akak untuk kepentingan diri sendiri. Kalau tidak, akak akan terima akibatnya. Kuasa akak hanya digunakan untuk menolong orang" jelas Lynna "Tak semua magic di dunia ini adalah baik, ada yang jahatnya juga. Kuasa jahat itu kita panggil black magic"
"Tapi aku ada dengar juga, black magic ini lebih kuat daripada kuasa kebaikan"
"Ya, apa yang kau katakan itu, memang betul Kaizo" Lynna teruskan berkata lagi "Memang susah untuk hapuskan black magic ni tapi kita semua tidak boleh mengalah. Dengan gabungan kuasa-kuasa kami semua, black magic itu dapat dihapuskan juga"
"Kak Lynna pernah tak jadi jahat?" tanya Fang secara tidak langsung
"Dey, yang kau tanya begitu kenapa?"
"Ala, aku nak tahu aje" balas Fang kepada Gopal
Lynna tersenyum sedikit kepada mereka. Dia mula teringat balik kenangan dia pada suatu ketika dahulu. Diri dia pernah menjadi jahat tetapi itu bukan kemahuan dia. Itu semua adalah kerja musuh-musuh dia yang cuba mengubah dirinya kepada jahat. Kawan-kawan dia yang berusaha untuk dapatkan diri dia balik. Tanpa mereka, tidak mungkin dia akan berada di sini bersama Kaizo, Fang dan kawan-kawan mereka
"Pernah" balas Lynna. Dia duduk di atas batu besar yang bentuknya seperti kerusi "Masa tu akak sudah tamat zaman persekolahan"
Mereka duduk di atas batu masing-masing. Ianya seperti sebuah bulatan dan di tengah-tengah itu terdapat sebuah umbun api. Mata Lynna melihat langit gelap yang dihiasi dengan bintang-bintang berkelipan di angkasa. Boboiboy rasa pelik, bukan ke sekarang ini waktu siang? Bagaimana waktu sudah menjadi singkat pula? Dia mula garu-garu kepalanya kerana rasa hairan
"Hehehe.. kamu mesti rasa pelik sebab tiba-tiba aje waktu berubah menjadi malam" Lynna mula bercerita "Sebenarnya memang waktu sekarang ini adalah siang tetapi kita sudah pun berada di dalam sebuah kubah. Langit yang kamu nampak adalah sebahagian magic yang terdapat pada permukaan dinding kubah itu"
"Sangat menakjubkan" Yaya rasa kagum berada di perkampungan Elf itu
"Kubah itu juga boleh melindungi mereka semua ke?" tanya Kaizo dengan nada serius dia
"Boleh. Agak jarang juga musuh berjaya memasuki kawasan ini kerana kawasan perkampungan ini mempunyai perlindungan yang tinggi. Musuh yang datang dari langit pun tidak akan menjumpai perkampungan Elf ini" jelas Lynna lagi "Di dalam perkampungan ini juga terdapat sebuah kolam air yang mempunyai kuasa tersendiri"
"Kuasa apa tu, kak Lynna?" Gopal mula bersemangat "Adakah kuasa dia dapat memulih luka-luka yang ada pada diri ke? atau kuasa yang dapat berikan kita kekuatan luar biasa?"
"Hehehe.. bukan Gopal" Lynna tersenyum apabila seorang wanita Elf menghidangkan mereka dengan beberapa buah-buahan "Nanti akak akan bawa kamu ke air kolam itu"
"Agaknya, apa kuasa air tu yea" fikir Boboiboy
"Entahlah" bisik Fang sambil mendongak ke langit
Pemikiran Fang sudah melayang jauh ke dalam alam semestar. Dia tidak sangka dia kini berada di dunia yang dia sebelum ini tidak pernah fikirkan. Alangkah indahnya jikalau dia dapat ceritakan pengembaraan dia di sini kepada ibu bapa dia. Mesti mereka rasa risau ataupun bangga ataupun gembira dengan pengembaraan dia. Entah, dia tidak tahu apa yang ibu bapa dia akan katakan nanti. Kaizo pegang tangan adiknya. Dia seperti tahu apa yang adik dia sedang fikirkan pada ketika itu. Fang melihat abangnya dan terus berikan senyuman kecil kepada abangnya. Fang rasa bersyukur kerana dia dapat berkongsi pengalaman ini bersama abangnya
Selepas sahaja mereka habis berjamu selera, Lynna membawa mereka ke satu tempat yang agak jauh sedikit. Mereka lalu tempat-tempat anak-anak kecil sedang belajar memanah. Anak-anak kecil itu begitu gigih sekali dan setiap kali mereka lepaskan anak panah mereka, anak panah itu akan terkena tepat pada sasarannya. Fang dan Boboiboy begitu kagum sekali dengan kemahiran mereka. Seterusnya mereka lalu di sebuah sungai kecil. Sungai itu mengalir terus ke sebuah kolam besar. Terdapat air pancut yang terletak pada tengah kolam itu. Serangga kelip-kelip berterbangan di atas permukaan air itu
"Itu ke kolam yang kau katakan tadi?" tanya Kaizo
"Yea, inilah kolamnya" balas Lynna
"Kita orang boleh minum ke air ni?"
"Boleh Gopal tapi nanti kamu akan rasa kenyang selepas itu"
"Erk!" Terkeju Gopal "Kalau tak makan apa-apa, minum air ni.. terus rasa kenyang?"
"Ha ah, itu adalah salah satu keistimewaan air ini" Lynna melutut di depan air kolam itu "Selain itu, ianya dapat membaca isi hati kita"
Fang melihat air kolam itu. Imej dia keluar di di permukaan air kolam tersebut tetapi imej dia telah ditemani oleh dua orang yang dia sudah lama tidak nampak. Fang rasa terharu dapat melihat wajah mereka. Wajah ibu kelihatan lembut dan ayu. Manakala ayah dia, tidak nampak begitu garang. Mereka memeluk dan membelai Fang sebagai tanda kasih sayang mereka kepada anaknya
"Itu ibu dan ayah kau?"
"Yea Boboiboy, itu ibu dan ayah aku" Fang tidak mahu imej itu pudar dari permukaan air itu "Aku rindukan mereka"
"Cantik betul ibu kau"
"Terima kasih Yaya" balas Fang "Hanya melihat gambaran ini sahaja, ianya sudah membuat hati ku gembira"
"Tapi.. apasal abang takde dalam tu?" tanya Kaizo dengan seriusnya
"Err.. maaf abang.. hehehee" Fang tersengih "Tapi abang janganlah marah adik"
"Tak, abang tak marah pun" Kaizo mengusap kepala adiknya "Aku tahu apa yang terbuku di dalam hati kau tu. Masa kau kecik dulu, kau tidak sempat untuk bersama mereka dengan lama. Kau pun tak berapa ingat sangat kenangan kau bersama mereka"
"Betul tu abang.. adik memang tak ingat" Fang mengusap air matanya sedikit "Adik nak bayangkan wajah mereka pun, makin lama makin samar tapi bila abang tunjukkan gambar mereka, barulah mereka kelihatan jelas di pemikiran adik"
"Apa yang Fang selalu bayangkan?" tanya Lynna yang berada di sebelah Fang
"Fang selalu bayangkan ibu dan ayah belai Fang dengan penuh kasih sayang. Kadang-kadang tu Fang cuma nampak tubuh badan mereka sahaja, wajah mereka.. seperti samar-samar sahaja. Apa yang Fang bayangkan memang tidak sama apa yang kita rasai tapi Fang tak dapat rasa itu semua. Bagaimana suara mereka pun, Fang tak tahu sangat" Mata Fang asyik memerhatikan wajah ibu dan ayah dia. Mereka berdua bergurau senda benda imej Fang yang ada di dalam air itu "Hanya sekadar melihat sahaja, ianya sudah membuat hati Fang inginkan lebih yang itu. Mahukan benda yang sebenarnya tetapi tidak mungkin itu akan berlaku"
"Akak faham apa yang Fang mahukan tapi malangnya, kita tidak mempunyai kuasa untuk hidupkan mereka semula. Kalau ada pun, cuma dapat kembalikan roh mereka sahaja untuk bertemu dengan Fang"
"Kak Lynna boleh buat begitu?" tanya Boboiboy dengan perasaan ingin tahu
"Boleh tapi.. ianya dapat kembalikan roh itu hanya satu kali sahaja" jelas Lynna "Jadi Fang kenalah pilih masa yang sesuai untuk bertemu dengan mereka"
"Terima kasih kak Lynna" Fang terus memeluk Lynna
Yaya dan Ying menangis kerana rasa terharu tetapi pada masa yang sama, mereka rasa sedih kerana Fang tidak dapat merasai kasih sayang dari ibu bapanya. Gopal melindungi mukanya kerana dia tidak mahu rakan-rakan dia melihat diri dia sedang menangis. Boboiboy hanya mampu tersenyum kecil sahaja. Dia faham dengan perasaan Fang. Dia juga merindui ibu bapa yang kini berada jauh di negara lain. Ayah dia bekerja sebagai seorang duta dan ibu dia terpaksa ikut. Tinggalah Boboiboy di Pulau Rintis bersama Tok Aba. Apa yang bezakan ibu bapa mereka adalah, Boboiboy masih lagi dapat merasai kasih sayang mereka. Manakala Fang pula, dia tidak dapat merasai belaian manja dari ibu bapanya. Kaizo menjadi tempat untuk Fang mencari kasih sayang itu
"Tapi.. boleh tak kalau Fang tak nak sekarang"
"Aik, kenapa pulak Fang?" tanya Boboiboy
"Sebab kalau aku pilih sekarang, nanti aku tak dapat jumpa mereka lagi selepas ini" balas Fang "Tak pun kak Lynna sendiri buat kejutan untuk Fang"
"Boleh.. kak Lynna akan buat apa sahaja untuk Fang"
"Terima kasih kak Lynna, Fang tak tahu macam mana nak balas nanti"
"Kau jangan buat nakal dekat dia sudah" kata Kaizo "Dia yang banyak bantu kita berdua. Biarlah kita balas untuk bantu dia"
"Ala, mula-mula tadi abang yang tak masuk campur dalam hal dunia kak Lynna, sekarang ni.. tiba-tiba aje nak suruh kita bantu dia" Berkerut-kerut dahi Kaizo dengan ayat sadis dari adiknya "Abang juga yang ragu-ragu dengan dunia kak Lynna.. hehehe"
"Kau nak kena dengan pedang tenaga aku ke?"
"Tak nak abang ku yang macho" Fang berkelip-kelipkan mata dia kepada abangnya "Abang tak nak ke tengok apa yang ada di dalam hati abang tu?"
"Tak nak, nanti kau juga yang nak menyibuk sekali" balas Kaizo. Dia terus beredar dari situ untuk pergi melihat pokok-pokok luar biasa yang ada di dalam taman itu
"Apa-apalah abang ni" bisik Fang "Kak Lynna, kita tidur sini ke malam ni?"
"Hmmm.. rasanya tidak tapi kami semua boleh rehat sebentar di sini sebelum kita bergerak semula"
"Kalau macam tu, aku nak makan lagi! kata Gopal sambil keluarkan sebiji apple merah dari poket seluarnya "Hehee... yelah, nak bagi tenaga semula"
"Bukan tadi kau dah makan ke?"
"Itu tadi Boboiboy, sekarang ni lain" Gopal berikan gigitan kecil kepada apple merahnya "Rasa apple ni manis. Kau nak rasa tak?"
"Err.. takpelah Gopal" Boboiboy tersengih kepada kawan baik dia
"Hah, kalau nak lagi manis.. apa kata Gopal letak madu. Perkampungan Elf ni terkenal dengan madu mereka. Paling popular sekali ialah roti madu" Lynna membawa mereka ke sebuah taman kecil yang sudah tersedianya roti madu dan juga sebotol madu "Di sini tempat untuk kita berehat"
Taman itu mempunyai beberapa selimut lembut yang sudah tersedia untuk mereka. Sebaik sahaja mereka duduk bersila untuk menjamu selera kali kedua. Taman kecil itu naik ke ruang udara secara tidak langsung. Mereka terkejut dan tidak pernah merasai betapa hebatnya dunia fantasy ini. Kaizo hanya duduk diam sahaja sambil menikmati roti madu itu. Sebaik sahaja mereka tiba di bahagian atas pokok, mereka dapat melihat bintang-bintang berkelipan di kubah itu secara jelas. Kanan dan kiri mereka sudah tersedianya bilik kecil untuk mereka beristirehat
"Jemput makan semua" kata Lynna
"Kau tak nak makan?" tanya Kaizo sambil menghulurkan sekeping roti madu kepada Lynna
"Terima kasih Kaizo tapi aku perlu berbincang dengan ketua Elf di sini" Lynna mengambil roti itu dari tangan Kaizo "Kau duduk sahaja di sini. Nanti aku akan kembali"
"Kalau aku ikut sekali boleh?"
"Kalau aku tak bagi, kau akan tetap ikut juga" Lynna terlalu faham sangat dengan sifat degil Kaizo. Lalu dia benarkan pemuda kacak itu mengikut dia sekali "Kamu semua duduk di sini ok, akak dan abang Kaizo ingin berjumpa ketua Elf"
"Baik kak Lynna!" jawab para adiwira
Yaya dan Ying berikan selimut tadi kepada kawan-kawan mereka yang lain. Lynna membawa Kaizo ke tempat lain. Mereka perlu melintas sebuah jambatan untuk terus ke sebuah istana pokok yang indah permai. Pintu istana itu dibuka secara tidak langsung. Mereka berdua masuk ke dalam untuk bertemu dengan ketua penduduk Elf itu. Para adiwira sibuk menikmati roti mereka. Fang baring di atas rumput hijau itu sambil makan sekeping roti madunya. Dia melihat bintang-bintang berkelipan itu dan lalu terbayangkan ibu bapanya ada di angkasa lepas sambil memerhatikan dia dan abangnya setiap hari. Semakin lama, semakin berat matanya. Lalu dia tertidur di dalam taman itu
"Bagaimana dengan keadaan musuh kita?"
"Tadi dia beritahu, semburan yang aku bagi membuatkan keadaan mereka di dalam huru-hara tetapi akhirnya mereka dapat mengawal keadaan itu"
"Jadi.. kita tidak boleh melengahkan masa di sini?"
"Yea Kaizo. Nampaknya kita perlu cepat dan halang mereka"
"Kalau begitu, aku pergi kejutkan mereka semua"
"Baiklah" kata Lynna "Aku akan bersiap-siap. Kita sudah tiada masa lagi"
Fang terdengar perbualan mereka tadi. Dia hanya terlena dalam beberapa minit sahaja. Perbualan mereka yang membuatkan Fang terjaga dari tidurnya. Kawan-kawan dia yang lain sudah tertidur di dalam taman kecil itu. Lalu dia bangunkan dirinya
"Kau sudah bangun?"
"Yea.. adik terdengar perbualan abang dengan kak Lynna tadi"
"Jadi kau tahu kita perlu bergerak sekarang" Fang mengangguk kepalanya kepada Kaizo "Kejutkan kawan-kawan kau. Biar aku kemaskan barang-barang kau ni" Kaizo terus mengutip beberapa roti yang masih ada di dalam pinggan besar dan lalu dia simpan di dalam beg adiknya
Fang pergi kejutkan Boboiboy dan Gopal terlebih dahulu. Agak sukar untuk kejutkan Gopal kerana dia sudah jauh terlena di dalam mimpi indahnya. Fang fikir samada dia mahu tendang si Gopal atau jirus sahaja dengan air, ataupun dia tinggalkan sahaja si Gopal tu di sini. Boboiboy sudah pun terjaga, dia mengosok matanya sedikit. Dia melihat Fang sedang cuba mencubit lengan bahu Gopal
"Fang, kau nak buat apa tu?"
"Aku nak kejutkan si Gopal ni. Aku kejutkan dia, langsung dia tak nak bangun"
"Hmm.. kau letak aje makanan depan muka dia, nanti dia bangunlah tu" balas Boboiboy sambil menguap besar "Yaya dan Ying kau sudah kejutkan ke belum?"
"Belum.. tak berani aku nak kejutkan dia orang" kata Fang sambil mencari makanan yang ada di dalam taman itu "Dia orangkan budak perempuan.. tak pasal-pasal nanti aku kena tendang dengan si Yaya tu. Tak pun aku kena bebel dengan dia nanti"
"Kalau begitu, kau suruh sahaja kak Lynna yang kejutkan mereka"
"Ok.. hah! Jumpa pun sebiji apple dalam poket dia.." Fang keluarkan apple merah itu dari poket seluar Gopal "Dia ni tadi pergi ambik berapa banyak apple?"
"Entahlah" balas Boboiboy
Fang letakkan apple merah itu di bawah lubang hidung Gopal. Lalu dia terfikir, bau apple ni kuat ke tak? Boleh ke ianya dapat kejutkan Gopal? Fang tidak begitu yakin sangat, dia terus kepitkan hidung Gopal selama beberapa saat. Bibir dia sudah tersenyum sinis sambil melihat berapa lama Gopal dapat bertahan. Boboiboy hanya memerhatikan sahaja. Dia tahu perbuatan itu agak kejam sedikit tetapi ini adalah salah satu cara untuk kejutkan orang. Mata Gopal terus terbuka luas
"DEY! APASAL KAU TUTUP HIDUNG AKU!" Gopal lepaskan tangan Fang dari hidungnya
Yaya dan Ying terjaga dari tidur mereka kerana jeritan Gopal tadi. Mereka berdua menguap kecil. Kedua gadis itu mula gelengkan kepala selepas sahaja melihat Gopal sudah diikat pada pokok oleh Fang sendiri. Gopal menjerit-jerit kepada Boboiboy, supaya lepaskan ikatan dia. Fang pura-pura tidak dengar jeritan itu. Dia malas hendak lepaskan Gopal dari ikatan kuasa bayangnya. Boboiboy terus tepuk kepala Fang
"Wei, apasal kau tepuk kepala aku?" marah Fang
"Lepaskanlah dia sebelum abang kau menjerit dekat kau" Boboiboy marah balik kepada Fang
"Hmmm... yelah yelah" Fang agak malas kau hendak mendengar abangnya menjerit. Jeritan Kaizo lebih dasyat daripada yang biasa "Disebabkan kau mempunyai seorang kawan yang baik.. aku akan lepaskan kau"
"Kawan yang baik, maksud kau Boboiboy lah kan" kata Gopal yang sudah dilepaskan dari ikatan Fang tadi "Yelah, kau tu bukannya baik sangat pun. Asyik nak cari pasal dengan orang aje" Dia sahaja hendak perli Fang
Fang mula hendak menyerang Gopal balik tetapi Boboiboy dengan pantasnya, dia tenangkan Fang. Dia terus tunjukkan sekuntum bunga yang dia kutip di atas rumput hijau. Bunga itu mengeluarkan bau yang amat harum sekali. Hati Fang terus tenang dan pemikiran dia terus melayang ke tempat lain. Dia lupa tentang menyerang Gopal
"Boboiboy, hati-hati dengan bunga itu" Lynna muncul di sebelah Boboiboy
"Kenapa kak Lynna?"
"Bunga ini akan membuat seseorang lupakan tentang masalah dunia. Pemikiran dia akan hanya tertumpu kepada sesuatu yang menarik" jelas Lynna
"Donut lobak merah" bisik Fang dengan air liur sudah meleleh keluar
"Contohnya sekarang.. hehehe" Lynna tergelak kecil melihat gelagat Fang seperti seorang bayi kecil mendapat sesuatu
"Ohhh... bolehlah kutip bunga ni banyak-banyak. Boleh tenangkan si Fang kalau dia nak mengamuk" Boboiboy tersenyum sinis sambil melihat Fang "Tapi bukan untuk kejahatan. Ini adalah untuk kebaikan Fang juga"
"Yelah, kalau aku.. aku nak balas dendam setiap perkara yang dia buat dekat aku.. hehehe" Gopal mengosok-gosok kedua tapak tangannya
"Kau nak balas dendam dekat adik aku?" Gopal terus menggigil kerana takut dengan suara garang Kaizo "Jangan nak bermain lagi, kita harus bergerak sekarang juga"
"Baik abang Kaizo" kata Boboiboy
"Kak Lynna, kita nak ke mana lepas ni?" tanya Yaya sambil memakai beg dia
"Kita ikut jalan yang mungkin akan bertembung dengan musuh kita tapi... kita akan menyerang mereka secara mengejut" kata Lynna
"Jangan risau kak Lynna, saya akan tukar segala senjata mereka menjadi makanan.. hehehe.. lepas tu Boboiboy akan berpecah kepada tujuh dan dia akan kalahkan mereka dengan kuasa-kuasa element dia" Gopal tepuk bahu Boboiboy dengan perasaan bangganya "Kita akan menang dan kami akan kembalikan kuasa kak Lynna"
"Hehee... terima kasih, Gopal" Lynna tersenyum sedikit. Dia suka dengan semangat yang ada pada diri Gopal
"Kau jangan nak terlampau yakin sangat dengan rancangan itu. Apa-apa sahaja boleh berlaku nanti" kata Kaizo dengan suara tegasnya "Kamu semua jangan kelam-kabut sangat apabila kita di serang oleh musuh. Berjaga-jagalah sepanjang perjalanan kita nanti"
"Baik abang Kaizo!" kata Yaya dan Ying secara serentak
"Ayuh.. kita bergerak" Kaizo memakai beg adiknya "Macam mana kita nak turun dari sini?" Dia mencari sebuah tangga yang membolehkan mereka turun dari taman kecil itu "Lynna, suruh sesiapa turunkan kami"
"Errr... ok" Lynna tersengih sedikit
Sebelum dia bergerak, seorang lelaki tua yang berambut panjang berwarna putih, datang ke taman kecil itu dengan beberapa botol air. Lelaki tua itu adalah ketua Elf di perkampungan itu
"Kami di sini ingin berikan air dari sungai kami" Ketua Elf itu berikan botol-botol air itu kepada Lynna "Jikalau kamu semua kehabisan tenaga, minumlah sedikit. Ianya dapat kembali sedikit tenaga. Berjuanglah kamu semua. Berjuanglah demi dunia ini. Jangan biarkan kejahatan menguasai dunia yang istimewa ini"
"Terima kasih. Kami sangat hargai dengan pemberian air ini" kata Lynna dengan sopannya
"Berhati-hatilah wahai puteri" Lelaki Elf merenung tajam ke dalam mata Lynna. Dia seperti nampak sesuatu yang sangat indah "Masa depan kau sangat cerah. Jaga diri kau baik-baik tuan puteri. Sehingga kita bertemu lagi"
Kaizo, Lynna dan para adiwira sudah mula bergerak keluar dari perkampungan Elf. Kali ini, mereka mengikuti jalan yang lain. Lynna membawa mereka terus masuk ke dalam hutan. Dia sedang berusaha mencari jalan keluar dari hutan gelap itu. Bunyi-bunyi burung hantu dan burung gagak membuatkan keadaan menakutkan sedikit. Gopal asyik memandang belakang sahaja. Dia takut jikalau ada benda mengekori mereka. Boboiboy beranikan diri untuk mengharungi hutan tebal itu. Yaya dan Ying berdiam diri sahaja sambil melihat keadaan di bahagian kiri dan kanan mereka. Fang menggenggam erat tali kuda itu supaya dia tidak terjatuh dari kudanya. Kaizo seperti biasa, dia tidak pernah rasa takut di dalam mana-mana situasi sekali pun. Dia memang seorang yang berani menghadapi apa-apa keadaan. Selama sejam mereka merempuh hutan tebal itu, akhirnya mereka dapat keluar dari hutan itu dalam keadaan selamat
"WAH! CANTIKNYA!"
Rumput-rumput hijau terbentang luas di kawasan lapang itu. Ianya bagaikan sebuah permaidani yang sudah dilemparkan di atas permukaan bumi. Tiada pokok ataupun bunga yang ada di situ tetapi mereka boleh nampak gunung-ganang berdiri dengan gahny. Mereka teruskan berjalan di kawasan lapang itu. Mereka lalu di sebuah tapak peninggalan istana lama. Sebahagian daripada istana itu musnah akibat peperangan yang terjadi pada suatu ketika dahulu
"Mesti lawakan istana ni dulu" kata Boboiboy
"Malangnya, akak tak tahu bagaimana rupa sebenarnya istana ini tapi akak dapat bayangkan istana itu cantik dan di kelilingi dengan bunga" balas Lynna
"Kak Lynna..."
"Yea Fang, kamu nak apa?"
Fang terus menunggang kudanya maju ke depan untuk bertanyakan sesuatu kepada Lynna. Dia senyap seketika sambil melihat Lynna. Selepas itu baru dia bertanyakan soalannya. Kaizo memasang telinga untuk mendengarkan perbualan mereka berdua nanti
"Hmm... tadi Fang nampak orang tua tadi tu, macam nampak sesuatu dari kak Lynna"
"Maksud Fang?" Lynna perhatikan wajah Fang
"Dia macam nampak masa hadapan kak Lynna. Dia pun ada kuasa macam kak Lynna.. apa nama kuasa tu?"
"Kuasa premonition"
"Hah, kuasa tu.." Fang terus tersenyum sedikit "Jadi, dia boleh nampak masa hadapan kak Lynna dan sudah tentu kak Lynna boleh lihat masa depan kak Lynna macam mana kan"
"Boleh tapi ianya menggunakan kuasa yang sangat kuat. Malangnya kuasa akak tidaklah sehebat orang tua itu" Lynna diam seketika. Lalu dia berkata lagi "Akak hanya boleh lihat apa yang akan berlaku nanti bukan yang akan berlaku dalam masa 2 3 tahun kemudian. Maksudnya, macam apa akan berlaku 1 jam kemudian atau keesokannya tapi Fang kena ingat, kuasa premonition akak ni bukan dibawah kawalan akak sendiri. Dia akan datang dengan sendirinya"
"Hebat ke tak hebat ke, akak tetap nampak hebat di mata Fang sendiri"
"Jangan cakap kuat-kuat, nanti abang kamu pula yang cemburu.. hehehe" Lynna tergelak sedikit
"Aku nak cemburu?" Kaizo terus muncul di sebelah kanan Lynna "Aku tak rasa aku nak cemburu sebab aku tahu, dia sama kuat dengan aku"
"Yelah tu abang" Fang terus jelingkan lidahnya kepada abang dia
"PANG!" menjerit Kaizo "Kau nak kena dengan aku ke?"
"Tak nak! HAHAHAHAA!" Fang majukan kudanya ke hadapan
"Seronok betul si Fang tu" kata Lynna sambil melihat Fang bermain-main dengan kudanya
"Hmmm.. dia tu nampak macam orang tak pernah keluar dari rumah" jawab Kaizo dengan nada seriusnya "Aku sebenarnya tidak pernah pergi mengembara dengan menunggang seekor kuda. Selalunya aku hanya mengembara dengan menaiki kapal angkasa aku sahaja"
"Jadi ini adalah pengalaman pertama kau"
"Yea" balas Kaizo "Di planet lain pun, memang semuanya sangat indah tetapi ianya tidak dapat menandingi keindahan di sini"
"Aku suka datang ke dunia ini kerana alam semulajadinya tetapi disebabkan aku ada kehidupan aku di dunia sana, jadi aku amat jarang sekali datang ke sini. Kalau aku datang pun, itu pun kerana urusan lain seperti menentang musuh"
"Mungkin suatu hari nanti kau dapat datang ke sini lagi untuk berehat" balas Kaizo
"Mungkin" Lynna tersenyum kecil "Mungkin aku akan bawa kau dan adik kau ke sini juga"
"Jangan lupa kami sekali" Boboiboy menyampuk perbualan Kaizo dan Lynna "Kami pun nak juga merasai percutian di sini"
"Boleh, akak tidak akan halang kamu semua.. hehe.." Lynna melihat ke depan
Mereka sudah sampai di sebuah bukit kecil yang mempunyai batu-batu besar. Lynna terus menunggang kudanya untuk naik ke bukit itu. Di bawah bukit itu, terdapat sebuah lereng bukit yang penuh dengan batu. Gopal sudah mula garu-garu badannya yang melekit itu. Panas terik membuatkan para adiwira rasa dahaga. Tekak masing-masing sudah mendahagakan air. Yaya memberikan botol air dia kepada Ying. Botol-botol air mereka semua, ada di dalam beg Yaya
"Abang.. kalau adik terbang aje, boleh ke?" tanya Fang sambil mengibas-gibas pergelengan tangannya kerana panas
"Kau nak terbang?"
"Yelah, adik boleh keluarkan helang bayang adik. Bolehlah adik pantau dari bahagian udara"
"Betul juga kata Fang tu" kata Boboiboy "Macam mana kak Lynna, boleh tak kita orang berdua terbang. Saya gunakan kuasa saya dan Fang, gunakan kuasa bayang dia"
"Ha ah, manalah tahu kita orang boleh nampak musuh-" Sebatang anak panah meluru ke arah kuda Yaya. Kuda itu terkejut dan terus berdiri. Ianya membuatkan Yaya terjatuh di atas tanah. Badan dia hampir terkena batu besar
"YAYA!" Ying cepat-cepat turun dari kudanya untuk menolong kawan baik dia
Kuda Yaya sudah melarikan diri kerana takut dengan serangan tadi. Kaizo dan Lynna memandang ke arah kiri dan kanan mereka. Satu lagi batang anak panah datang dari arah belakang. Ianya terus menghala ke arah Lynna. Fang dengan pantasnya, mengeluarkan pelindung bayang untuk melindungi mereka semua. Ying membantu Yaya untuk berdiri. Kaki Yaya ada sedikit luka. Tubuh badan dia tiada apa-apa kecederaan
"Siapa yang serang kita tadi tu?" tanya Kaizo sambil keluarkan pedang tenaganya
"Dia orang dah sampai ke?" Gopal menggigil ketakutan
"Fang, jaga pelindung bayang ini dengan baik. Akak mahu pergi melihat siapa yang menyerang kita tadi"
"Aku ikut kau sekali" kata Kaizo
Lynna tidak membantah. Dia keluarkan pedangnya dan menggenggamkannya secara erat. Kaizo dan Lynna turun dari kuda mereka dan terus keluar dari pelindung bayang Fang. Secara berhati-hati, mereka bergerak secara perlahan. Mata mereka tidak henti-henti meninjau kanan dan kiri mereka. Kaizo terus pusing kebelakang kerana dia seperti dapat rasakan ada orang memerhatikan mereka. Dia melompat apabila sebatang anak panah meluru ke arah dia. Tiba-tiba datangnya beberapa orang lanun untuk menyerang mereka
"SERANG MEREKA!" kata salah seorang lanun
"Siapa mereka ni?" tanya Kaizo sambil mengawal pedang dia untuk berlawan dengan salah seorang lanun
"Mereka adalah lanun darat" kata Lynna. Dia melibas pedangnya dengan begitu pantas sekali "Dia orang ni suka curi harta karun dari kampung-kampung kecil dan juga dari orang yang sedang dalam pengembaraan"
"Pandai betul tuan puteri ni. Tak sangka pula dia boleh ada di sini dengan kawan-kawan dia" Seorang lanun tersenyum sinis dengan dua batang giginya tiada "Jikalau kami dapat tangkap tuan puteri ini, sudah tentu kami akan jual kepada orang-orang yang kaya-raya. Mungkin juga kepada musuh tuan puteri sendiri"
"Jangan harap!" Lynna melompat sambil mencantas tangan orang itu sehingga putus. Dia berpusing untuk menghalang serangan dari belakang "Makin ramailah pulak"
Memang betul kata Lynna tadi. Semakin ramai lanun lari ke arah mereka dengan pedang dan kapak di tangan masing-masing. Kaizo menggunakan kuasa tolak tenaganya untuk menghalau mereka dari situ tetapi lanun-lanun itu tidak berhenti menyerang. Fang yang masih lagi berada di dalam kubah pelindung bayang dia, sudah tidak boleh berdiam diri. Dia kena pergi menolong mereka berdua
"Fang, kau jaga Yaya dan Ying di sini. Biar aku dan Gopal pergi tolong mereka" kata Boboiboy
"Wei, aku pun boleh tolong juga maaa.." marah Ying
"Korang berempat pergi aje. Aku dapat melindungi diri aku sendiri" kata Yaya "Lagipun kaki aku luka sedikit sahaja. Aku boleh aje terbang"
"Betul ke kau tak apa-apa?" tanya Boboiboy
"Betul" Yaya terapungkan diri dia sedikit "Aku tak nak kita hanya melihat mereka berlawan sahaja. Kita kena bantu"
"Aku nak bantu abang aku. Bersiap sedia semua?"
Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying mengangguk kepala mereka. Fang menarik nafas dan terus hilangkan pelindung bayang dia. Lanun-lanun itu tersenyum sinis apabila para adiwira sudah pun muncul di gelanggang lawan. Mereka serbu dan menyerang para adiwira itu. Boboiboy bertukar menjadi Boboiboy Halilintar. Gopal dengan perasaan takutnya, dia menukar kapak dan pedang mereka menjadi makanan seperti biskut, roti, chocolate dan bermacam-macam lagi
"Ohh.. mereka mempunyai kuasa rupanya" kata salah seorang lanun berambut botak di tengah kepala
"Kenapa? Takut ke?" Tiba-tiba sahaja Gopal kembali menjadi berani
"Tak takut" Lanun itu keluarkan parang dia. Badan Gopal terus menjadi lemah selepas dia melihat parang tajam itu "SERANG MEREKA! RAMPAS HARTA MEREKA!"
"KUASA SLOW MO!"
"KUASA APUNGAN GRAVITY!" Yaya menggunakan kuasanya untuk mengapungkan lanun-lanun itu
"TETAKAN HALILINTAR!"
Seorang demi seorang terkena renjatan elektrik dari Boboiboy Halilintar. Fang mengikat lanun-lanun itu dan lalu dia melempar mereka semua jauh dari tempat itu. Semakin ramai mereka kalahkan, semakin ramai pula yang muncul. Serangan dari udara mula muncul. Beberapa anak panah datang ke arah mereka. Ying tidak berputus-putus menggunakan kuasanya untuk perlahankan kelajuan anak panah tersebut. Yaya terbang dan musnahkan satu demi satu anak-anak panah itu. Gopal pula, dia menukarkan anak panah itu menjadi makanan
"Isk, dia orang ni macam makin ramai pulak" Fang membalas balik serangan dia dengan tolakan bayang
"Pang, kau tak apa-apa?" Kaizo muncul di situ dengan pedang tenaganya melibas-libas ke atas dan ke bawah. Dia menghalang setiap serangan dari pihak lawannya
"Adik ok tapi dia orang ni..." Fang tunduk dan berikan satu serangan kepada lanun yang sedang berlawan dengan abangnya "SERANGAN BAYANG!" Lanun itu terpelanting kebelakang
Lynna melompat dan berikan tendangan dia kepada salah satu lanun tersebut. Dia membuat aksi melompat kebelakang dengan melakukan balik kuang untuk bersama dengan para adiwira tersebut. Kini dia sudah berada dengan mereka tetapi lanun-lanun itu telah pun mengepung Kaizo, Lynna dan para adiwira. Jalan untuk selamatkan diri mereka adalah bertarung ataupun terbang ke udara
"Kaizo, kita kena cari jalan keluar"
"Tapi bagaimana? Setiap kali kita kalahkan si lanun-lanun ni, mereka akan datang balik" kata Kaizo kepada Lynna "Adakah ini salah satu kuasa mereka? Mati hidup balik?"
"Tak mungkin.. aku rasa tak begitu" Lynna menggenggam erat pedangnya
"Jadi, kita terpaksa menghadapi mereka sehingga lanun-lanun ni mengalah"
"Abang jangan cakap aje.. entah-entah kita yang kalah dulu" Kaizo pijak kaki adiknya "ABANG!"
"Fang, kau janganlah cakap macam tu.. kita kena yakin. Kita tidak boleh mengalah" Boboiboy mengangkat tangan kanannya. Jam kuasa dia mula keluarkan sebuah pancaran cahaya "Aku akan kalahkan mereka dengan menggunakan kuasa terkuat aku"
"BERHENTI!"
Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Kaizo dan Lynna terus memandang ke atas untuk melihat siapakah yang menjerit tadi
to be continued...
Adeh.. lama juga author nak siapkan chapter ni.. maaf semua! T_T
Hehehe... jumpa lagi!
-Sayonara-
