Sebaik sahaja balik dari pasaraya, Fang dan BoBoiBoy duduk kepenatan. Barang yang dibeli telah doletakkan di atas meja kokotiam BoBoiBoy dan Tok Aba itu. Sebenarnya. tadi Fang menolong BoBoiBoy untuk membeli barang keperluan rumah dan kedai. Itu pun sebab dia ingin lari dari latihan tempur tahap sadis abangnya itu. Shara, Aliya dan Abang Aiman tiada di rumah, mereka semua pergi bersiar-siar di Rintis Mall. BoBoiBoy tidak dapat ikut kerana dia perlu tolong Ochobot. Tok Aba pula pergi bersama mereka.

"Fuh, penatnya..." Fang mengeluh. Dahi BoBoiBoy berkerut-kerut.

"Bukan dulu kau selalu jalankan latihan tempur dengan Kapten Kaizo ke? Sepatutnya benda-benda berat ni taklah menyusahkan sangat untuk kau."

"Kau ingat semua benda aku boleh buat?" Fang memandang BoBoiBoy dengan rasa menyampah. Kalau BoBoiBoy bukan kawannya, pasti dia telah hempuk-hempuk kepalanya dengan kerusi.

"Hehe..."

"Oh, hai Fang, BoBoiBoy!" Ochobot memberikan dua cawan special Ice Chocolate kepada Fang dan BoBoiBoy.

"Terima kasih Ochobot!"

"Hehe, sama-sama." Ochobot menjawab lalu menyambung kerjanya.

"Fang, kau ikut aku balik rumah kejap lagi boleh tak?"

"Boleh, kenapa?" Fang menoleh ke arah BoBoiBoy.

"Aku nak mintak kau ajar aku Matematik" Fang menarik muka masam. BoBoiBoy hanya tersengih seperti kerang busuk sahaja.

"Yelah..."

"Terima kasih Fang!"

~~~(OAO)~~~

Fang mengajar BoBoiBoy matematik sebaik sahaja mereka tiba di rumah BoBoiBoy. Sejam kemudian, Kapten Kaizo telah menghubungi BoBoiBoy untuk bertanya sekiranya dia ada ternampak Fang, tetapi tidak jadi apabila dia ternampak Fang di dalam hologram itu.

"Ooo... KAT RUMAH BOBOIBOY RUPANYA KAU DUDUK! BALIK SEKARANG! KAU BELUM JALANKAN LATIHAN TEMPUR LAGI HARI INI TAHU TAK PANG!" Kapten Kaizo menjerit dalam hologram jam kuasa BoBoiBoy.

"Alaa abang ni, sebelum ni masa abang tinggalkan adik kat Bumi, elok aje... Sekarang ni pulak bisingnya"

"Pedulik apa abang! SEKARANG BALIK SEBELUM AKU CANTAS KAU!"

"E-erk! Baik abang" hologram itu pun ditutup. Fang pun dengan terpaksanya balik ke rumahnya. BoBoiBoy pula tidur di biliknya selepas Fang pulang.

"Hoam... Eh?" BoBoiBoy tersedar bahawa topi orennya sudah tidak lagi berada di atas kepalanya. "Mana pula topi aku ni? Tadi sebelum aku tidur, ada je..."

Dia melihat pada jam dinding.

2:47 p.m.

"Macam mana aku nak keluar ni? Tak naklah orang tengok rambut putih aku ni... Tak boleh jadi ni, aku kena cari topi aku sampai jumpa!"

Maka BoBoiBoy pun mulakan misi pencarian topinya. Dia mencari di atas almari dan juga di dalamnya, bawah meja belajar, dalam laci-laci kabinet, bawah katil dan juga di dalam bilik mandinya. Tapi, topinya tetap tidak dijumpai. BoBoiBoy tak berputus asa, dia mencari di ruang tamu dan dapur pula. Kemudian, dia tersedar sesuatu.

"Mana pergi semua orang? Kalau diaorang ada dekat kedai Atok, tak dapatlah nak tanya diaorang tentang topi aku tu... Hadui, macam mana ni"

~~~(OAO)~~~

"DONAT LOBAK MERAH!" tiba-tiba, donat lobak merah itu diambil oleh Kapten Kaizo. Dia terus makan donat itu dengan muka selambanya. "ABANGG!!"

"Kau kenapa, Pang?" Kapten Kaizo berpura-pura tidak tahu. "Apa abang dah buat?"

"Kenapa abang makan donat tu! Adik baru nak makan donat tu! Dahlah adik penat! Kenapa abang makan donat lobak merah adik!?" Fang marah-marah. Kapten Kaizo menaikkan sebelah keningnya.

"Kau marah aku cuma sebab sebiji donat lobak merah je?" Kapten Kaizo menggeleng-gelengkan kepalanya. "Pang oh Pang, aku boleh belikan donat lobak merah yang baru. Kau nak berapa?"

"Nak 10."

"10? Tak boleh."

"Aik? Kenapa pulak?"

"Paling banyak yang kau boleh makan cuma 5."

"Yelah, yelah... Nak 5."

"Malam nanti abang belikan."

Fang menarik muka masam. "Alaa..." Kapten Kaizo hanya menggelengkan kepalanya sekali lagi sebelum ke biliknya.

Kemudian, Fang teringatkan sesuatu.

Stok donat lobak merah mentah dia.

'Macam manalah aku boleh terlupa?' Fang terfikir. Dia pun naik keatas menuju ke biliknya. Apabila dia membuka almarinya, dia mendapati kotak yang berisi donat lobak merah mentahnya sudah tiada.

"Aik, mana perginya stok donat lobak merah mentah aku? Baru ingat nak goreng." Fang mencari-cari dalam biliknya, tetapi tidak jumpa.

"Abang aku ambil ke? Hmm... Kena tanya ni." Fang terus menuju ke bilik abangnya. Kemudian, dia terfikir sesuatu.

Kalau dia tanya...

Dia takkan dapat donat lobak merah dia seperti yang dijanjikan.

'TIDAAAAAK' Fang menjerit dalam hati.

~~~(OAO)~~~

Keesokkan harinya...

"Err... Aliya, mana Aliya dapat donat lobak merah banyak-banyak ni?" Shara melihat pinggan Aliya yang penuh dengan 10 biji donat lobak merah. Kemudian, dia merenung sesuatu pada kepala Aliya. "Itu bukan topi abang BoBoiBoy ke?"

Aliya hanya tersengih sahaja.

"Hehee... Sebenarnya Aliya kenakan diaorang semalam, tapi lupa pulak nak pulangkan balik barang-barang ni..." Aliya menyumbat sebiji donat lobak merah ke dalam mulutnya. "Napi.. Nangan ghisyau.. Nantri Ariya gantri barik"

Shara menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Apa Aliya cakap ni? Shara tak faham. Makanlah habis dulu, lepas tu baru cakap."

Aliya telam donat itu sekali gus "Nom! Yummy! Tadi Aliya cakap, jangan risau... Nanti Aliya ganti balik sepuluh biji donat lobak merah kesayangan si alien landak porcupine bayang ni... Hehe, macam manalah budak ni suka sangat dengan lobak merah sampai berdendam-dendam dengan orang, hanyalah kerana sebiji donat lobak merah. Oh Pang, kenapalah kau ni pelik sangat, aku tahulah kau dan Kapten itik ni sebenarnya alien humanoid dari planet alien haiwan humanoid.. Hehee"

"Kapten itik? Siapa kapten itik tu?"

"Kapten Kaizo." Aliya jawab dengan ringkasnya. "Aku dapat nickname tu dari Lily The Awesome kat Fanfiction. Net guna akaun si author..."

Author Shaz: Kau guna akaun aku rupanya Aliya.. Patutlah aku jumpa buku-buku yang tak patut berada dalam library aku! Dengan romance tahap dewanya, apanya... Nasib takde benda-benda yang tak patut... Huh... Geram pulak aku dengan budak ni... Patutlah si Fang pun boleh meletup dengan kau ni

Aliya: Hehee... Gomen ne, Shaza-san... Gomenasai...

"OOOOH...! KAU YANG AMBIL BARANG KITAORANG RUPANYA!" kelihatan BoBoiBoy dan Fang dengan aura-aura menakutkannya.

"E-ERK! ALIYA LARI DULU! TATA TITI TUTU!" Aliya sudah melarikan dirinya