"Weh Yaya, seronok ke ada adik?" tanya BoBoiBoy sambil membuat pesanan Yaya iaitu hot chocolate.
"Seronok! Tapi... Kenapa kau tanya, BoBoiBoy?"
"Tak ada apa-apa, cuma terfikir... Mesti aku tak akan rasa sunyi kalau aku ada adik-beradik. Untunglah kau Yaya, ada adik." ujar BoBoiBoy dengan nada yang sedih.
"Haiya BoBoiBoy, aku pun tak ada adik-beradik maa... Elok saja," kata Ying sebelum menyambung hirup hot chocolatenya.
"Kau lain, Ying. Kau ada sepupu, bukan macam aku. Tok Aba pun sibuk, dia kena jaga kedai ni, itu pun kadang-kadang dia perlukan aku dan Ochobot untuk tolong dia. Ochobot pula, dia ada banyak benda yang dia tak boleh buat, bukan apa... Dia kan robot.. Aku tak ada sepupu, korang ada... Aku seorang sahaja cucu Tok Aba.." pergerakan tangan BoBoiBoy yang sedang mengacau hot chocolate itu semakin perlahan, lalu berhenti. BoBoiBoy termenung sebentar sebelum dia tersedar, kemudian dia berikan hot chocolate itu kepada Yaya.
"Lagipun, nanti korang berdua nak pergi melancong luar negara. Gopal pula, dia perlu tolong appa dia jual aiskrim. Fang sudah pergi ke angkasa lepas, sudah tiga tahun aku tak jumpa dia... Nanti mesti kedai ni sunyi..." BoBoiBoy memandang ke bawah, memikirkan nasibnya. 'Alangkah baiknya kalau aku ada adik beradik, ataupun sepupu...' Dia hanya menghela nafas sebelum dia bergerak keluar dari kedai Tok Aba. "Aku... Aku pergi sekejap. Ochobot... Tolong jagakan kedai."
Yaya, Ying dan Ochobot melihat antara satu sama lain sebelum memandang BoBoiBoy yang semakin lama, semakin jauh dari penglihatan mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka patut buat untuk ceriakan kawan mereka.
~(OAO)~
BoBoiBoy menyepak salah satu batu yang ada di atas lantai sambil bersiar-siar di tepi pantai. Dia masih lagi terfikir tentang nasibnya. Entah kenapa tetapi semenjak dua menjak ini, dia terasa sunyi.
BoBoiBoy duduk di atas pasir di tepi pantai itu sambil melihat matahari terbenam. Hari sudah senja, tetapi dia tidak mahu pulang ke rumah dahulu. Dia ingin berada di pantai buat sementara waktu. Dia membaling sebiji batu kedalam air laut itu. Tiba-tiba, dia berasa marah, lalu dia membaling lagi batu.
Kenapa dia perlu menjadi seorang anak tunggal? Kenapa dia perlu menjadi satu-satunya cucu yang datuknya ada? Dia juga ingin merasa mempunyai seseorang yang merupakan keluarga dia! Bukannya dia tidak suka berkawan dengan kawan-kawannya, tetapi dia cemburu dengan mereka... Ya, dia cemburu dengan kawan-kawannya yang mempunyai sepupu dan adik beradik, seperti Fang.
Walaupun abang Fang, Kapten Kaizo pernah tinggalkan adiknya, tetapi akhirnya mereka dapat bertemu semula tiga tahun lalu. Lagipun, pasti mereka pernah meluangkan masa bersama-sama sebelum abangnya menerima pangkat Kapten!
"Ugh..!" BoBoiBoy akhirnya berhenti membaling batu, tetapi perasaan marah dan kecewanya masih lagi belum hilang. Dia bangun lalu menggenggam tangannya dengan erat.
Dia inginkan seorang abang! Atau sepupu! Tetapi apakan daya, dia hanyalah seorang anak tunggal. Dia tidak mempunyai sepupu atau adik-beradik, hanya dia seorang sahaja. Perasaan marah dia tadi bertukar menjadi kesedihan. BoBoiBoy tidak tahu kenapa dengan dirinya yang tidak mementu sekarang ini, lalu dia memeluk dirinya sendiri. Air matanya mengalir keluar tanpa disedarinya, dia hanya memandang ke tanah pasir di bawahnya.
"Aku... Cuma mahu seseorang..."
Tiba-tiba, angin bertiup kencang. BoBoiBoy terdengar sebuah letupan di belakangnya lalu mengelap air matanya dan pusing ke belakang. Kelihatan terdapat sebuah lohong hitam di belakangnya sedang menuju kearahnya. BoBoiBoy terkejut, dia ingin lari dari lohong hitam itu tetapi dia ditarik ke dalam.
"AAAAAAAAAAAH...!"
Lohong hitam itu menghilang dan kemudian, keadaan menjadi seperti biasa semula.
~(OAO)~
"Huargh..."
Fang menguap sambil menutup mulutnya sebelum matanya melirik ke arah jam.
7:00 a.m.
Fang mengambil tualanya lalu menuju ke bilik air untuk mandi. Selepas dia bersiap-siap, dia turun ke dapur lalu membuat sarapan pagi.
Kapten Kaizo turun ke bawah untuk melihat apa yang adiknya sedang lakukan. Setelah dia melihat adiknya sedang menggoreng donat lobak merah di dapur, dia pun ke luar sambil berfikir,
"Manalah agaknya kau dapat donat lobak merah tu, Pang... Biarlah, mesti dia buat sendiri tu... Tapi aku tak ada pulak nampak dia buat donat lobak merah masa aku turun tadi? Hmm..."
Sebaik sahaja dia sampai di halamn rumah, matanya membulat melihat seseorang berada di atas pokok.
"PAAANG...!" Terkejut Fang mendengar abangnya menjerit dari luar. Dia cepat-cepat menutup api dapur kenudian ke halaman rumah.
"Apa dia, abang? Tak payah jerit boleh tak?"
"Pang, siapa ada kat atas pokok tu!? KAU ADA BUAT SESUATU SEMASA ABANG KAT BILIK KE HAH?!?" Fang menutup telinganya.
"Adoi... Abang, adik baru je turun bawah tadi. Abang pun nampak kan adik menggoreng donat tadi? Mana ada adik buat apa-apa sebelum tu!"
"Habis tu kau tak mandi ke?" Kapten Kaizo menaikkan kening sebelahnya. Fang semakin bertambah marah.
"ADIK MANDILAH!"
"Hmm... Apa-apa jelah kau, Pang. Pergi tengok siapa kat atas tu"
"Aku jugak yang kena," Fang mengomel lalu membentuk tangannya menjadi bayang. "Helang bayang!"
Fang menaiki helangnya lalu terbang ke atas. Dia ternampak seorang remaja lelaki yang berumur dalam lingkungan 13-14 diatas pokok itu. Apabila dia melihat muka remaja lelaki itu, dia terkejut.
"APAKAH!? BOBOIBOY KE NI?!?"
~(OAO)~
"Adeh, bosannya" Aliya membaringkan kepalanya diatas meja kedai kokotiam itu "Kucing oren ada idea tak nak buat apa?"
"Huh, aku ingatkan kau dah berhenti panggil aku nama tu," BoBoiBoy menjeling kearah Aliya. "Kau tak nak pergi kacau Fang ke? Selalunya kau akan pergi kacau dia"
"Dah pergi dah... Tapi abang landak halau. Kapten itik jahat! Wuuu...!" Aliya berguling-guling atas rumput. Ochobot hanya ber-'hehe' sahaja.
"Aduh, macam tu pulak..." BoBoiBoy menepuk dahi.
"Shara, pergi layan si Aliya tu... Kalau tak, entah apa yang dia buat nanti.. Hehehe, terbaik"
"Baik Ochobot!" Shara pergi ke Aliya yang sedang berguling-guling itu lalu menggoncang-goncangkan badannya.
"Adeh... Janganlah... Goncang... Badan... Aliya..." Shara berhenti menggoncang badan Aliya lalu tersengih. "Hehe, maaf Aliya"
"Shara, jom pergi kacau landak lagi sekali!"
"Aliya maksudkan, Fang ke? Aliya sendiri juga yang cakap yang Aliya kena halau dengan Kapten Kaizo masa Aliya pergi rumah dia tadi.."
"Ala, kita cuba lagi sekali je! ALIYA PASTI ALIYA AKAN DAPAT-" jam kuasa BoBoiBoy berbunyi "WUU! JAM KUASA KUCING OREN BERBUNYI!" BoBoiBoy menjawab panggilan di jam kuasanya.
"BOBOIBOYY!" Fang menjerit dalam skrin hologram. BoBoiBoy terkejut sampai terjatuh kebelakang.
"OPOCOT! Kau ni! Kalau kau tak menjerit tak boleh ke!?" marah BoBoiBoy.
"TAK BOLEH! ADA HAL PENTING NI!""PEDANG TENAGA! HIYARGH!" suara Kapten Kaizo jelas kedengaran dalam panggilan itu, tetapi dia tidak menyerang Fang.
"Apa yang tengah terjadi!?"
"DATANG SINI! ADA ORANG-""PANG! HATI-HATI!""TETAKAN PEDANG PETIR!""AAAAH!" Fang menjerit. Panggilan itu terus terputus.
"... Apa yang terjadi?" Shara dan Aliya kaku di situ setelah panggilan tamat.
"Kita perlu ke rumah Fang, SEKARANG!" BoBoiBoy berlari ke rumah Fang bersama Aliya dan Shara. "Ochobot, tolong jaga kedai!"
"Adeh, aku juga yang kena" Ochobot hanya mengeluh sahaja
~(OAO)~
"Fang! Kau tak apa-apa ke?" BoBoiBoy menuju ke arah Fang yang sedang terduduk di atas sofa.
"A-aku okey. Abang aku sempat mengalahkan dia tadi."
"Siapa yang serang kau tadi tu, Fang? Kenapa suara dia macam... Suara aku?" Fang menghela nafas.
"Jom, aku bawa korang jumpa dia. Dia dah pengsan tadi, abang aku pukul kepala dia kuat sangat tadi"
"Ganas jugak kapten itik ni" Aliya menggigil sedikit.
"Siapa dia, Fang?" BoBoiBoy bertanya lagi.
"Aku tak tahu tapi aku rasa, kau patut tengok rupa dia"
Mereka tiba di depan bilik Fang. Fang masuk ke dalam bilik itu, diikuti oleh BoBoiBoy, Shara dan Aliya. Kapten Kaizo juga ada di dalam.
"Huh, kawan-kawan kau pun ada di sini." Kapten Kaizo tinggalkan mereka berempat di dalam bilik. "Pang, kalau ada apa-apa... Abang ada kat bilik."
Mereka berempat memandang antara satu sama lain.
"Err.. Mana orang yang serang Fang tadi?" tanya Shara. Fang menunding jari ke arah remaja lelaki tadi yang berada di atas katilnya. Serentak, mata BoBoiBoy, Shara dan Aliya terbeliak.
"APAKAH!?"
~(OAO)~
Maaf sebab dah lama tak update! Shaz sibuk sejak kebelakangan ni! Harap korang suka update kali ini!-Shaz
