Kompilasi Drabbles dan Mini One-Shots tentang Boboiboy Ori Trio.
A/N (MESTI BACA DULU / PERHATIAN):
Kebanyakkan dalam cerita ini memfokuskan kepada 3 Tertua Boboiboy Kesayangan kita. Setiap chapter adalah BERBEZA dan TAKDE SAMBUNGAN.
Tidak semua chapter berkait dengan HaliTauGem. Ada yang fokus ke HaliTau, HaliGem dan TauGem.
Manakala Boboiboy yang lain akan muncul juga tapi kebanyakkannya sebagai watak tambahan.
Genre akan di notice pada setiap chapter.
PERHATIAN: Cara penulisan di dalam buku ini kebanyakkannya dalam versi DIALOGUES tapi kalau rajin akan dalam versi Karangan.
Sila FAVOURITE, FOLLOW dan REVIEW jika menyukai buku ni!
Psst, ku mengalakkan kamu untuk baca di Wattpad sebab kat sini slow update.
One-shot #1: Bila Halilintar Merajuk
Characters: Ori Trio Triplets (Umur 10 tahun)
Genre: Humor, Fluff, Family love
ENJOY!
Di taman, Gempa tengah mengejar Halilintar, manakala Taufan hanya mengikuti Gempa dengan hairan.
Gempa: Abang! Sudah lah merajuk!
Tapi Halilintar tetap maju ke depan.
Gempa: Ahh! Susah betullah abang Hali ni! *Berhenti*
Taufan: Gem? Abang Hali merajuk dari tadi kenapa? *Berhenti sebelah Gempa*
Gempa: Sebab mak taknak belikan plushie pikachu untuk abang Hali!
Taufan: Ohhh...
Gempa: Apa yang 'oh' ye? Abang Hali lagi merajuk kuat!
Taufan: Rilek lah. Kuat-kuatnya pun takkan bertahan lama. Kan dah sikap abang Hali macam tu? Emosi mendadak tapi akhirnya menurun nanti.
Gempa: Tapi masalahnye dah 2 JAM SETENGAH dia merajuk! Sejak kita selesai membeli belah dari pukul 2 tadi!
Taufan: Wow. Obsessi abang Hali ke pikachu tak boleh bawa bincang.
Gempa: Tau takpe!
Taufan: Tapi apa kena mengena merajuk dengan kitorang? Kan mak yang taknak belikan pikachu?
Gempa: Dia merajuk kat kitorang jugak sebab mak melayan kita beli plushie tapi abang Hali tak.
Taufan: Ye tak ye jugak. Bukannya tadi Gempa beli plushie boba dan Taufan beli plushie mochi tapi abang Hali tak.
Gempa: Sebab tu dia merajuk! Dia buat puppyface pun tak berkesan! Abang Taufan pulak berkesan dengan mak tadi!
Taufan: Lah~ nama nye muka ku comel. *Dengan bangganya*
Gempa: Bukannya orang selalu kata Gempa yang comel ke? Sebab tu semua orang manjakan aku?
Taufan: Mana ada. Kau kena manja sebab kau tu bungsu! *Cubit pipi Gempa* Geram tau! Dahlah pipi tabam macam pau!
Gempa: Adeh! Sakit lah!
Nampak Halilintar duduk di bangku berhampiran dengan air pancut.
Gempa: Abang Hali! Sudahlah merajuk! *Lari*
Gempa pun tinggalkan Taufan. Sebelum Taufan nak kejar Gempa, tiba-tiba dia kena tegur.
Unknown: Hai, adik...
Taufan: Huh? *Toleh ke orang tu*
Kembali kepada Halilintar dan ye dia masih merajuk.
Gempa: Abang! *Sampai mendekati Halilintar*
Hali: Apa?
Gempa: Tolonglah. Jangan macam ni. Tak elok tau? Lebih lagi marah kat mak. Kan kena ajar yang kita tak boleh marah kat ibubapa?
Hali: Tapi! Kan tak adil! Mak belikan Gempa dan Taufan plushie tapi abang tak!
Gempa: Mungkin sebab abang dah banyak beli plushie pikachu kot? Kitorang pulak kan jarang beli plushie.
Hali: Tapi tetap tak adil! Hpm! *Peluk tubuh dan buang muka*
Tiba-tiba mereka dengar Taufan bersuara.
Taufan: U-uhhhh korang?
Mereka tengok Taufan dan Halilintar terus terkejut.
Hali: Ahhhhh! Kenapa kau pegang belon?! Tiga pulak tu!
Taufan: Uhhhh...Taufan boleh jelaskan...
Tiba-tiba ada angin kuat buatkan belon-belom tu bergerak. Ini membuatkan Halilintar semakin ketakutan.
Hali: Ahhhh! Jauhkan belon tu dari aku! Kamu semua kejam! Tak adil! *Lari dari situ*
Gempa: Abang!
Taufan: O-oops...
Gempa: Abang Taufan! Waktu macam ni jugak abang nak kacau abang Hali dengan belon! Makin lah dia merajuk dengan kitorang!
Taufan: Weh! Bukannya aku senghaja! Taufan takde niat pun nak kerjakan abang Hali!
Gempa: Habis tu apa?!
Taufan: Salahkan badut tu *tunjuk badut yang tengah bagi belon ke kanak-kanak* yang bagi Taufan! Waktu ku nak kejar kau tiba-tiba kena halang oleh badut tu dan cakapnye kitorang ni perlu sesuatu yg menceriakan. Maka dia baginye Taufan belon untuk sebiji seorg! Sebelum ku menolaknye dia pun dah pergi!
Gempa: Habis tu kenapa tak bagi je ke budak lain belon ni?!
Taufan: Budak mana ada kat sini kecuali kitorang?! Semua budak-budak dah lari ke badut tu!
Gempa: Ish! Habis tu macam mana?! Gempa taknak abang Hali asyik nak marah kat kitorang! Huwaahhh! *Nangis*
Taufan: Hmmm...*rasa bersalah*
Tiba-tiba Taufan ada idea.
Taufan: Apa kata macam ni? Abang ada idea agar abang Hali takkan merajuk lagi.
Gempa: Huh? Idea apa?
.
.
.
.
Malamnya di rumah, di bilik ori trio.
Taufan: Abang Hali?
TauGem kini duduk dihadapan Halilintar. Mereka berdua berkelakuan agak mencurigakan tapi Halilintar tak perasan.
Hali: *toleh ke mereka* Korang sejak dari mana? Abang cari balik di taman takde pun.
Taufan: Hehehe! Ade ler.
Hali: Yelah... *Putar matanya malas*
Gempa: Ermm...abang Hali masih merajuk ke? *Tekan dua jarinya malu sebab tanya lagi*
Hali: Mmm... *buang muka*
Taufan: Lah abang ni. Merajuk macam bini orang ni kenapa?
Gempa: Abang~ *bisik marah*
Taufan: *bisik* Saje je nak naik kan mood
Gempa: Tapi waktu ni mood abang Hali marah bukan sedih.
Taufan: Rilek lah. Kan kita ada rancangan. Pasti berjaya punya *bisik*
Hali: Apa yang kamu bisik-bisikkan ni? Kalau nak bisik tentang abang, kenapa kat depan muka ku? Sana pergi jauh-jauh.
Taufan: Eh? Sabarlah bang. Kitorang kat sini bukan nak burukkan abang.
Hali: Habis tu apa?
Taufan: Abang tutup mata dulu.
Hali: Taknak lah.
Taufan: Come on lah.
Hali: Abang takde mood nak main korang.
Gempa: Abang...bolehlah *buat puppyface ke Halilintar*
Hali: *tak boleh tahan melihat wajah Gempa* Ermmmm...yelah yelah! Abang tutup mata! *Tutup mata*
TauGem pandang satu sama lain sambil tersenyum lalu mereka bersama-sama meletakkan satu hadiah ke tangan Halilintar.
Taufan: Ok! Abang Hali boleh buka mata sekarang!
Halilintar pun buka mata dan nampak beg kertas yang agak familiar.
Hali: Eh? Ni kan beg kertas dari kedai plushie tu?
Gempa: Betul tu! Tengoklah apa ada kat dalam
Halilintar pun melihat apa isi kandungan beg tu dan rupanya ia adalah plushie pikachu.
Hali: *terkejut* K-korang...biar betul?
TauGem: Surprise! Hehehe!
Taufan: Macam mana? Suka tak? Kalau tak suka bagi balik pikachu tu! Taufan akan bagi kat jiran kita! *Cuba nak ambil pikachu*
Hali: Ahhhh! Jangan! *Peluk pikachu*
Taufan: Hehehe! Taufan bergurau je! Hahaha!
Hali: Tapi kenapa?
Gempa: Ini semua idea abang Taufan. Dari tadi abang merajuk hanya sebab pikachu, jadi kitorang belikan lah untuk abang agar abang tak moody lagi. Risau kitorang tau yang abang macam ni. Nak main dengan abang pun susah.
Hali: Ohh...*rasa bersalah* Maaf...
Taufan: Takde nak maafkan bang. Kitorang yang patut minta maaf sebab dah buat abang merajuk. Jadi, jangan merajuk lagi ye? Kan ada sudah plushie abang.
Hali: Tapi...hmmm...mungkin abang tak patut merajuk hanya sebab pikachu.
Gempa: Dahlah abg. Benda dah terjadi. Takde guna nak rasa bersalah lagi.
Hali: Tapi. Macam mana korang dapat beli pikachu ni? Elaun bulanan pun belum ada.
Taufan: Tentang masalah tu, jangan risau. Kitorang ada caranye untuk dapatkan duit tadi!
Hali: Apa caranye?
Gempa: Hehehe! Kitorang minta tolong dengan mak.
Hali: Dengan mak? Biar betul? Takkan mak setuju macam tu sekali?
Taufan: Hehehe! Kita kan ada senjata. *Jeling ke Gempa*
Gempa: Hehehe! Power anak bungsu! *Buat muka comel*
Hali: Wow...kalau lah abang pun dapat buat macam tu. Tapi abang tak berhasil tadi.
Taufan: Hehehe! Abang tu bukan comel tau?
Gempa: Tapi hensem! Hahaha!
Hali: Huh? Kadang-kadang abang hairan. Kitorang ni kembar 3 seiras macam manalah kita tak dapat buat expresi yg sama?
Taufan: Namanye personaliti berbeza, bang.
Gempa: Tapi kan abang. Bukan macam tu je kitorang dapat pujuk mak bagi duit kat kitorang.
Hali: Korang berunding?
Taufan: Yup! Kami berjanji ke mak yang kitorang akan tolong Tok Aba bila balik kampong hujung minggu ni nanti.
Hali: Macam tu...
TauGem: Jadi, abang tak merajuk lagi kan?
Halilintar tersenyum.
Hali: Tak. Sebab ada adik abang yang tolong abang hilangkan nya. *Peluk TauGem* Terima kasih.
TauGem: Hehehe! Sama-sama!
THE END!
Terima kasih sebab baca one-shot ni. Jumpa di one-shot or drabble seterusnya!
Sekian,
Author AnginTaufan
