Drabble #4: Harga Diriku

Main Character: Taufan

Extra Characters: Semua Boboiboy Elementals

Genre: Angst

Lagu: Harga Diriku - Wali Band (Indah Yastami COVER)

A/N: Ye, aku tahu buku ni khas untuk Ori Trio tapi cerita ni kesian. Aku nak jugak publish elok-elok so kat sini jelah sebab words sikit.

ENJOY! Sila READ & REVIEW! Disarankan baca sambil dengar lagu ini


Taufan Point Of View

Aku tak tahu kenapa tapi sejak kebelakangan ini aku asyik diabaikan dari kedua kembar ku. Aku seolah diganti dengan kedua adik bungsu ku, Duri dan Solar. Mereka disayangi, mereka dimanjai. Tetapi kenapa tak aku?

Aku nak rasa sayang mereka tapi kenapa ku dilayan macam ni? Aku nak mendekati adik-adikku jugak tapi mereka pun melarangku. Setiap kali adik ku menghadapi masalah kenapa mereka selalu menyalahi aku? Apa salah aku?

Sehingga aku memutuskan untuk menghindari mereka. Kenapa? Agar aku tidak merasa kesakitan ini. Jadi aku merancang untuk menutupi kesedihan ku dengan senyuman palsu.

Mungkin boleh tepat adalah senyuman yang memaksa.

Ingat tak cecari susu kambing perisa epal hijau? Ye, itu yang aku lakukan untuk diri ku untuk memaksa menampilkan senyuman di pipiku. Mesti tertanya dimana aku boleh dapat cecair itu? Iaitu aku mencuri resepi cecair dari Adu du. Ye, cecair itu berhasil membuat ku tersenyum tapi yang peliknya kuasa ku tak melonjak seperti dahulu. Mungkin sebab hati ku sudah berkecai dan perasaan ku takde gunanya lagi untuk kuasa ku.

Memang seolah diri ini tak berharga lagi ye? Kerana melakukan seperti ini? Atau pun betul aku memang aku takde harga sekali pun.

Kini telah berlalu selama 2 minggu dan takde seorang adik-beradik ku pun yang perasaan akan senyuman ku. Bahkan mata ku yang berwarna biru kehitaman yang seolah takde jiwa, mereka tetap tak perasan. Kecuali dua orang kawanku yang mengetahui.

Mereka itu adalah Hanna dan Haiqal. Hubungan mereka adalah sepupu malah kelihatan seperti adik-beradik. Mereka mengetahui aku melakukan benda yang bahaya ini kerana mereka hairan akan kenapa aku selalu tersenyum bila mereka sendiri nampak aku dihina oleh adik-beradik ku sendiri. Jugak mereka tak senghaja bahawa mereka nampak aku minum cecair itu.

Mereka merayu agar aku tak meneruskan perbuatan ini malah aku merayu mereka untuk tidak memberitahukan akan keadaan ku dan kelakuanku kepada adik-beradik ku. Mereka pun takde pilihan untuk mendiamkan diri.

Sampai bila aku akan jadi macam ni? Sampai diri ni tak ada reaksi dari cecari tersebut dan terganti dengan batuk berdarah yang memautkan.

Kejadian itu terjadi di hadapan adik-beradik ku ketika kita tengah bergaduh. Bergaduh tentang apa aku pun tak tahu tapi yang pastinya aku yang salah.

Melihat tangan ku yang kini kotor dgn darah, aku akhirnya memutuskan untuk meluahkan isi hatiku kepada mereka.

"Puas? Dah puas menyalahi aku?" sahut isi hati ku kepada mereka terutama kepada kembar aku yang kini terbeliak mata melihat mulut ku yang sudah berdarah.

Aku mengeluarkan botol yg mengandungi sisa cecair tersebut kepada semua orang. Mereka terkaku kerana mereka mengenali cecair itu.

"Nampaknya kamu tahu cecair apa yang aku tengah pegang ni," kata aku yg kini mulutku sudah mengalir dengan darah yang banyak sekali.

"A-apa yang kau dah lakukan, Taufan?" bergeletar abang ku dengan keadaan ku sekarang.

Aku membalas pertanyaannya dengan senyuman yang lemah, mungkin senyuman yang kali terakhir aku akan melakukannya.

"Hahaha...Nak sangat aku pergi dari hidup kamu kan? Sekarang kamu boleh saksikan apa yang kamu dah lakukan kepada ku selama ini."

"Aku nak berterima kasih. Kerana kamu, aku boleh pergi dari dunia yang jahanam ni dengan rela."

Sebenarnya aku tak pernah nak ingin bunuh ini dan aku tak pernah menyangka bahawa cecair ini boleh memudaratkan diri ku. Aku hanya mengharap ia boleh menghilangkan kesakitan ku je. Tapi setiap kelakukan yang macam ni mesti ada kesan sampingannya kan?

Aku menatap wajah mereka yang penuh dengan penyesalan. Kenapa mereka buat expresi macam tu? Bukannya diorang patutnya rasa lega ke yang aku nak pergi? Tapi rupanya mereka masih menyayangiku.

Aku akhirnya rasa bersalah tapi apa yang aku boleh buat, aku tak dapat mengundur masa untuk memperbaiki kesalahan ku lagi. Pemandangan ku menjadi kabur menandakan waktunya sudah tiba.

Aku membuka mulutku dan berkata buat kali terakhir, "Sekian jumpa lagi."

BRUK!

Sejam kemudian di hospital. Kini berada di sebuah bilik dimana semua orang mengelilingi seseorang yg mereka telah hancurkan iaitu seorang abang / adik yang kini terlantar di katil hospital dalam keadaan koma.

THE END